Home HOME | My Events | My Youtube | My Merchandise | My Jurnal | Pipicomel | Foto Blog | Advertise Here | Contact Me









Sekitar Majlis Pelancaran Dan Doa Selamat Filem Senario The Movie Episod 1



Pada 13 Februari 2008, hari Rabu lalu, Budiey dan Azwan ke Majlis Pelancaran Dan Doa Selamat Filem Senario The Movie Episod 1 di Restoran Lemon, Selayang Mall. Majlis anjuran Metrowealth MIG itu dihadiri oleh pengarah filem Senario terbaru ini, Ahmad Idham, anggota Senario seperti Lan Pet-Pet, Wahid hos Melodi dan Azlee serta Zaibo. Budiey tidak sabar untuk melihat kelainan hasil suntikan Ahmad Idham kepada filem Senario yang sebelum ini telah mengalami kejatuhan setelah Saiful Apek dan Yassin menarik diri. Dikatakan filem Senario ditangan pengarah terdahulu hilang bisanya… dan Ahmad Idham kini diberi kepercayaan untuk mengembalikan kegemilangan Senario. Mampukah Ahmad Idham merubahnya?

Filem terbitan Metrowealth yang ke-27 ini sebenarnya pada entri ini ditulis sedang menjalani pengambaran di Kedah dan di Perak. Sudah 50% sudah siap sejak hari pertama pengambaran iaitu 2 Februari lalu di sekitar Kuala Lumpur, katanya. Dijangka akan siap pengambaran pada 20 Febuari ini. Filem bergenrekan komedi ini memaparkan sebuah kisah komedi rakyat dan ianya diterbitkan secara usahasama oleh Media Prima dan Golden Screen Cinemas.

Kos pembikinan dan promosi sebanyak RM1.5 juta, filem ini turut mengisahkan kehidupan sebenar anggota Senario iaitu Azlee (jadi penternak ayam), Wahid dan Mazlan sebelum mereka menjadi pelakon dan pelawak terkenal. Itu yang istimewanya, skrip seakan mahu membongkar kehidupan realiti ahli senario sebelum mereka menjadi terkenal.

Untuk memantapkan lagi filem ini, gandingan pelakon pembantu lain banyak memberi impak iaitu Fauziah Nawi, Zul Huzaimi, Julia Hana, Piee, Zaibo, Ilya, Ropi Cecupak, Osman Kering, Eizlan Yusoff dan Shamsul Ghau Ghau.

Terbaru, MIG akan tampil dengan filem seram yang Budiey percaya akan meletop lebih daripada filem Jangan Pandang Belakang iaitu Congkak yang akan ditayangkan pada 17 April 2008 juga dibawah arahan Ahmad Idham. Selain itu, filem kedua Pierre Andre, I’m Not Single sudah siap dan filem BS21: Brainscan arahan Ahmad Idham dan Selamat Pagi Cinta arahan Norliana Shamsudin masih dalam proses pos produksi.

Majlis doa selamat malam itu turut dihadiri oleh orang besar daripada GBSB iaitu Tengku Iesta, Azhar Borhan dan juga orang besar GSC, Mr Lee. Bacaan doa dibaca oleh Ustaz Fauzan Abd Samad.

Ketika berucap, tauke Metrowealth, David Teo berkata, “Kenapa Senario ada di sini (Metrowealth)? Kerana apa? Kerana tidak ada apa-apa… (buat lawak la tu)… Sebenarnya Metrowealth percaya masih ada lagi penonton yang ingin melihat lawak jenaka Senario dan penerbit juga percaya dengan kebolehan Ahmad Idham yang kaya dengan idea yang lebih segar untuk tatapan penonton. Jadi, tidak hairan Metrowealth diberi peluang oleh Media Prima untuk meminjam seketika Senario untuk dihasilkan filem di tangan Metrowealth.”

Ketika Budiey temuramah Lan Pet Pet, dia ada teringat ketika ujibakat Sinaran ada seorang kakak yang mendokong anak memberi kata-kata semangat kepadanya dengan mengatakan, “Lan, awak boleh jadi juara dan akan popular suatu hari nanti… sebab awak cakap selamba dan boleh buat orang gelak.” Sampai sekarang Mazlan ingat lagi kata-kata kakak yang tidak dikenalinya ini.

 

Budiey pernah singgah sekali di lokasi pengambaran mereka di Bukit Bintang selepas menghadiri Stephen Chow Meet Fans di Pavilion baru-baru ini. Ketika itu, scene untuk Lan yang buat lawak di tepi jalan hadapan Maybank cawangan Bukit Bintang. Tengok-tengok cara diorang ni buat kerja memang susah jugaklah diorang ni berlakon sebab terpaksa ulang banyak kali.

Sekiranya berjaya, filem ini akan disambung episodnya… mungkin episod 2 dan 3 akan menemui penonton pada tahun hadapan. Kita tengok je la macamana sambutan penonton filem ini yang akan ke pawagam pada penghujung tahun ini.

Selamat maju jaya untuk produksi filem ini.

[tags]lan pet pet, sinopsis filem Senario The Movie Episod 1, maybank2U, Ahmad Idham, profile wahid, gossip azlee, irdawati, zaibo, maknyah din atau dina, gambar syawal jadi maknyah, jalaluddin hassan, teater pondan, gsc.com.my, media prima website, stephen chow[/tags]

Tags: , , , ,

Tags: , , , , , , , , , , , , , , , , ,

Click on the following buttons to share this article with your friends:





Baca artikel lain yang berkaitan:
  • Filem Senario The Movie Episod 1 Berjaya Pecah Rekod
  • Budiey Mencari 30 Pembaca ke Majlis Pratonton FILEM SENARIO THE MOVIE EPISODE 1
  • Video Making Of Senario The Movie Episod 2 Beach Boy
  • Filem Senario Asam Garam di Hari Raya Aidilfitri Ini
  • Raya Kedua: Senario The Movie Eps 1
  • Gambar Sekitar Prebiu Filem Senario The Movie Episode 2: Beach Boys
  • Gambar Sekitar Movie Day Out V3 Samseng Jalanan
  • Senario Asam Garam Menguasai Kutipan Box Office
  • Dr. Rozmey Dakwa Skim Wajib Tayang Tak Memajukan Industri Filem?
  • Pelakon Seksi Maria Farida



    • http://imherenow.fwenz.info emptyspace

      ahmad idham yg mengarah?

      hurmm.. lepas aku bace cerite2 tak best pasal ahmad idham, aku mcm dah tak berminat nak tgk filem die..

    • ain_nia

      harap ada pembaharuan sbb senario ni makin hari makin membosankan..

    • http://afham.blogmas.com afham

      rindu sama ini senario..

    • ema

      betul 2…
      rancangan senario sekarang nie bosan je memanjang…
      x macam dulu….
      pe kate kumpul semua ahli kumpulan senario dan buat filem…
      mesti laris cam pisang goreng punye laaa….

      cume kalu x caye….

    • apiest

      SENARIOOOOOOOOOOOOO………WA CYA LUUU OLANGGGGGGGGG…..tolong buat promosi di SARAWAK…..

    • http://zaty_gurl92@yahoo.com zaty

      humm… suke ah tengok adik bro ahmad idham
      nie..!!! hahahhahaah…… yg berlakon ctew
      ezora and new drama rempit vs impak maksima.
      heheheheheh……..!!!!!

    • sara

      i minat sangat dgn senario,tp lakonan Azlee skrg x mcm dulu lg…kdg2 lakonannya seperti dibuat2 tnpa mhyati watak yg di beri….harap Azlee pbaiki n good luck..

    • nona

      SENARIO EPISOD 1 TAK BEST LANGSUNG..CITER NI LAKU KT PAWAGAM CAUSE PENONTON ESPECT YG CITER NIH MUNGKIN LEBIH KELAKAR, TAMBAHAN PULA DI ARAH OLEH ORG BARU, AHMAD IDHAM (DULU AZIZ M.OSMAN) DAN SENARIO SENDIRI DAH LAMA TK DE FILEM BARU.. TAPIIIII.. UTK FILEM SENARIO EPISOD 2 (BEACH BOY) MEMANG BEST ! SUMER PELAKON ADA KAREKTOR YG TERSENDIRI DAN BERJAYA DILAKONKAN DGN BAIK…MCM2 PERANGAI ADA DLM FILEM NIH..



































































































































































































































































































    Sensasi Selebriti
    proudly hosted & sponsored
    by SERVERFREAK