in , ,

FINAS Nafi Penggambaran Boleh Diteruskan di Kawasan PKP

Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) menafikan bahawa aktiviti penggambaran boleh berjalan seperti biasa di kawasan yang dilaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) seperti yang dinyatakan oleh residen Persatuan Sutradara Malaysia (FDAM).

Ketua Pegawai Eksekutif FINAS, Ahmad Idham Ahmad Nadzri dalam satu kenyataan berkata, pihaknya telah merujuk Majlis Keselamatan Negara (MKN) bagi mendapatkan kebenaran berhubung kenyataan tersebut. 

Sehubungan dengan itu, FINAS dimaklumkan bahawa tiada perbincangan yang dilakukan antara pihak MKN bersama FDAM sepertimana yang dinyatakan dalam video dan artikel yang tular baru-baru ini. 

“FINAS sedang dalam perbincangan bersama pihak MKN untuk memohon kelonggaran prosedur operasi standard (SOP) penggambaran bagi sektor industri kreatif dalam usaha memastikan ekonomi industri kreatif tidak terjejas. 

“FINAS juga mengingatkan kepada semua pihak agar tidak bertindak secara serkap jarang dalam membuat sebarang kenyataan serta tidak memutarbelitkan fakta yang boleh mengelirukan penggiat industri kreatif,” katanya. 

Terdahulu, Presiden FDAM, Ahmad Ibrahim atau lebih dikenali sebagai Mat London berkata, produksi tidak dibenarkan menjalankan penggambaran di kawasan PKP tetapi dibolehkan sekiranya ia dilakukan di studio, rumah atau mana-mana tempat tertutup. 

Justeru, FINAS menegaskan bahawa semua aktiviti penggambaran adalah tidak dibenarkan di kawasan yang dikuatkuasakan PKP iaitu Selangor, Wilayah Persekutuan (Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan), Pulau Pinang, Johor, Sabah, Melaka dan Kelantan. 

Sementara itu, di kawasan yang dikuatkuasakan PKP-Bersyarat dan PKP-Pemulihan pula aktiviti penggambaran boleh diteruskan seperti biasa dengan syarat perlu mematuhi semua garis panduan dan SOP yang digariskan oleh pihak MKN buat masa ini. 

Aktiviti Penggambaran Tidak Dibenarkan di Kawasan PKP

Aktiviti penggambaran tidak dibenarkan di mana-mana kawasan di enam negeri yang diletakkan di bawah Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) mulai tengah malam ini hingga 26 Januari depan.

Pengerusi Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas), Zakaria Abdul Hamid berkata, ini ekoran sektor industri kreatif tidak tersenarai sebagai sektor ekonomi yang dibenarkan dalam tempoh PKP buat masa ini.

“Finas ingin memaklumkan kepada semua syarikat produksi bahawa aktiviti penggambaran adalah tidak dibenarkan di kawasan yang dikuatkuasakan PKP iaitu di Pulau Pinang, Selangor, Wilayah Persekutuan (Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan), Melaka, Johor dan Sabah,” katanya dalam satu kenyataan di sini pada Selasa.

Bagaimanapun, katanya, aktiviti penggambaran boleh diteruskan seperti biasa di kawasan yang dikuatkuasakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) dengan syarat perlu mematuhi semua garis panduan dan prosedur operasi standard (SOP) yang digariskan oleh pihak Majlis Keselamatan Negara (MKN).

Selain itu, PKPB bagi tempoh sama akan dikenakan terhadap enam negeri lain iaitu Pahang, Perak, Negeri Sembilan, Kedah, Terengganu dan Kelantan dan dua negeri lagi iaitu Perlis dan Sarawak akan dilaksanakan PKPP bagi tempoh sama.

Katanya, Finas akan memaklumkan perkembangan terkini dari masa ke masa melalui medium hebahan media dan laman web Finas di www.finas.gov.my serta media sosial rasmi Facebook, Instagram dan Twitter @FINASMalaysia.

“Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut boleh diajukan kepada Unit Komunikasi Korporat Finas di talian 03-7968 2182 atau emel di [email protected],” katanya.- Bernama

What do you think?

73 Points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Loading…

0

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Permohonan Baharu & Kemaskini Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) 2021 Kini Dibuka

Aplikasi MySejahtera Dikemaskini, Notifikasi Akan Dihantar Kepada Pengguna Yang Positif Covid-19