in , ,

Ahmad Idham Letak Jawatan CEO FINAS, Khabarnya Bakal Bertugas di Kementerian

Ahmad Idham Letak Jawatan CEO FINAS, Khabarnya Bakal Bertugas di Kementerian. Sebelum Ini dakwaan Ahmad Idham Bakal Memulakan Tugasan Baharu Di Sebuah Kementerian Bertaraf Diplomat. Ia Masih Berkaitan Dunia Seni, Kreatif Dan Budaya Untuk Peringkat Global.

Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) memaklumkan Ketua Pegawai Eksekutif Finas, Ahmad Idham Ahmad Nadzri menyatakan hasrat meletak jawatan dalam mesyuarat Ahli Lembaga pada Khamis lalu.

Pengerusi Finas, Zakaria Abdul Hamid berkata dia menghormati keputusan dibuat Ahmad Idham itu dan sedia melepaskan serta menyokong perjalanan kariernya yang mendatang.

“Ahli Lembaga bersetuju untuk melepaskan dan menyokong penuh perjalanan karier beliau seterusnya nanti. Surat keputusan itu akan segera dikemukakan kepada Menteri Komunikasi dan Multimedia, Tan Sri Annuar Musa.

“Kami di Finas, tentu akan rasa kehilangannya. Apalagi sudah berjuang sama-sama sewaktu musim pandemik dalam menggerakkan dan pembangunan industri kreatif,” katanya.

“Terlalu banyak agenda dirancang dan dilaksanakan. Walaupun antaranya masih tertangguh dan baru hendak bermula disebabkan penularan serta peningkatan kes COVID-19,” 

– Zakaria Abdul Hamid

Pada masa sama, Zakaria berkata Finas tumpang gembira kerana Ahmad Idham bakal beralih ke kementerian. 

Kami melihat peralihannya ke tahap itu mampu membuka ruang untuk industri kreatif melakukan anjakan lebih besar. Terutama, mengembangkan industri kreatif ke peringkat global.

“Semestinya kami harapkan yang terbaik buat beliau. Semoga Ahmad Idham juga terus melaksanakan tugasan baharu dengan cemerlang,”

– Zakaria Abdul Hamid

Terdahulu, timbul juga dakwaan Ahmad Idham bakal memulakan tugasan baharu di sebuah kementerian bertaraf diplomat. Ia masih berkaitan dunia seni, kreatif dan budaya untuk peringkat global. Difahamkan, tugasan baharu Ahmad Idham masih berkaitan dunia seni, kreatif dan budaya. Namun, tugasan lebih mencabar apabila membawa budaya, muzik dan filem ke mata dunia.

Sumber: Berita Harian

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Amar Asyraf Kini Lebih Berhati-Hati Semasa Hulurkan Bantuan

“Saya Tak Redha Viralkan Video, Jumpa Saya Minta Maaf,” – Imam Besar Masjid Putrajaya