in

Rebut Wang Tunai Dalam Duetoke Tesco Bersama Suria FM

[dropcap]A[/dropcap]nda ingin mencungkil bakat nyanyian terpendam dengan berkaraoke? Anda mahu memenangi wang tunai bernilai RM2000 dengan hanya berkaraoke? Telah bermula pada 12 April yang lalu, kini tinggal dua minggu lagi sebelum ia berakhir. Ayuh ke Tesco Kajang pada 8 Jun, Tesco Rawang pada 9 Jun, Tesco Plentong Johor pada 15 Jun dan Tesco Melaka pada 16 Jun untuk berkaraoke di Duetoke Tesco bersama Suria FM! Pertandingan karaoke secara berduet ini menawarkan hadiah wang tunai bernilai RM2000 kepada juara, RM1000 untuk tempat kedua dan RM500 untuk tempat ketiga.

Peserta yang ingin menyertai boleh mendaftar secara terbuka di kaunter pendaftaran bermula 12 tengahari atau boleh memuaturun borang penyertaan di laman web Suria FM. Sebanyak 20 buah lagu duet yang disediakan oleh pihak Suria FM untuk didendangkan oleh para peserta. Antaranya Muara Hati dari Dato’ Siti Nurhaliza dan Hafiz, Baldu Biru dari Awie dan Ella, Sandarkan Pada Kenangan dari Siti Sarah dan Jamal Abdillah, Lagu Jiwa Lagu Cinta dari Dato’ M.Nasir dan Mawi, Kalau Cinta dari Aliff Aziz dan Joanna, Teman Pengganti dari Black dan Malique dan banyak lagi.

Selain diacarakan oleh para penyampai Suria FM, diadili oleh juri profesional yang terdiri dari selebriti Malaysia dan orang kuat industri muzik, ia turut dimeriahkan dengan kehadian artis jemputan iaitu Iam NEETA dan Najwa Latiff di Tesco Kajang dan Rawang serta Tengku Adil dan Sabhi Saddi di Tesco Plentong Johor dan Tesco Melaka.

Jadi apa tunggu lagi, buat semua penggemar karaoke, bawa teman, saudara-mara atau adik-beradik untuk menyertai Duetoke Tesco bersama Suria FM. Jangan lepaskan peluang untuk memenangi hadiah wang tunai. Anda ada masa dua minggu lagi untuk mempamerkan bakat nyanyian dan kreativiti masing-masing. Untuk sebarang maklumat lanjut seperti senarai lagu yang lengkap ataupun borang penyertaan, sila layari laman web Suria FM, www.suriafm.com.my. Jumpa anda disana!

8 Jun 2013 Tesco Kajang Bob Ringgo I am NEETA & Najwa Latiff

9 Jun 2013 Tesco Rawang Bob Ringgo I am NEETA & Najwa Latiff

15 Jun 2013 Tesco Plentong, Johor Bob Ringgo Tengku Adil & Sabhi Saddi

16 Jun 2013 Tesco Melaka Bob Ringgo Tengku Adil & Sabhi Saddi

PEMENANG DUETOKE TESCO BERSAMA AWEERA MOJO, ASMIDAR & DJ LIN

PEMENANG DUETOKE TESCO BERSAMA SUKI, TENGKU ADIL & CAT FARISH

PEMENANG DUETOKE TESCO BERSAMA SUKI LOW, TENGKU ADIL & CAT FARISH

PEMENANG DUETOKE TESCO BERSAMA IAMNEETA, AWEERA MOJO, EDDIE HAMID & REZA MOHAMED

Latar belakang Suria FM
Suria FM adalah sebuah stesen radio berbahasa Malaysia yang bersiaran selama 24 jam. Kami boleh didengari di kawasan Lembah Klang dengan frekuansi 105.3FM dan juga di seluruh Semenanjung Malaysia dan Sabah berfrekuansi 105.9FM. Suria FM memainkan muzik-muzik dari era tahun 90-an hinggalah kepada lagu-lagu yang terkini. Menampilkan pelbagai pilihan lagu terbaik dan terkini bahasa melayu, bahasa Inggeris dan juga Indonesia, kami mensasarkan pendengar yang berumur di antara 25 tahun hingga ke 39 tahun. Kami telah menerima respon yang cukup baik iaitu 2.5 juta pendengar setakat ini dan ia semakin meningkat dari setahun ke setahun.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Peraduan Menang Tiket Ke Konsert Once di Malaysia

Free Flight Ticket With Airasia X’s Buy One Free One