in

Rahsia Awet Muda Anuar Zain Buat Rawatan Sel Stem

[dropcap]R[/dropcap]amai yang perasan dengan perubahan wajah Anuar Zain. Siap diorang ni letak gambar dulu dan sekarang. Transformasi bentuk wajah Anuar Zain dipersoalkan. Bagi Budiey, itu hak dialah dan terserah pada diri masing-masing untuk menjaga kurniaan Tuhan dengan sewajarnya. Yang penting, Budiey lihat, Anuar Zain makin hari makin muda. Chewaaah, ayat bodek ni. Untung-untung dapat pergi tengok Anuar Zain di Majlis Makan Malam Jalinan Mesra anjuran Jabatan Perancangan Bandar & Mesra Semenanjung Malaysia diadakan bagi mengumpul dana pada 19 Oktober ini.

[pullquote align=”right”]Tapi betul, ramai yang akui muka Anuar Zain tak dimakan usia walaupun usianya kini dah 43 tahun. Beliau sentiasa tampil segak sehingga mempesonakan sesiapa yang memandang.[/pullquote]

Tambahan lagi apabila beliau begitu menjaga keperibadian serta tutur kata yang sangat soft spoken sekaligus menyerlahkan sisi budi bahasa yang membuatkan peminat sentiasa menggilainya.

Selain merendah diri, Anuar Zain memang kaya dengan senyuman yang menawan dek giginya yang bersih tersusun rapi. Anuar Zain boleh dikira bertuah sebab dia tiada masalah kulit seperti masalah jeragat atau kedutan. Anuar Zain dikatakan antara artis lelaki metroseksual yang menjaga kebersihan wajah termasuk mengambil makanan tambahan selain membuat suntikan vitamin C, kolagen dan sel stem yang sikit sebanyak memberi impak kepada dirinya.

Tidak seperti sesetengah selebriti lain, Anuar Zain sangat berterus-terang tentang penjagaan kesihatan serta rutin penjagaan wajahnya.

“Apabila sudah menginjak ke usia 40-an kita memang kena mengamalkan pengambilan suplemen dan jaga kesihatan kulit. Saya memang agak bertuah kerana tidak menghadapi masalah kulit. Mungkin kerana saya mengikut mak dan ayah. Rawatan ini saya buat secara berjadual. Kedutan di wajah tidak nampak ketara walaupun sudah berusia.

“Bagaimanapun, saya juga buat rawatan wajah bagi memastikan kulit sentiasa sihat. Paling penting, buat suntikan vitamin C dan kolagen untuk kesihatan badan. Terbaru, saya mencuba suntikan sel stem. Semua rawatan ini saya buat secara berjadual. Memang pada peringkat awal kena buat secara kerap, tetapi selepas itu tidak perlu. Hanya buat apabila perlu.”

Anuar enggan mendedahkan jumlah perbelanjaan rawatan kesihatannya kepada umum.

Sementara itu, Anuar Zain juga menafikan yang dia mengagungkan pakaian berjemana. Menurut beliau, seperti orang lain, dia juga membeli baju yang ada potongan harga, memakai kemeja T berharga RM10 dan pergi shopping kat butik fesyen jalanan.

Baginya, zaman mementingkan jenama sesuatu barangan itu dah berlalu sebab sekarang ni apa yang penting adalah keselesaan. Tujuh lapan tahun dulu memang ya lah, memang Anuar Zain suka pakai baju yang mahal-mahal dan berjenama.

Persembahan Istimewa Anuar Zain di Majlis Makan Malam Jalinan Mesra

Berita terbaru, Anuar Zain bakal buat persembahan di Majlis Makan Malam Jalinan Mesraanjuran Jabatan Perancangan Bandar & Mesra Semenanjung Malaysia diadakan bagi mengumpul dana pada 19 Oktober pukul 8.30 malam di TM Convention Centre Kuala Lumpur.

Tiket Malam Jalinan Mesra Bersama Anuar Zain kini dijual dengan harga RM3,000- RM30,000 per table. Anuar Zain akan nyanyi 7 buah lagu durasi setengah jam. Anuar berjanji akan lakukan terbaik untuk peminat yang hadir.

Wajah-Wajah Kenangan Anuar Zain

Anuar Zain di Konsert Suria FM

Showcase Anuar Zain

DSC_0014

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

UNIQLO Opens Its First Malacca Store

Ulasan Konsert Lentera Timur Dato’ Siti Nurhaliza