in

Program Majalah Raya 2010 di TV9

PROGRAM MAJALAH TV9
I-Glam Raya – 11 Septermber, 11.30 pagi

I-Glam Edisi Khas Raya akan memaparkan pengacara Nora Danish beraya bersama beberapa pereka fesyen dan selebriti tanah air. Antara pereka fesyen dan selebriti yang memeriahkan acara adalah Syaiful Baharim, Ezuwan Ismail dan PU3. Selain itu, turut berkongsi tip bergaya ke rumah terbuka bersama tetamu jemputan. Rakaman ini diadakan di PNB Darby Park, Kuala Lumpur dan turut dimeriahkan dengan tajaan dekorasi serta kek daripada D & D Beauty House dan Wizcakes Bakery.

Legasi Kembara Diraja – 12 September, 11.30 pagi (Ganti Pewaris)
Legasi Kembara Diraja adalah sebuah program dokumentari berkisar tentang Kembara Mahkota Johor 2010 Fasa 2. Kembara Mahkota Johor adalah cetusan ilham DYMM Tuanku Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar yang pada ketika itu sebagai DYAM Tunku Mahkota Johor, bertujuan untuk mendekatkan hubungan keluarga Diraja Johor dengan rakyat Negeri Johor.

Uniknya program ini, tumpuan diberikan kepada Tunku Mahkota Johor, DYAM Tunku Ismail Idris Ibni Sultan Ibrahim yang akan mewarisi kembara ayahanda beliau pada masa-masa akan datang. Kemesraan di antara keluarga Diraja ini dengan rakyat jelata dapat dilihat jelas di sepanjang kembara ini berlangsung. Dengan latihan yang telah diberikan oleh ayahandanya sejak tahun 2005 lagi, Tunku Mahkota kelihatan tidak kekok bermesra dan melakukan aktiviti bersama rakyat.

Ketupat Rendang Kopi O – 10, 11, 12 September, 8.00 pagi
Ketupat rendang Kopi O akan membawa penonton menyingkap kemeriahan berhari raya di kampung dengan penyertaan penduduk kampung orang asli dan suasana sambutan perayaan di Kuala Medang, Kuala Lipis, Pahang yang pernah memenangi Anugerah Deswa Cemerlang dan Homestay Terbaik Peringkat Kebangsaan. Turut dipaprkan perjalanan menaiki bot untuk menyambut perayaan ini. Sementara hari berikutnya menampilkan sambutan Aidilfitri oleh pelbagai kaum di Mlaaysia yang turut membexakan pakaian kebangsaan pelbagai kaum.


Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Ucapan Selamat Hari Raya

Chermin, I’m Not Single, Saus Kacang di TV9