Home HOME | My Few.net | Foto Blog | Enter-tainment | Tips Money | Who Linked Me | Contact Me | Arkib | Bookmark (Ctrl+D)









[ Lebih 25 ribu pembaca setiap hari! Iklankan produk anda di Sensasi Selebriti! Klik Sini! ]






Pertandingan Akhir Bintang RTM di Stadium Negara

SEJARAH TERCIPTA : STADIUM NEGARA MENJADI PENTAS 8 FINALIS BINTANG RTM 2009 BERENTAP

Sejarah bakal tercipta apabila buat pertama kalinya, Bintang RTM 2009 akan diadakan di luar dari Auditorium Perdana Kuala Lumpur, yang pasti akan memberikan kelainan dalam Bintang RTM kali ini. Stadium Negara merupakan stadium tertutup pertama di negara ini telah siap pembinaannya pada tahun 1960 dan dirasmikan pada 10 April 1962 oleh Yang Di-Pertuan Agong Al-Marhum Tuanku Syed Putra bakal menjadi saksi  acara kemuncak program Bintang RTM 2009 bersiaran mulai 5 April lalu ini yang membariskan finalis-finalis berbakat yang bakal merebut peluang melayakkan mereka bergelar Juara Binatang RTM 2009.

Justeru pada 28 Jun 2009 (Ahad), jam 8.30 malam akan berlangsungnya Pertandingan Akhir Bintang RTM 2009 yang akan menyaksikan Stadium Negara Kuala Lumpur sebagai medan untuk lapan finalis Bintang RTM 2009 berentap.

Jika stesen TV lain dapat berbangga dengan penganjuran pertandingan yang mencungkil bakat-bakat baru dalam bidang nyanyian yang dapat memeriahkan industri hiburan tanahair, Radio Televisyen Malaysia (RTM) juga nyata tidak ketinggalan dengan program Bintang RTM sebagai medan terbaik pencungkilan bakat baru bidang seni suara tanah air. Kejayaannya bertahan selama lebih 30 tahun dalam industri hiburan sememangnya tidak dapat dinafikan lagi.

“Pemilihan Stadium Negara sebagai pentas Pertandingan Akhir Bintang RTM 2009 adalah disebabkan stadium ini yang dapat menampung kapasiti penonton yang lebih ramai selain lokasinya yang strategik yang terletak ditengah-tengah bandar Kuala Lumpur,”ujar Azman Hashim, selaku penerbit program ini sewaktu berkesempatan ditemu bual sewaktu berada di Stadium Negara melihat lokasi.

Azman Hashim selaku penerbit

Menurut beliau lagi, walaupun pada permulaannya beberapa tempat telah disenaraikan sebagai pilihan lokasi berlangsungnya Pertandingan Akhir Bintang RTM 2009, namun akhirnya semua bersetuju dan memutuskan untuk memilih Stadium Negara sebagai pentas akhir Bintang RTM.

Persiapan kini telah dibuat bagi melancarkan perjalanan pertandingan akhir nanti. Hampir 80 peratus persiapan pertandingan akhir termasuk rangka persembahan telah dibuat. Namun, masa ada agak terhad kerana finalis-finalis Bintang RTM 2009 juga pada masa sama harus memberi tumpuan untuk showcase Bintang RTM yang akan berlangsung pada 14 Jun 2009 (Ahad) dan 21 Jun 2009 (Ahad).

Pertandingan Akhir Bintang RTM 2009 yang bakal dilangsungkan pada 28 Jun 2009 (Ahad) di Stadium Negara, Kuala Lumpur ini diterbitkan oleh Azman Hashim, Unit Hiburan TV, RTM.

Tags:

Baca artikel lain yang berkaitan:
  • Pertandingan Akhir Hits 1 di Stadium Negara Ahad Ini
  • PERTANDINGAN AKHIR BINTANG IRAMA MALAYSIA 2008
  • SIARAN LANGSUNG PUSINGAN AKHIR PERTANDINGAN DEBAT MANDARIN ANTARA UNIVERSITI MALAYSIA KALI KE 11
  • Aura Bintang RTM 2009
  • Khai dan Rosma di Pertandingan Bintang Kecil 2008
  • Pop Shuvit, DJ Fuzz, Altimet di Stadium Astro Sokker Safari
  • Peserta Wanita Kuasai Bintang Ai-Minnal 1Malaysia
  • Acara Badminton Amal – Terbuka Sinar Latifah Anjuran Sinar FM
  • Bintang RTM Suku Akhir 3
  • Gambar Bakal Juara Ford Model Supermodel of the World Malaysia 2009



  • =========================
    PERHATIAN KEPADA PEMBACA BUDIMAN,

    SILA GUNA BAHASA YANG SOPAN DAN BERHEMAH KETIKA MENULIS KOMEN. SILA HINDARI DARIPADA MENYENTUH TENTANG SENSITIVITI INDIVIDU, AGAMA DAN PERKAUMAN.

    SEGALA KOMEN YANG DITULIS ATAS TANGGUNGJAWAB DAN RISIKO ANDA SENDIRI. PIHAK BUDIEY.COM TIDAK BERTANGGUNGJAWAB ATAS SEBARANG KOMEN YANG DITULIS OLEH PEMBACA. HARAP MAKLUM


    Sila tinggalkan komen anda di sini:




























































































































































































































































































    Support Our Sponsors:










    Hits & Statistic





    View Blog Stats







    Sensasi Selebriti
    proudly hosted & sponsored
    by SERVERFREAK





    Nantikan MOVIE DAY OUT BERSAMA PEMBACA - FILEM EVOLUSI KL DRIFT tak lama lagi!