Home HOME | My Events | My Youtube | My Merchandise | My Jurnal | Pipicomel | Foto Blog | Advertise Here | Contact Me









Perjanjian Pemasaran & Pengedaran Antara Metadome & EMI Music Indonesia



Metadome Sdn. Bhd. telah menandatangani perjanjian dengan EMI Music Indonesia untuk memasarkan & mengedarkan semua aset muzik, digital & fizikal bagi Malaysia, Singapura, Hong Kong, Brunei dan Timur Tengah.

EMI Music Indonesia selesai proses pengambilalihan baru-baru ini. Perubahan struktur perniagaan terutamanya pengedaran dan pemasaran hak cipta produk-produk EMI ini merupakan yang paling drastik pernah berlaku sejak ia mulai beroperasi.

Mulan Jameela

Antara artis-artis Indonesia dibawah syarikat rakaman EMI Music Indonesia terdahulu ialah Dewa 19, Mulan Jameela, Ada Band, Andra & The Backbone, The Titans, Five Minutes, Radja, Tahta, Kapten, Naif, Repvblik, Ten 2 Five, The One, dan The Rock.

Menurut Pengurus Kanan Metadome, KC Ismail “ Metadome telah mulai mengedarkan dan memasarkan lagu dan album artis EMI Music Indonesia bermula pada April 2009.” Menurutnya lagi “Kami berasa gembira kerana diberi kepercayaan oleh pihak EMI untuk mengedarkan repetiore mereka.”  Menurutnya lagi “Dengan kerjasama ini, kami juga berharap  dapat memperkenalkan artis-artis dibawah naungan Metadome ke pasaran Indonesia.”

Antara perancangan lain yang telah dibuat oleh Metadome ialah, mempromosikan single terbaru dari kumpulan Ada Band berjudul Pemain Cinta dan Five Minutes berjudul Semakin Ku Kejar Semakin Kau Jauh. Metadome juga akan mempromosikan kumpulan Dewa 19 dan Andra & The Backbone yang akan menjayakan Konsert Pesta Malam Indonesia III pada 20 Jun depan.

Tags:

Tags:

Click on the following buttons to share this article with your friends:





Baca artikel lain yang berkaitan:
  • Konsert Alibi Cosmic di Wisma Bentley Esok
  • Video Klip Lagu Mari Beraya – Metadome All Stars
  • Jemputan Pembaca Ke Universal Night & Showcase 2011
  • Liyana Jasmay di Konsert Jelajah 11 Era
  • The Fabulous Cats, Nurul, Imran Ajmain, Liyana Jasmay, Diana Danielle Tour Ke Singapura
  • Menangi Jemputan Pembaca Sensasi Selebriti ke Konsert Alibi Cosmic
  • Lirik Mari Beraya – Metadome All Stars
  • Han OIAM Sign Kontrak Jadi Artis Metadome
  • Showcase Tour The Fabulous Cats, Nurul, Zhana, Imran Ajmain dan Nitrus di Pulau Pinang
  • Perjanjian Persefahaman MC Voices & Stars Sdn Bhd bersama MAESTRO



    • http://freejer.com/ payen

      Thanks.. keep up the good stuff!

    • http://PERJANJIANPEMASARAN&PENGEDARANANTARAMETADOME&EMIMUSICINDONESIA Orng baik

      Naa..Lbh baik bgini dripada sibuk mncekal lagu2 Indo, bagus juga asal jngn lagu Indo sja yg dcekal ya

    • Qistina

      masalahnya…lagu malaysia nak masuk indonesia kemain payah…lagu indonesia senang2 jer masuk sini…sungguh tak adil!!

    • http://PERJANJIANPEMASARAN&PENGEDARANANTARAMETADOME&EMIMUSICINDONESIA Orng baik

      Sbnrnya lagu2 mlysia msuk d Indo,ada jga yg beli tpi dkalangan trbatas,ini hanya masala selera sja klu suka ya dbeli

    • http://deleted slimmer

      persoalannya magu malaysia kurang quality…asyik asyik melodi samaaaaaa jerr….lagu lagu indonesia lebh bernafas baru dan memberikan kelainan sebab itu disenangi masyarakatdi malaysia kerana memang tidak ada komposer malaysia yang boleh buat lagu berirama yang ssama seperti lagu2 indonesia…bukan maksud saya untuk mengatakan bahawa lagu indonesia lebih bagus, tidak..bukan begitau, tetapi ia berlainan dgn irama lagu2 malaysia dan masyarakat di sini suka akan sesuatu yang lain dan juga suka variety…



































































































































































































































































































    Sensasi Selebriti
    proudly hosted & sponsored
    by SERVERFREAK