in ,

Peraduan Are You a True Brazil Fan Bersama Fahrin Ahmad

Gillette® mengumumkan pelancaran Pisau Cukur Brazil Edisi Terhad yang memaparkan bendera negara Brazil. Dengan prestasi cukuran terbaik dari pisau cukur keluli Gillette, peminat dan pemain kini boleh mempamerkan minat mereka terhadap bola sepak ketika bercukur.

Gillette tahu bahawa tiada apa yang lebih penting bila menyentuh tentang bola sepak. Pisau Cukur Brazil Edisi Terhad adalah pengakuan harian bagi peminat bola sepak yang setia menyokong pasukan mereka – dengan memakai warnanya di luar dan semangat seteguh kelulinya di dalam.

Meraikan Pemain Bola Sepak dan Pasukan Kebangsaan Bertaraf Dunia untuk mempamerkan bagaimana pemain dan peminat seperti dibuat daripada keluli, didorong kuat oleh minat yang mendalam.

Fahrin Ahmad

Gillette Lancar Pisau Cukur Brazil Edisi Terhad

Dari 1 April hingga 15 Mei 2014, peminat bola sepak berpeluang untuk memenangi percutian ke Brazil yang ditanggung sepenuhnya untuk 2 orang dengan menyertai peraduan “Are You a True Brazil Fan?”! Pemenang peraduan akan diterbangkan ke Brazil untuk menonton perlawanan persahabatan di antara Brazil dan Serbia, melawat Muzium Bola Sepak dan bersiar-siar di São Paulo.

Untuk mengambil bahagian di dalam peraduan ini, mereka hanya perlu membeli Pisau Cukur Brazil Edisi Terhad Gillette MACH3 atau ProGlide melalui e-kedai Tesco atau di kedai-kedai Tesco berhampiran dan menghantar penyertaan mereka secara online di Tesco Online. Peraduan ini dijalankan secara eksklusif bersama Tesco Malaysia.

Fahrin Ahmad, peminat setia sukan bola sepak, pelakon dan juga Presiden Kelab Bola Sepak Artis Malaysia telah dipilih untuk mengajak peminat bola sepak berdiri megah di belakang pasukan Brazil dan menyertai peraduan tersebut. Fahrin akan berkongsi tentang cara-cara untuk menyertai peraduan tersebut dan pemberian percuma Pisau Cukur Brazil Gillette MACH3 dan ProGlide bersama peminatnya di media sosial. Pemenang peraduan akan diumumkan di dalam sebuah majlis penyampaian hadiah di Tesco bersama Fahrin Ahmad pada akhir bulan Mei.

“Bagi peminat pasukan Brazil seperti saya, Pisau Cukur Brazil Gillette adalah cara yang baik untuk memulakan hari kami. Ia merupakan peringatan setiap hari kepada kami mengenai kesempurnaan dan kemahiran teknikal salah satu pasukan yang terhebat di dunia ini serta jenama peneraju dunia dalam kategori pencukur lelaki. Bagi saya tiada hadiah yang lebih sempurna bagi peraduan ini kerana ia merupakan mimpi yang menjadi kenyataan bagi peminat Brazil untuk menyaksikan pasukan mereka beraksi secara langsung. Alangkah bagus kalau saya juga dapat turut serta!” – Fahrin Ahmad

Fahrin Ahmad

Di peringkat global, bersempena dengan pelancaran pisau cukur Brazil edisi terhad ini, Gillette telah bekerjasama dengan salah seorang pemain bola sepak yang paling berjaya dan dihormati di dunia iaitu Lionel “Leo” Messi untuk melancarkan kempen ‘Inner Steel’.

Dengan mempamerkan minat dan kekuatan minda tiada tandingan yang diperlukan oleh pemain dan peminat untuk membawa pasukan masing-masing menuju kejayaan dan membuktikan minat yang mendalam terhadap sukan tersebut, Messi membintangi sebuah siri video yang mendokumentasikan minat terhadap bola sepak di seluruh dunia.

Gillette mendefinisikan ‘Inner Steel’ sebagai kekuatan mental, kecekalan dan kesungguhan untuk menang. Ia adalah keberanian untuk melangkah lebih jauh bagi melakukan yang terbaik, yang bertepatan dengan sejarah jenama ini dan telah memberi inspirasi buat inovasi yang mengubah hala tuju, menerajui kehebatan produk dan kejayaan yang berterusannya.

Pisau Cukur Brazil Edisi Terhad yang baru ini boleh didapati dalam ProGlide dan MACH3:

• Gillette MACH3 yang asli meneruskan legasi yang memberikan cukuran yang licin. Teknologi 3 bilah dan Comfort Guard dengan 5 Microfin memastikan cukuran yang licin dan selesa – pilihan yang dipercayai untuk memberikan permulaan yang baik kepada setiap lelaki

• Pisau Cukur Manual Gillette® Fusion® ProGlide™ adalah pisau cukur yang paling canggih. Bilah yang lebih nipis dan halus* dengan salutan rendah rintangan meluncur lancar melalui bulu untuk mengurangkan tarikan dan regangan**, memberikan keselesaan yang menakjubkan walaupun bagi mereka yang bercukur setiap hari

“Untuk menghasilkan bilah pisau cukur yang paling nipis, kami telah menguatkan keluli kami hingga sempurna. Kejayaan dari dalam inilah yang telah membina Gillette dan kami percaya ia ada dalam diri setiap lelaki, hanya menunggu untuk dibebaskan. Lelaki mahukan yang terbaik untuk cukuran di waktu pagi, terutamanya ketika menetapkan fokus untuk menyokong pasukan mereka untuk menang. Oleh itu, kami telah menggabungkan ciri-ciri yang terbaik dalam penjagaan cukuran dengan warna-warna yang bermakna buat pemain dan peminat.” – Cik Goh Seng Jone, Pengurus Komunikasi P&G Malaysia.

Pisau Cukur Brazil Edisi Terhad Gillette® kini boleh didapati di semua cawangan runcit utama di seluruh negara untuk tempoh yang terhad sahaja.

Harga Jualan Yang Dicadangkan:

Gillette Brazil Proglide – RM30.90
Gillette Brazil MACH3 – RM13.90

Layari laman Facebook Gillette Malaysia [www.facebook.com/GilletteMalaysia] untuk menonton dokumentari ‘Inner Steel’, mendapatkan maklumat lanjut mengenai aktiviti dalam kedai yang menarik bagi Gillette ‘Inner Steel’ dan mengetahui cara-cara untuk memenangi hadiah-hadiah bertemakan bola sepak yang mesti dimiliki.

Ikuti Fahrin Ahmad untuk mendapatkan maklumat terkini mengenai Pisau Cukur Brazil Edisi Terhad Gillette MACH3 dan ProGlide serta peraduan untuk memenangi percutian ke Brazil yang ditaja sepenuhnya.

Facebook www.facebook.com/FA.fanpage
Instagram http://instagram.com/fahrinahmad_fa
Twitter https://twitter.com/fahrinahmad_fa

FAKTA PRODUK PISAU CUKUR GILLETTE® BRAZIL AFFINITY

Gillette® melancarkan portfolio Pisau Cukur Brazil Affinity edisi terhad sebagai sebahagian daripada kempen bola sepak global barunya yang dikenali sebagai “Made from Steel, Driven by my Colors”. Pisau Cukur Gillette®Brazil Affinity adalah pengakuan harian bagi peminat bola sepak yang setia menyokong pasukan mereka – dengan memakai warnanya di luar dan semangat seteguh kelulinya di dalam.

Pisau Cukur Gillette®Brazil Affinity direka dengan kejuruteraan pakar dan mempamerkan warna-warna kebangsaan Brazil iaitu Hijau dan Kuning. Dalam bola sepak, seperti ketika bercukur, hasilnya ditentukan oleh ketelitian dan kini peminat boleh mempamerkan minat dan komitmen sambil menikmati prestasi cukuran terbaik sebagai rutin harian mereka.

Peraduan Are You a True Brazil Fan Bersama Fahrin Ahmad

CIRI-CIRI DAN MANFAAT:

• Pisau Cukur Brazil Manual Gillette® Fusion® ProGlide Edisi Terhad

Cukuran paling selesa oleh Gillette

Pisau Cukur Brazil Manual Gillette® Fusion® ProGlide™ adalah pisau cukur Gillette yang paling canggih. Bilah yang lebih nipis dan halus* dengan salutan rendah rintangan meluncur lancar melalui bulu untuk mengurangkan tarikan dan regangan**, memberikan keselesaan yang menakjubkan walaupun bagi mereka yang bercukur setiap hari. Cubalah Gillette Fusion ProGlide hari ini; selepas satu cukuran, anda pasti berhenti mencukur dan mula meluncur.

* Empat Pisau Cukur Pertama berbanding Fusion**

• Pisau Cukur Brazil Gillette® MACH3 Edisi Terhad

MACH3 yang asli meneruskan legasi yang memberikan cukuran yang licin. Teknologi 3 bilahnya memberikan cukuran yang selesa dengan ketahanan yang hanya dapat diberikan oleh bilah yang boleh ditukar. Comfort Guard yang disertai 5 Microfin memberikan cukuran yang licin dan selesa, sementara Indicator® Lubrication Strip akan pudar menjadi putih untuk menunjukkan bahawa anda tidak lagi mendapat cukuran yang optimum daripada bilah pisau cukur anda. Masih lagi pilihan yang dipercayai, MACH3 terus memberikan permulaan hari yang baik untuk lelaki di seluruh dunia.

Peraduan Are You a True Brazil Fan Bersama Fahrin Ahmad

BOLEH DIDAPATI:
Pisau Cukur Gillette® Brazil Affinity boleh didapati di semua cawangan runcit utama di seluruh negara untuk tempoh yang terhad sahaja.

HARGA RUNCIT:
Harga jualan yang dicadangkan untuk Pisau Cukur Gillette® Brazil Affinity adalah RM30.90 (ProGlide) dan RM13.90 (MACH3).

Mengenai Warisan Sukan Gillette
Pada awal 1900, Gillette mempunyai visi untuk melihat nilai dalam mendekatkan jenama ini dengan sukan dan atlet terkemuka. Ini merupakan strategi utama yang membantu syarikat ini berkembang menjadi peneraju dunia dalam kategori pencukur lelaki. Gillette menjadi pilihan ramai di Amerika Syarikat melalui siaran televisyen bersejarah Gillette Cavalcade of Sports. Setelah itu, Gillette telah menambah acara-acara penting di Amerika Syarikat termasuklah kejohanan tinju, perlawanan Bowl ‘football’ antara kolej, Major League Baseball, PGA Tour® dan Kentucky Derby. Gillette menaja acara-acara sukan antarabangsa termasuklah Piala Dunia FIFA, Piala Kriket Gillette dan Formula One. Pada 2002, Gillette mengumumkan perjanjian bagi hak penamaan eksklusif untuk stadium utama bagi juara tiga kali Super Bowl iaitu New England Patriots dari National Football League. Sepanjang pertengahan 2000, jenama ini meneruskan program pemasaran inovatif bersama bintang-bintang sukan antarabangsa di seluruh dunia. Hari ini, Gillette meneruskan tradisi warisan sukannya dengan program pemasaran sukan yang dijalankan di pelbagai rantau di dunia dengan penajaan Sukan Olimpik menjadi inisiatif sukan utamanya buat masa ini. Ketika Sukan Olimpik London 2012, Gillette telah bekerjasama dengan 24 atlet dari seluruh dunia.

Mengenai Procter & Gamble
P&G menyentuh dan mempertingkatkan kehidupan kira-kira 4.4 bilion pengguna di seluruh dunia dengan portfolio jenama-jenamanya yang dipercayai dan berkualiti. Jenama-jenama utama Syarikat ini termasuklah Pampers(R), Tide(R), Ariel(R), Always(R), Whisper(R), Pantene(R), Mach3(R), Bounty(R), Dawn(R), Fairy(R), Gain(R), Charmin(R), Downy(R), Lenor(R), Iams(R), Crest(R), Oral-B(R), Duracell(R), Olay(R), Head & Shoulders(R), Wella(R), Gillette(R), Braun(R), Fusion(R), Ace(R), Febreze(R), dan Ambi Pur(R). Dengan beroperasi di kira-kira 80 buah negara, jenama-jenama P&G boleh didapati di lebih daripada 180 buah negara di seluruh dunia. Layari http://www.pg.com untuk berita terkini dan maklumat lanjut mengenai P&G dan jenama-jenamanya.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Sinopsis Drama Bersiri Anissa Dan Anissa

Adam AF & Fiza Elite Bercerai Talak Satu