in ,

Peraduan Menangi Tiket Konsert Wings Rockestra 2013

[dropcap]K[/dropcap]umpulan rock Wings tidak perlu Budiey perkenalkan lagi, mereka merupakan salah satu grup rock otai paling lama bertahan di Malaysia sejak ditubuhkan pada tahun 1985. Tersenarai diskografi yang cukup teguh lagi unggul, hingga kini Wings mempunyai 17 buah album studio, 10 buah album kompilasi dan 4 buah album rakaman live. Satu pencapaian yang sukar untuk digugat lagi.

Album pertama Wings diterbitkan pada tahun 1987 dengan tajuk Belenggu Irama yang terangkum lagu-lagu seperti Intanku Kesepian, Peronda Jaket Biru, Biarkan Berlalu dan Inspirasi Taming Sari. Ini diikuti dengan album Hukum Karma yang memberikan lagu-lagu hits seperti Misteri Mimpi Syakila, Hukum Karma, Taman Rashidah Utama dan Orang Kita.

[pullquote align=”right”]WINGS akan memalu gendang irama rock selama 4 hari iaitu pada tanggal 26, 27, 28 dan 30 April 2013 di Istana Budaya[/pullquote]

Album Naga Kramat diterbitkan pada tahun 2002 dan buah tangan akhir tersebut telah membuahkan kerinduan buat para peminat Wings. Kumpulan ini dengan secara rasminya telah menjadi artis naungan KRU Music Group pada tahun lalu dan akan keluar dengan sebuah album studio baru yang diberi judul Menakluk Kosmos.

Selama 28 tahun terbang di ruang muzik rock Malaysia, sudah cukup membuktikan kredibiliti dan reputasi serta populariti kumpulan Wings. Sudah banyak kejayaan dikecapi termasuklah mencipta rekod penjualan tiket paling laris di Istana Budaya semasa Konsert Opera Hidup dua tahun lalu. Kembalinya Wings dengan sayapnya yang semakin lebar dan utuh di Istana Budaya dalam rangka pengembaraan Konsert Wings Rockestra 2013 pastinya bikin hati peminatnya tak mahu duduk diam dan keterujaan semakin memuncak.

Meenjanjikan lagu-lagu yang belum pernah dipersembahkan depan khalayak di samping kelainan dari segi susunan muzik yang cukup eksklusif bila mana bergabung dengan para pemuzik handalan dari Orkestra Simfoni Kebangsaan (OSK) dan kejutan untuk peminat di mana bakal menerbangkan seorang legenda rock dari Indonesia, bakal diabadikan di kotak minda peminat setia Wings.

Yeah! Awie, Joe, Eddie dan Black bakal menggegarkan sekali lagi Istana Budaya dengan lagu-lagu hit mereka! 80 peratus lagu yang akan dipersembahkan adalah yang jarang dan tidak pernah mereka mainkan seperti Harapan, Aku Pun Tahu, Dalam Kehadiran Sofiah dan Amok.

Konsert Wings Rockestra di Istana Budaya

Nama Konsert: Wings Rockestra 2013
Tarikh: 26, 27, 28 dan 30 April 2013
Durasi: 2 jam 30 minit
Lokasi: Panggung Sari, Istana Budaya, Kuala Lumpur
Artis Utama: Wings
Orkestra Iringan: Orkestra Simfoni Kebangsaan di bawah pimpinan Encik Mustafa Fuzer
Anjuran: Anggerik Event Sdn Bhd
Info Tiket: www.ticket2U.com

Bukan hanya enak di telinga, konsep yang segar dan meyakinkan visual akan mengiringi senarai repertoire Wings yang luas. Kumpulan ini akan beraksi, menjelajah jiwa dan rasa khalayak selama 2 jam 30 minit dengan sorotan lagu yang berisi momen-momen tersendiri buat khayalak yang sudah sekian lama mengikuti perjalanan seni mereka.

Grup rock pertama yang masuk ke dalam istana ini sekali lagi akan memalu gendang irama rock selama 4 hari iaitu pada tanggal 26, 27, 28 dan 30 April kelak.

Membentuk kembali sebuah atmosfera rockestra, Wings sekali lagi bergandingan mantap dengan Orkestra Simfoni Kebangsaan di bawah pimpinan Mustafa Fuzer, dimantapkan lagi dengan Pengarah Muzik (Musical Director) galasan Joe Wings dan penggubah muzik orkestra (orchestra music arranger) Miss Lee Tse Wan.

Harga Tiket

RM499 (Golden Seat), RM399 (Front Stall) RM299 (Middle Stall) RM249 (Grand Circle Center) RM199 (Grand Center L&R) RM149 (Grand To End) RM99 (Upper Circle/Center)Rm69 (Upper Circle)

Jadi untuk mereka yang berminat untuk ke konsert Wings Rockestra ini, Boleh dapatkan tiket anda di http://www.ticket2u.biz

Wings

Hashtag #WingsRockestra2013

Kepada anda yang mengikuti Budiey di Twitter @budiey, bolehlah mengikuti segala berita terbaru berkenaan dengan konsert ini melalui hashtag rasmi iaitu #WingsRockestra2013.

Jangan lupa untuk follow hashtag ini dan setiap kali anda ingin tweet anda dibaca oleh grup Wings & geng @Sayap2Wings, sila guna hashtag ini. Tidak lupa, anda juga boleh mengikuti perkembangan terkini di laman Facebook Wings Rockestra yang rasmi iaitu www.facebook.com/rockestrawings

Peraduan Menangi Tiket Konsert Wings Rockestra 2013

Salam kepada semua pembaca Sensasi Selebriti,

[pullquote align=”right”]Budiey kira, ramai pembaca yang tak sabar untuk memenangi sepasang tiket  Konsert Wings Rockestra 2013[/pullquote]

Sebagai Blog Rasmi Konsert Wings Rockestra 2013 ini, Budiey ingin memberi peluang kepada anda khususnya peminat tegar Wings untuk berhibur dengan alunan lagu-lagu mantap dari  Wings.

Budiey ada dua keping tiket untuk diberikan kepada 10 orang pembaca Budiey.com  (setiap pembaca yang menang akan dapat dua keping tiket) dengan hanya menyertai peraduan di bawah ini. Good luck buat semua ya!

Apa yang korang perlu buat ialah:

1. Sila klik butang LIKE entri ini, Google + & share di Facebook milik anda. Sila cari butang LIKE, butang Google + (g+) dan butang share Facebook di bawah tajuk entri ini.

3. Sila LIKE Fanpage Wings Rockestra: www.facebook.com/rockestrawings

2. Sila cipta slogan paling kreatif anda dan hantar melalui emel bersama jawapan pada soalan di bawah. Selain itu, anda WAJIB juga Tweet slogan ini di Twitter anda dengan hashtag yang diberikan.

Kepada yang ada Twitter, sila gunakan hashtag event ini iaitu #WingsRockestra2013. Follow @sayap2wings. Tweetkan slogan anda tidak lebih 140 huruf.

Slogan: Saya mahu ke #WingsRockestra2013 dgn @budiey & @sayap2wings kerana…. (tidak lebih dari 100 huruf)

Jika anda tiada Twitter, boleh letak di Facebook. Tapi sebaik-baiknya di Twitter ya sebab senang Budiey nak reTweet dan baca.

Jawap soalan di bawah ini:

Soalan 1:
1. Namakan 3 lagu Wings dalam album Teori Domino yang akan dinyanyikan semasa konsert Wings Rockestra 2013 nanti.

Soalan 2:
2. Namakan album pertama kumpulan Wings.

Lengkapkan slogan ini dengan kreatif:
Saya mahu sangat ke Konsert Wings Rockestra 2013 kerana…. (tidak lebih daripada 30 patah perkataan)

Sertakan juga maklumat peribadi:
Nama:
Twitter:
Alamat surat menyurat:
Email:
Nombor telefon:

Hantarkan jawapan anda kepada:

dengan tajuk email: Peraduan Menangi Tiket Konsert Wings Rockestra 2013

Tarikh tutup peraduan:
20 April 2013

SYARAT & PERATURAN:

  1. Penyertaan ini terbuka kepada semua pembaca Sensasi Selebriti yang menetap di Semenanjung Malaysia sahaja.
  2. Pertandingan ini adalah terbuka kepada mereka yang berumur 18 tahun ke atas sahaja
  3. Semua pemenang akan dihubungi melalui email.
  4. Pemenang perlulah memberikan butir-butir peribadi yang lengkap seperti Nama, No. Kad Pengenalan, Alamat, Nombor Telefon dan Alamat E-mel sebelum layak memenangi tiket yang ditawarkan
  5. Pemenang perlulah menjawab soalan yang diberikan dengan tepat dengan slogan paling kreatif untuk memenangi tiket yang ditawarkan
  6. Setiap orang hanya dibenarkan menghantar satu penyertaan. Mereka yang menghantar lebih dari satu akan dibatalkan kelayakan.
  7. Hadiah tidak boleh ditukar dengan wang tunai dan pihak penganjur mempunyai hak untuk menukar hadiah dengan sesuatu yang mempunyai nilai yang sama tanpa notis terdahulu.
  8. Keputusan juri adalah muktamad.
  9. Pihak penganjur adalah tidak bertanggungjawab ke atas apa-apa maklumat yang tidak betul atau tidak tepat yang dihantar oleh para peserta dan tidak boleh dipertanggungjawabkan ke atas apa-apa kesilapan, ketinggalan, gangguan, pemotongan, kecacatan, kelewatan dalam operasi atau transmisi dalam pertandingan ini
  10. Dengan menyertai peraduan ini, pembaca bersetuju terikat dengan Syarat dan Peraturan serta keputusan Blog Sensasi Selebriti.
  11. Pihak penganjur berhak untuk meminda Terma dan Syarat pada bila-bila masa tanpa notis terdahulu

Peringatan: Sila tulis tajuk emel anda dengan betul ya. Kalau salah tajuk emel ni, nanti Budiey tak dapat kasi sebab takde dalam list carian kat emel. Orait?

Terima kasih kepada Anggerik Event Sdn Bhd dan kumpulan Wings kerana sudi memberi tiket kepada pembaca Budiey.com.

Terima kasih kepada pembaca Sensasi Selebriti yang sentiasa memberikan sokongan. Bertemu lagi di peraduan dan kuiz yang akan datang.

Jom ikuti temubual eksklusif Budiey Bersama Wings, klik SINI.

Wings

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Penampilan Aaron Aziz & Lisa Surihani di Oh My English Musim Kedua

Pementasan Semula Ramleefestasi Memulakan Projek Pentas Balik