in , ,

Peraduan Tayangan Premiere Filem Aksi Ghostbusters: Frozen Empire

Sensasi Selebriti dengan kerjasama Sony Pictures Entertainment (Malaysia) ingin menghadiahkan 40 keping tiket menonton filem GHOSTBUSTERS: FROZEN EMPIRE dan juga merchandise premium untuk pembaca setia Budiey.com.

Nah! Ini adalah hadiah istimewa buat semua pembaca setia yang melayari blog ini! Jadi, apa tunggu lagi, cepat sertai peraduan ini untuk memenangi hadiah tiket menonton dan juga merchandise filem ini di malam premiere, gais!

Filem Ghostbusters: Frozen Empire diarahkan oleh Gil Kenan, seorang pengarah terkenal berdarah Inggeris yang juga beliau sering terlibat dalam filem-filem Ghostbusters sebelum ini. 

Selain Kenan, Jason Reitman juga adalah sutradara dari filem Ghostbusters: Afterlife (2021) yang turut membantu dalam proses penulisan skrip filem ini.

Filem aksi ini akan menemui penonton pada 11 April 2024. 

POSTER GHOSTBUSTERS: FROZEN EMPIRE

Sinopsis Filem GHOSTBUSTERS: FROZEN EMPIRE

Filem GHOSTBUSTERS: FROZEN EMPIRE menceritakan tentang kisah dari keluarga Spengler yang kembali menuju Kota New York di mana segalanya bermula. 

Beberapa waktu setelah kejadian akhir Ghostbusters: Afterlife (2021) di Oklahoma, keluarga Spengler kembali ke New York City. Mereka menjalankan bisnis Ghostbusters yang pernah dijalankan oleh pemburu hantu sebelum ini. 

Mereka juga menggunakan markas dan kereta lama Ghostbusters , meski seringkali menimbulkan rasa tidak senang semasa menjalankan tugas. Pheobe (Mckenna Grace) rasa bersemangat untuk menjalankan tugas sebagai sebahagian ahli Ghostbusters, kerana merasa kemampuannya dalam bidang sains menjadi sangat berguna.

Sementara Trevor (Finn Wolfhard) sedang berkecamuk dengan zaman kanak-kanak dan mencuba sebaik mungkin untuk menghindari tugas sebagai Ghostbusters lantaran menganggap dirinya sudah dewasa. 

Sedangkan Callie (Carrie Coon) dan Gary (Paul Rudd), keduanya masih saling menyesuaikan diri dengan komposisi keluarga dan pekerjaan baru ini. Apatah lagi, Gary sebelum bersama Callie, adalah guru Phoebe. 

Di tengah kemelut keluarga ini menghadapi masalah masing-masing, mereka juga dihadapkan dengan masalah yang muncul setiap kali menjalankan tugas, mulai dari kerosakan, kejadian nyaris kecelakaan jalan raya, hinggalah masalah dengan Phoebe.

Tugas Phoebe di Ghostbusters terancam kerana dia masih lagi menjadi pekerja di bawah umur yang bergabung dengan agensi pemburu hantu tersebut. Phoebe pun diminta menunggu hingga 17 tahun untuk ikut serta memburu hantu. Kalau tidak, Ghostbusters akan terancam untuk ditutup kerana dianggap melanggar undang-undang. Phoebe yang juga mulai memasuki usia remaja tak dapat mengendalikan emosinya dan membuat suasana semakin pelik.

Untuk pengetahuan pembaca filem ini akan ke pawagam Malaysia pada 11 April 2024 akan datang. Namun, kepada anda yang terpilih pastinya akan rasa bertuah sebab anda dapat menonton pada malam premiere iaitu pada 2 April 2024!

Anda boleh menonton treler filem ini di bawah:

Peraduan Tayangan Premiere Filem GHOSTBUSTERS: FROZEN EMPIRE

Sensasi Selebriti dengan kerjasama Sony Pictures Entertainment (Malaysia) ingin menghadiahkan 40 keping tiket menonton filem GHOSTBUSTERS: FROZEN EMPIRE dan juga merchandise premium untuk pembaca setia Budiey.com.

Sensasi Selebriti dengan kerjasama Sony Pictures Entertainment (Malaysia) ingin menghadiahkan 40 keping tiket menonton filem ini untuk pembaca setia Budiey.com.

Info Tayangan Premiere Filem GHOSTBUSTERS: FROZEN EMPIRE

Tarikh: 2 April 2024, Selasa

Masa: 9.00 malam

Lokasi: GSC Starling Mall

Anda juga berpeluang untuk memenangi barangan merchandise premium filem ini:

  • 5 x GHOSTBUSTERS: FROZEN EMPIRE Drawstring Bag
  • 5 x GHOSTBUSTERS: FROZEN EMPIRE Night Light
  • 5 x GHOSTBUSTERS: FROZEN EMPIRE Bottle Opener
  • 5 x GHOSTBUSTERS: FROZEN EMPIRE Bobblehead Figurine
Peraduan Tayangan Premiere Filem Ghostbusters: Frozen Empire
5 x GHOSTBUSTERS: FROZEN EMPIRE Drawstring Bag
Peraduan Tayangan Premiere Filem Ghostbusters: Frozen Empire
5 x GHOSTBUSTERS: FROZEN EMPIRE Night Light
Peraduan Tayangan Premiere Filem Ghostbusters: Frozen Empire
5 x GHOSTBUSTERS: FROZEN EMPIRE Bobblehead Figurine
Peraduan Tayangan Premiere Filem Ghostbusters: Frozen Empire
5 x GHOSTBUSTERS: FROZEN EMPIRE Bottle Opener

Apa yang korang perlu buat ialah:

1.  ‘Like’ Facebook page Budiey Dot Com dan ‘Follow’ Twitter & Instagram Budiey: @budiey. Untuk info lanjut tentang filem ini, anda juga diwajibkan untuk ‘Like’ Facebook Sony Pictures Malaysia dan ‘Follow’ Twitter & Instagram @sonypicturesmy

2. Sila cipta slogan kreatif anda dan hantar melalui emel bersama jawapan pada soalan di bawah.

Jawab soalan mudah ini:

1. Namakan salah seorang pelakon utama filem GHOSTBUSTERS: FROZEN EMPIRE

2. Sila emelkan jawapan & slogan anda:

Slogan: Saya mahu menonton filem GHOSTBUSTERS: FROZEN EMPIRE di pawagam kerana… (tidak lebih dari 100 huruf)

Sertakan juga maklumat peribadi:

Nama:

Instagram:

Alamat surat menyurat:

Email:

Nombor telefon:

Hantarkan jawapan anda kepada: [email protected]

dengan tajuk email: Tayangan Filem GHOSTBUSTERS: FROZEN EMPIRE – BUDIEY CHANNEL

Tarikh tutup peraduan:

1 April 2024

Pemenang akan dihubungi oleh Budiey melalui email.

Untuk info lanjut tentang filem ini, anda dijemput untuk ‘Like’ Facebook Sony Pictures Malaysia dan ‘Follow’ Twitter & Instagram @sonypicturesmy

Jangan lupa follow Budiey di Twitter (@budiey) and ‘Like’ Facebook Budiey Channel untuk mengetahui ulasan filem dan berita terkini tentang dunia hiburan.

Terima kasih kepada Sony Pictures Entertainment dan pembaca Budiey Channel yang sentiasa memberikan sokongan. Bertemu lagi di peraduan dan kuiz yang akan datang.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Filem Seram ‘Cheongsam Merah Darah’ di Pawagam Mulai 21 Mac Ini

Nikmati Hidangan Dulang ‘Platter’ di Tony Roma’s Pada Bulan Ramadan Ini