in

Peluang Bayi Tahun Kuda Terima Hadiah Daripada Dettol

Waktu untuk ANGPAU! Pengumuman buat bapa, ibu dan bakal ibu bapa, jika bayi anda menjadi bayi pertama yang lahir di hospital anda sempena kedatangan Tahun Kuda kali ini, Dettol akan menyambut kelahiran cahaya mata anda dengan hadiah wang tunai istimewa bermula daripada RM388 hingga RM888 termasuk hamper Dettol*. Kini anda mempunyai lebih sebab untuk meraikan kehadiran anggota baharu dalam keluarga anda bersempena musim perayaan ini!*

Kempen ini bertujuan meraikan kedatangan Tahun Kuda dan sejajar dengan kerjasama yang sudah lama dibina Dettol bersama hospital-hospital ini untuk “pendidikan kebersihan dan program persampelan ibu- ibu baharu” sejak lebih sedekad lalu.

[pullquote align=”right”]Bayi Tahun Kuda pertama dari setiap hospital bersama ibu-ibu menerima perlindungan ekstra daripada Dettol sempena Tahun Baru Cina kali ini. Wang tunai RM388 dan kit percubaan ibu untuk bayi pertama di setiap hospital yang terlibat sempena Tahun Baru Cina. Wang tunai RM388 untuk diberikan jika bayi merupakan bayi ‘Tahun Kuda’ pertama di kalangan sepuluh hospital yang terlibat Lebih RM5,000 berupa tunai dan produk disediakan bagi meraikan bayi ‘Tahun Kuda’ pertama.[/pullquote]

Sebagai jenama pendahulu** antiseptik yang dipercayai dalam menyediakan perlindungan daripada kuman, Dettol memahami peranan penting yang perlu dimainkan para ibu di rumah bagi menerap praktik kebersihan untuk keluarga. Untuk lebih satu dekad, Dettol menyediakan kit percubaan kepada ibu-ibu baharu yang mengandungi sebotol larutan cecair antiseptik, sanitasi tangan dan risalah pendidikan kebersihan tentang penjagaan kebersihan yang betul untuk bayi yang baru dilahirkan.

Saban tahun, Dettol menyambut kelahiran lebih 2 juta bayi di hospital seluruh Malaysia. Projek ini mengajar para ibu bapa berkenaan kesihatan dan kebersihan yang sangat berguna untuk tumbesaran bayi.

Menurut Pengarah Pemasaran Malaysia dan Singapura, Abhishek Chuckarbutty: “Kelahiran bayi baharu memang satu perkara yang perlu diraikan tetapi ia datang dengan tanggungjawab yang besar. Pada peringkat ini, amalan kebersihan yang baik sangat penting bagi melindungi kedua-dua ibu dan bayi daripada kuman yang boleh mengundang penyakit. Sebagai jenama antiseptik yang dipercayai di seluruh dunia, kami di Dettol amat berbesar hati dapat memainkan peranan dalam menggalakkan para ibu bapa baharu untuk mempraktikkan rejim kebersihan yang efektif.”

Peluang Bayi Tahun Kuda Terima Hadiah Daripada Dettol

[dropcap]H[/dropcap]ospital terlibat: Pusat Perubatan Gleneagles Intan, Hospital Pakar KPJ Ampang Puteri, Pusat Perubatan Pantai, Hospital Assunta, Hospital Columbia Asia (Puchong), Hospital Columbia Asia (Bukit Rimau), Hospital Pakar KPJ Damansara, Hospital Pakar KPJ Tawakal, Pusat Perubatan Tropicana dan Pusat Perubatan Sunway.

** Edaran Reckitt benckiser berdasarkan data daripada laporan Nielsen menerusi Jejak Pasaran Dwibulanan bagi Kategori Cecair Antiseptik Keseluruhan, jangka masa 6-dwibulan berakhir Oktober- November 2013, bagi pasaran runcit keseluruhan Singapura. (Hak Cipta © 2013, The Nielsen Company)

Tentang Dettol
Pertama kali dihasil dan dilancarkan pada tahun 1932, Dettol kemudiannya membina nama utuh sebagai jenama antiseptik yang dipercayai di seluruh dunia. Dengan rangkaian produk berbeza untuk kegunaan peribadi dan penjagaan rumah yang terbukti efektik membunuh bakteria, Dettol merupakan jenama yang dipercayai bagi perlindungan daripada kuman. Digelar ‘selamat, efektif dan kualiti mengagumkan’ Dettol patuh kepada garis panduan GMP (Good Manufacturing Practice) bagi setiap proses; daripada pemilihan bahan mentah, pembuatan kepada kawalan kualiti produk.
Untuk keterangan lanjut, sila layari http://www.dettol.com.my

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Shell Eco-Marathon Asia 2014

Fimie Don & Seri Nabilla Hos Program Lantai Cilik Musim Ke-2