Home HOME | My Events | My Youtube | My Merchandise | My Jurnal | Pipicomel | Foto Blog | Advertise Here | Contact Me











Nik Sayyidah Fatiha Yazid Mek Salam Pantai Timur Dah Bertunang



Pelakon siri komedi dan kini bergelar pengacara, Nik Sayyidah Fatiha Yazid, 26, atau lebih dikenali sebagai Mek, selamat melangsungkan pertunangan bersama jejaka pilihan, Mohd Haniff Ghazali, 34, seorang pegawai kanan di pejabat Sultan Kelantan. Majlis pertunangan yang diadakan di rumah Mek di Taman Kurnia Jaya, Pengkalan Chepa kira-kira jam 3 petang kelmarin dihadiri oleh keluarga dan rombongan pihak lelaki. Kata Mek, sebelum termeterainya ikatan berkenaan, Mek mengadakan majlis khatam al-Quran pada jam 10 pagi.

“Rombongan daripada pihak lelaki membawa sembilan dulang hantaran dan ia dibalas sembilan dulang daripada pihak kami. Saya gembira dan terharu dengan hadiah sebentuk cincin berlian yang dinamakan ‘Sekebun Bunga’,” katanya kepada Sinar Harian.

Lebih meriah dengan adanya majlis berkonsepkan taman dihiasi bunga segar sentuhan Abe Yie dan pelamin pertunangan dari Deenor Illusion (Cikgu Zaidin), Kota Bharu. Mengimbas perkenalannya bersama tunang tersayang, Mek berkata, mereka bertemu empat tahun lalu semasa beliau mengadakan persembahan di istana Kelantan.

“Pada mulanya, saya hanya mengenali dan setakat berkawan sahaja. Pada ketika itu tiada apa-apa hubungan di antara kami. Namun, saya mengaguminya kerana pada hari raya ketiga lalu, dia menyatakan hasrat dan menghantar rombongan merisik,” katanya.

Mek berkata, majlis tersebut turut dihadiri oleh Yang Mulia Datuk Tengku Salwani Almarhum Sultan Yahya Petra. Katanya, buat masa ini dia akan meneruskan kerjaya seninya dan ia mendapat sokongan daripada tunang dan kini sibuk menjalani penggambaran siri Salam Pantai Timur dan menjadi pengacara Top Show, Nasi Lemak Kopi O.

Semalam Mek mengadakan persembahan bersama beberapa artis lain pada Majlis Piala Monsun di Terengganu dan katanya bakal menemui peminat dalam filem komedi saintifik pertama ‘Brain Scan’ yang akan ditayangkan pada 25 Disember nanti.

Kata Mek, majlis perkahwinan bersama jejaka berasal dari Wakaf Bharu, Tumpat tersebut akan diadakan pada Mac tahun depan.

Tags:

Comments

comments

Powered by Facebook Comments



Click on the following buttons to share this article with your friends:





Baca artikel lain yang berkaitan:
  • Gambar Terbaru Pasangan Romantik Mek Siti dan Suami
  • Gambar Kahwin Nik Sayyidah Fatiha Yazib Mek Pantai Timur Kahwin
  • Penyanyi Ezlynn Bertunang
  • Gambar Pelajar Akademi Fantasia 7 YAZID
  • Gambar Majlis Pertunangan Pelakon Puteri Chichi
  • Video Making Of Senario The Movie Episod 2 Beach Boy
  • Gambar Majlis Pertunangan Puteri Fatin Nasuha Part 2
  • Fizo Omar, Fatiha & Kuna Dalam Drama Bila Musang Berjanggut
  • Pelakon Zul Yahya Bertunang?
  • Gambar Sekitar Prebiu Filem Senario The Movie Episode 2: Beach Boys



  • 11 Komen untuk entri “Nik Sayyidah Fatiha Yazid Mek Salam Pantai Timur Dah Bertunang”

    1. Honeybee kata:

      Alhmdulillah …

    2. obefiend kata:

      congratulations

      even fat people deserve a life partner to have heart attacks with.

    3. atuk kata:

      selamat bertunang kawin nanti jgn lupa jemput aku ahak ahak

    4. kukuku_chantekkk kata:

      talk show…bukan top show

    5. Honeybee kata:

      She’s slimmer now..

    6. kirana kata:

      xde gmbr ke?

    7. june kata:

      tahniah2…katanya kenal dah lama sblum kurus lagi…

    8. Jom Cuti-Cuti Malaysia kata:

      tahniah.. akhirnya bertemu juga jodoh ya..

    9. izzati kata:

      obefiend… u r mean…

    10. Honeybee kata:

      Dia mmg cmtu …

    11. tumpat kelantan kata:

      mek kalu nikah ajok la rumah kawe tumpat jgak

    =========================
    SEGALA KOMEN YANG DITULIS ATAS TANGGUNGJAWAB DAN RISIKO ANDA SENDIRI. PIHAK BUDIEY.COM TIDAK BERTANGGUNGJAWAB ATAS SEBARANG KOMEN YANG DITULIS OLEH PEMBACA. HARAP MAKLUM

    Sila tinggalkan komen anda di sini:































































































































































































































































































    Sensasi Selebriti
    proudly hosted & sponsored
    by SERVERFREAK