in , ,

Betul Ke Nabila Razali Dah Selamat Bertunang Dengan Ahli Perniagaan?

Penyanyi Nabila Razali dikatakan telah mengikat pertunangan dengan ahli perniagaan yang juga bekas pelumba kereta litar Formula, Nik Iruwan Nik Izani, malam kelmarin.

Penyanyi Nabila Razali dikatakan telah mengikat pertunangan dengan ahli perniagaan yang juga bekas pelumba kereta litar Formula, Nik Iruwan Nik Izani, malam kelmarin.

Memetik Kosmo Online, menurut sumber, majlis yang hanya membabitkan ahli keluarga terdekat kedua-dua belah pihak berlangsung di rumah baharu Nabila atau Nur Nabila Mohd Razali, 30, di Selayang.

Daripada perkongsian saudara terdekat lelaki yang berjaya menawan hati pelantun lagu Peluang Kedua itu, jelas majlis tertutup tersebut diserikan pelamin kecil dan disertakan acara bertukar dulang hantaran.

Bagaimanapun, tidak dapat dipastikan tarikh mereka disatukan, namun ada yang menyatakan hari bahagia itu bakal berlangsung tahun depan.

Sebelum ini mereka bijak menyembunyikan perhubungan, namun peminat pernah terserempak dengan pasangan terbabit di Genting Highlands, baru-baru ini.

Malah maklumat daripada pengikut tegar Nabila yang mesra disapa Bella itu mendakwa kedua-duanya baru beberapa bulan serius menjalin percintaan.

Kecenderungan sama iaitu menggemari sukan permotoran antara perkara yang mengeratkan lagi hubungan dua individu popular ini.

Daripada carian maklumat, Nik Iruwan yang berusia 37 tahun adalah pemegang Ijazah Pemasaran dari Universitiy of Hertfordshire, United Kingdom.

Selain terbabit dalam pembangunan pelumba negara melalui sukan go-kart sejak tahun 2008, Nik Iruwan turut menguruskan empayar perniagaan keluarganya.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Diva AA Dedah Dirinya Disihir, Badan Rasa Dibakar & Tak Boleh Berjalan

TIKTOK

Senarai Penuh Pemenang Anugerah di TikTok Awards Malaysia 2023