in , , ,

Neelofa Pernah Hantar SMS Minta Shahz Jaszle Bayar Hutang Tapi?

Semasa rakaman Kecohnya Pengacara Beraya kelmarin, media sempat bertemu dengan Neelofa untuk bertanyakan tentang isu hutang Shahz Jaszle.

Rasanya, ramai yang dah tahu pasal hal ini. Sekitar minggu lalu, masa nama Shah Jaszle panas sekaligus dan menjadi buruan media ekoran kontroversi kes khalwatnya itu, tiba-tiba nama Neelofa terpacul sama dan dkaitkan dengan aktor itu. Laporan media sebelum ini menyebut pelakon dan pengacara cantik ini dikatakan telah menghantar mesej pesanan ringkas SMS menuntut hutang sebanyak RM5000 daripada Shahz.

SMS tersebut telah dihantar kepada Shahz pada hari yang sama pertemuaan Shahz dengan gadis yang bernama Farah di Bangsar tempoh hari untuk membincangkan isu khalwat mereka.

Neelofa

Shahz ketika itu bertindak menunjukkan SMS daripada Neelofa itu kepada media semata-mata mahu memberitahu bahawa dia dicari oleh ramai wanita di luar sana termasuklah Neelofa.

“Memang saya ada mesej dia minta dia jelaskan hutang itu, tapi itu dua tahun lepas, ketika filem Azura 2011. Saya terkejut bila tiba-tiba timbul isu ini. Walhal saya memang sudah lama tidak mesej apatah lagi menghubungi Shah Jaszle. Saya tak ada pun nombor telefon dia sekarang. Saya tak tahu apa attention dia dan saya tak mahu komen banyak tentang hal ini.”

– Neelofa

Pada masa sama, Neelofa berkata dia memang sudah menghalalkan hutang tersebut. Bukan kerana mahu dirinya dilihat sebagai seorang yang pemurah, tetapi dia tidak mahu pening kepala memikirkan hal berkenaan.

“Saya dah halalkan. Bukan soal pemurah tapi saya anggap perkara ini telah selesai. Saya tak mahu pening-pening kepala dan kita semua boleh senyap dari memikirkan tentang hal itu. Tapi nanti kalau katakan dia nak bayar hutang tu, mesti lah terima sebab itu duit saya.”

– Neelofa

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Arja Lee Mahu Sertai Akademi Fantasia 2013

Majlis Tayangan Eksklusif Filem The Conjuring – Sensasi Selebriti