Home HOME | My Events | My Youtube | My Merchandise | My Jurnal | Pipicomel | Foto Blog | Advertise Here | Contact Me











MyStarz Singkir Afif, Unik Tashya Menambat Hati



Afif, peserta kedua yang mempunyai tone suara yang baik telah tersingkir dari program realiti TV3, MyStarz LG. Silapnya di mana? Banyak kesilapan Afif yang saya rasa menenggelamkan tone suara sedapnya. Pemilihan lagu yang salah, sebutan tidak jelas, tidak komunikasi dengan penonton dan band iringan, tidak membuka mulut seluas-luasnya ketika menyanyi, suara tidak keluar dan tenggelam, lambat untuk menimbulkan impak dalam persembahan dan menjadikan satu persembahan yang menjemukan penonton dan juri. Lagu Kris Dayanti, Hati Ini Telah Dilukai gagal untuk memikat hati pengundi sementelah lagi apabila ketiga juri iaitu Patrick Teoh, Juliza Adlizan dan Helen Yap memberikan kritikan pedas dan respon yang tidak memberangsangkan.

afif

Walaupun kecewa, Afif bersyukur sebab diberi peluang belajar vokal dan seni persembahan di LG House. Kini tinggal 10 minggu lagi untuk melangkah ke final. Markah persembahan peserta ditentukan oleh undian SMS sebanyak 40 peratus dan 60% daripada penilaian juri. Tinggal sepuluh peserta yang bakal bertanding merebut gelaran juara MyStarz. Mereka adalah Hamiza Tasyha Bashir dari Kuala Lumpur; Mimie Aishah (Kuala Lumpur); Rubisa Tiasin @ Mimie (Kota Kinabalu); Rachel Wesley (Kota Kinabalu); Shaza Marina Azmi (Johor Bahru); Russel Curtis (Kuala Lumpur); Mohd Emeer Iskandar Mohd Bakri (Kuantan); Badri Ibrahim (Kuala Lumpur); Andy Adrian J (Kota Kinabalu) dan Khairul Hizam Kaha (Kuching). MyStarz LG membariskan komposer Farihin Abdul Fattah sebagai pengetua dan Aubrey Suwito selaku pengarah muzik. Program ini mempunyai kelainan tersendiri di mana konsep idea asal adalah daripada penerbitnya sendiri, Jafni Abu Bakar. Pemuzik diketuai oleh Aubrey Suwito dan barisan pemuzik-pemuzik seperti Andy Peterson, Nan Alias, Steve Hassan Thornton dan pemain drum John. Seramai 6 peserta iaitu Hamiza Tasyha, Andy Adrian J, Rachel Wesley, Khairul Hizam Kaha, Ahmad Aliff Afif dan Shaza Marina, buat persembahan dan baki 6 peserta lain akan diadakan minggu depan.

blog Peserta pilihan saya ialah Tasyha yang menampilkan sesuatu yang unik, ada kelainan, extreemly cute & comel, diluar jangkaan, serasi dengan ruang pentas, ada chemistry dengan band iringan, dan dia bijak memanaskan pentas dengan gerak santai yang membuat penonton terpaku untuk lagu Can’t Stop. Cuma saya masih ragu-ragu dan keliru dengan kebolehan Tashya untuk menyanyikan lagu-lagu berentak perlahan. Peserta lain bagi saya biasa-biasa saja dan cukup makan.

Siapa pilihan anda untuk menjadi juara MyStarz LG?

[tags]MyStarz LG, juara MyStarz, http://www.mystarzlg.com, ulasan, berita, barang elektrik, elektornic course, TV3, Hamiza Tasyha Bashir, Kuala Lumpur; Mimie Aishah, Rubisa Tiasin @ Mimie, Kota Kinabalu, Rachel Wesley, Kota Kinabalu, Shaza Marina Azmi, Johor Bahru, Russel Curtis, Kuala Lumpur, Mohd Emeer Iskandar Mohd Bakri, Kuantan, Badri Ibrahim, Kuala Lumpur, Andy Adrian J, bukit antarabangsa, bukit damansara, cewek indon, dirogol, ditangkap khalwat, emel Afif, myspace, youtube, video klip, fanclub, hero drama melayu, jue aziz, juliana aziz, Malaywood, pasangan ako, perempuan melayu, perlaku seks, seks JAIS, selangor, Kota Kinabalu, Khairul Hizam Kaha, Kuching, Best Western Premier Seri Pacific Hotel, Yamaha Music, Proton Holdings Berhad, KCC Paint Sdn Bhd, Ayamas Food Cooperation, Rizman Ruzaini, ADIDAS, Converse[/tags]

Tags: , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , ,

Comments

comments

Powered by Facebook Comments



Click on the following buttons to share this article with your friends:





Baca artikel lain yang berkaitan:
  • Penyanyi Realiti Ada Album Tapi Masih Pergi Ujibakat
  • Gambar Pengacara MyStarz LG Naz Habibur Rahman
  • Profil Watie Bekas Anggota Elite
  • Senarai Nama Peserta Idola Kecil Musim Ke 3
  • Mimie Haris Rakam Single Terbaru Kakiku Kaku
  • MyStarz LG TV3 Tajaan LG Electronics Celebrity Fitness, Intan Dance Studio dan Warner Music
  • Profile Daphne Iking
  • The Lima Juara Pertama Gangstarz TV3
  • Gambar Cherry, Rosma, Haziq, Ahli Fiqir di Showcase Anugerah Era
  • Gambar Kembar Dafi atau Jangan Tersilap Buat Andaian



  • =========================
    SEGALA KOMEN YANG DITULIS ATAS TANGGUNGJAWAB DAN RISIKO ANDA SENDIRI. PIHAK BUDIEY.COM TIDAK BERTANGGUNGJAWAB ATAS SEBARANG KOMEN YANG DITULIS OLEH PEMBACA. HARAP MAKLUM

    Sila tinggalkan komen anda di sini:































































































































































































































































































    Sensasi Selebriti
    proudly hosted & sponsored
    by SERVERFREAK