in , ,

Lirik Lagu Kelam – Adi 6ixth Sense

Kelam bermaksud suasana yang suram, penuh dengan warna kelabu dan tidak berapa nampak.

Jalan yang kelam ialah jalan yang kita sendiri tidak tahu mana tujuan dan arah untuk dituruti. Lagu Kelam, sebuah lagi karya yang begitu menusuk hati saya tatkala kali pertama diperdengarkan.

Budiey suka dengan lagu ini kerana pada permulaan lagu ini menggunakan bunyian-bunyian biola yang sungguh bijak memberi sentuhan rasa yang sangat mendalam. Penuh dengan kata puitis cinta di ruang liriknya, suara Adi seperti biasa genius memukau pendengar dengan penghayatan yang menyakinkan.

Harapan kekasih yang inginkan kasih sayang dari pasangan yang tidak pernah tahu apa itu cinta dan rindu. Maka, kekasih ini menyuruh pasangannya melupakan segalanya kerana ada insan ketiga dan tidak mahu ketidak benaran menakluk cinta. Dia kecewa dan putus asa…

Lirik Lagu Kelam – dipetik dari album terbaru Sixth Sense

Tak pernah terbisikkan,
Diangan batinku,
Untuk mencintai jiwa,
Selain dirimu…
Hadirnya tlah luruhkan
Rinduku padamu
Kasihnya membuatku hanyut

c/o
Sudah lupakanlah aku,
Yang telah menduakan,
Ketulusan itu…
Kelam yang telah ku buang,
Meruntuhkan perihmu,
Dan seluruh rindumu…

Lemah pengharapanku kan kehadiranmu
Mengisi jiwa ini dengan kerinduan
Kau yang tak pernah bisa mengerti hatiku
Membiarkan jiwa ku meratapi sepi

Bridge:
Kepergianmu telah…
Merundungkan duka padaku
Yang telah terobati dirinya…
Dan mengganti dirimu dihati…

gambar sixth sense

Gambar yang kelam kabut

music nota

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

MyStarz Singkir Afif, Unik Tashya Menambat Hati

Adik Kepada Siti Nurhaliza, Siti Saerah & Elyas Tahir Bertunang