in ,

Biodata Sharifah Amani Pelakon Filem Muallaf

Nama sebenarnya Sharifah Amani Syed Zainal Rashid Al-Yahya dilahirkan pada 10 June 1986 di Kuala Lumpur. Pelakon muda yang cukup berbakat ini mempunyai darah seni dan menjadi anak kedua dalam famili Fatimah Abu Bakar (tenaga pengajar AF dan pelakon berkaliber). Dengan raut wajah kacukan Cina, Arab, Benggali yang diwarisi serta fasih dalam bahasa English, Melayu dan Hindi, Syarifah Amani tampil lengkap sebagai seorang pelakon bermutu yang mempunyai gaya tersendiri, bijak dan manis dalam setiap lakonannya. Minat yang begitu mendalam dalam bidang lakonan terutama sekali Bollywood menjadikan beliau juga begitu meminati bidang penulisan dan jurnalis. Antara tulisan beliau pernah tersiar di New Straits Times’ YouthQuake berkisar tentang kisah Shah Rukh Khan dan Juhi Chawla, konsert bintang Bollywood, Deep Purple dan IIFA kali ketiga yang diadakan di Genting Highlands. Beliau juga pernah berlakon teater memegang watak Ophelia di Bangsar Actors Studio arahan Faridah Merican.

Popular dengan panggilan manja Nani, beliau popular dengan karakter Orked dalam 2 siri filem arahan Yasmin Ahmad, Sepet dan Gubra. Trilogi karakter Orked dilengkapkan dengan penghasilan Mukhsin yang memenangi beberapa anugerah di peringkat antarabangsa. Dalam filem Gol & Gincu, Nani memegang watak seorang remaja yang terjebak dengan penderaan seksual dan sepupu kepada watak utama, Puteri. Saya cukup menggemari karakter Nani dalam filem Cinta, Gubra dan juga dalam filem Kantonis pertama lakonan Nani iaitu Possessed memegang watak Fara yang menjadi kawan rapat kepada gadis Cinta, Lisu yang berpindah ke Malaysia untuk menjadi penyanyi popular. Kini, Nani sedang dalam pembikinan filem terbaru garapan Yasmin Ahmad iaitu Muallaf di mana keputusan membotakkan kepada bagi menghayati watak telah menimbulkan kontroversi dan isu panas yang mendapat tentangan ramai pihak. Sebelum ini, Nani pernah dilanda kontroversi ketika berucap menerima anugerah Pelakon Terbaik di Festival Filem Malaysia ke 19 dengan kata-kata “I sound, like, stupid, if I speak Malay, so I’ll speak English.” Maksud dari ayat ini disalah tafsir oleh beberapa pihak terutama media dan ahli politik sehingga membawa kepada isu perdebatan di kalangan ahli politik di Dewan Rakyat di parlimen.

Kemunculan Nani dalam drama Emil Emilda yang membawa watak Emilda di samping Aaron Aziz begitu menjadi sehingga mendapat pujian di kalangan peminat siri Samarinda TV3 itu kerana berjaya membawa watak gadis yang ditransformasikan dalam dua keadaan yang berbeza.

Antara filem lakonan Syarifah Amani:

  1. Sepet (2004)
  2. Gol & Gincu (2005)
  3. Gubra (2006)
  4. Cinta (2006)
  5. Possessed (2006)
  6. Puaka Tebing Biru (2007)
  7. Mukhsin (2007)

Anugerah:

  1. 18th Malaysian Film Festival 2005 – Most Promising Newcomer Award (Sepet)
  2. 19th Malaysian Film Festival 2006 – Best Actress Award (Gubra)

[tags]Nani, filem Muallaf, Fatimah Abu Bakar, Akademi Fantasia, Cina, Arab, Benggali, English, Melayu, Hindi, Bollywood, New Straits Times’ YouthQuake, Shah Rukh Khan, Juhi Chawla, Aishwarya Rai, Rani Mukherjee, IIFA, Deep Purple, Genting Highlands, Bangsar Actors Studio, Faridah Merican, Orked, tips menanam orked, penanaman organik, Mukhsin, Sepet, Gubra, Yasmin Ahmad, Hot FM, peraduan, contest, Nani botak, CTOS, Timbalan Presiden FAM letak jawatan, bald women, Festival Filem Malaysia, Emil Emilda, TV3, Samarinda, Kasih Suci, Manjalara, Ashraf Muslim, GPS, iphone, youtube, video, Syarifah Aryana, Syarifah Alya, Sharifah Aini, gambar, foto, biodata, personaliti, tips anggun, fotografer, Isma Yusoof[/tags]

519732416 Dad1E4567A O | 4

519761803 305878D270 O | 5

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Gambar Sekitar Majlis Pelancaran Album Sixth Sense

MyStarz Singkir Afif, Unik Tashya Menambat Hati