in

My Hometown Short Films

My Hometown Short Films: Pengarah-pengarah muda berkarya mengenai kampung halaman mereka

Bersempena dengan kempen Negaraku tahun ini, Astro meraikan semangat 1Malaysia melalui inisiatif, ‘My Hometown’. Rakamkan kenangan-kenangan manis di kampung halaman anda dengan mengetengahkan kisah-kisah unik yang membezakan pengalaman anda dengan yang lain.

Video ini akan disiarkan melalui satu saluran yang didedikasikan khas buat inisiatif ini iaitu ‘My Hometown’ (Saluran 318) dari 31 Ogos ke 17 September 2012.

Astro Hometown

Bagi memperkaya kandungan bagi insiatif My Hometown ini, Astro berbangga membawakan kepada anda karya-karya kreatif daripada 14 pengarah filem muda dalam projek ‘My Hometown Short Films’.

‘My Hometown Short Films’ ialah satu projek yang memaparkan 14 filem pendek yang setiap satunya meliputi 14 negeri di Malaysia. Projek ini diarah oleh 14 pengarah filem muda dan memfokus kepada kenangan kampung halaman mereka. Setiap pengarah filem yang berasal dari negeri-negeri berbeza ini akan merekodkan pengalaman di kampung halaman mereka yang akan menghasilkan 14 filem pendek yang berbeza dari segi persekitaran sosial tetapi menjurus kepada satu objektif yang sama iaitu rasa cinta terhadap kampung halaman mereka.

Vincent De Paul, Pengawal Berita Astro yang juga merupakan Ketua Projek ‘My Hometown Short Films’ berkata “Di Astro, kami menyediakan peluang bagi pengarah-pengarah filem muda ini bukan sahaja sebagai satu potensi hebat di tahap awal karier untuk meraikan kampung halaman mereka tetapi juga membolehkan mereka berkarya mengikut perspektif mereka tersendiri. Inisiatif ini membantu perkembangan professional mereka sekaligus menjadi pelantar untuk berkarya dan mencapai lebih ramai audien. Saya percaya inisiatif ini membolehkan pengarah-pengarah muda untuk mempelajari asal-usul mereka sambil meraikan kampung halaman mereka”.

Empat belas pengarah muda yang berkarya untuk ‘My Hometown Short Films’ ialah Shamyl Othman (Selangor), Sharifah Armani (Kuala Lumpur), Rewan Ishak (Perlis), (Adrian Lai (Melaka), Shanjey Kumar Perumal (Perak), Shuhaimi Zulkefli (Kedah), Nadiah Hamzah (Penang), Yati Kaprawi (Johor), Mahen Bala (Pahang), Nadira Ilana (Sabah), Uzair Sawal (Sarawak) Ariffin Zulkarnain (Trengganu), Brenda Danker (Negeri Sembilan) dan Ramdan Che Hassan (Kelantan). (Sila rujuk Profil Pengrah-pengarah “My Hometown Short Films Directors’” bagi profil pengarah dan sinopsis). My Hometown Short Films’ dikonsepkan dan diterbitkan oleh Red Films dengan Lina Tan sebagai Penerbit Eksekutif.

“Kami mempamerkan 14 filem pendek, yang setiap satunya unik dan berbeza,” kata Lina Tan. “Filem-filem ini mencakupi pelbagai genre, daripada komedi fiksyen dan drama ke stail penceritaan dokumentari sama seperti kepelbagaian makanan Malaysia.”

‘My Hometown Short Films’ akan disiarkan melalui saluran My Hometown (Saluran 318) dari 31 Ogos ke 17 September 2012.

Astro Meraikan Kampung Halaman Anda
Rakyat dijemput untuk menghantar video anda dengan memfokuskan kepada betapa menarik, pelik atau lucunya kampung halaman anda dan sebab hal ini sangat berkait secara peribadi kepada anda. Video yang paling kreatif akan disiarkan melalui saluran ‘My Hometown’ (Saluran 318) dari 31 Ogos ke 17 September 2012 untuk tatapan seluruh rakyat Malaysia. Kami ingin menjemput semua rakyat Malaysia tidak mengira bangsa, jantina atau umur untuk berkongsi kenangan anda secara kreatif dan mengenang kembali zaman kecil anda bersama-sama kami.

Rakyat Malaysia digalakkan untuk menghantar kisah-kisah ‘My Hometown’ masing-masing yang menggabungkan budaya, bahasa dan lokasi di Malaysia di dalam bentuk video (tidak melebihi 5 minit). Video anda perlu dihantar ke Astro Broadcast Centre at Bukit Jalil sebelum 8 Ogos 2012 atau dimuatnaik secara talian di www.astro.com.my/myhometown.

Astro Hometown

Astro Hometown

Astro Hometown

Astro Hometown

Astro Hometown

Astro Hometown

Astro Hometown

Astro Hometown

Astro Hometown

Astro Hometown

Astro Hometown

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Drama Mana Hilangnya Juwita

Gambar Akma AF & Farih Nikah