Home HOME | My Events | My Youtube | My Merchandise | My Jurnal | Pipicomel | Foto Blog | Advertise Here | Contact Me









Menang RM1 juta Dalam Jangan Lupa Lirik Musim Kedua



PELUANG UNTUK MENANGI RM1 JUTA KINI DIBUKA
Sesi ujibakat untuk Jangan Lupa Lirik Kembali Lagi!

Sebagai bukti sokongan Astro terhadap pembangunan seni tanahair dan meneruskan lagi kegemilangan serta tradisi dalam memberikan perkhidmatan terbaik kepada para pelanggannya, saluran Astro RIA (saluran 104) yang terus sinonim dengan penerbitan rancangan realiti kini terus membuka peluang kepada mereka yang ingin menyertai rancangan kuiz berbentuk hiburan, Jangan Lupa Lirik (musim kedua).

Menurut Pengurus Saluran Astro Ria, Encik Khairul Mizan Shagul, “Kami amat berpuas hati dan berbangga apabila rancangan yang julung-julung kali diadakan ini mendapat sambutan yang luar biasa di kalangan para penonton pada musim pertama. Oleh itu, kami tidak teragak-agak untuk meneruskan rancangan ini yang memberi peluang untuk peserta memenangi RM1 juta dengan hanya melepasi 10 saringan lagu.”

“Mereka yang berminat tidak perlu mempunyai suara yang lunak tetapi memadai jika mereka dapat melontarkan suara mereka dengan baik mengikut alunan lagu. Paling penting, mereka haruslah mempunyai kebolehan untuk menghafal lirik lagu-lagu dengan baik dan juga mempunyai personaliti yang ceria,” ujar Khairul lagi.

Sesi ujibakat bagi mencari peserta rancangan kuiz berbentuk hiburan; Jangan Lupa Lirik ini akan diadakan pada 7 & 8 Mac 2009 di Kompleks Sukan Bukit Jalil, Kuala Lumpur. Pertandingan ini terbuka kepada warganegara Malaysia yang berumur 18 tahun ke atas dan perlu mempunyai perwatakan dan personaliti yang menarik. Mereka yang berminat hanya perlu membawa sekeping gambar bersaiz 4R dan biodata masing-masing.

Kaunter pendaftaran dibuka dari jam 9.00 pagi hingga 1.00 petang dan mereka yang berminat digalakkan hadir awal bagi mengelakkan kesesakan.

Jangan Lupa Lirik ialah sebuah rancangan kuiz berbentuk hiburan yang akan disiarkan di Astro Ria (saluran 104). Rancangan ini memberi peluang kepada para peserta untuk memenangi hadiah utama sebanyak RM1 juta jika berjaya melepasi 10 saringan buah lagu. Kuiz ini memerlukan kemampuan para peserta untuk menghafal lagu-lagu yang telah disediakan. Sebanyak sembilan kategori disediakan merangkumi lagu-lagu popular tempatan termasuk lagu-lagu sejak dari zaman 60-an lagi.

Tags:

Tags: ,

Click on the following buttons to share this article with your friends:





Baca artikel lain yang berkaitan:
  • Astro Menang Program Permainan Kuiz Terbaik di Asian Television Awards 2010
  • Lirik Lagu Sinar Cinta – Abi AF5
  • Showcase Kau dan Aku Musim Kedua
  • Senarai Nama Peserta Idola Kecil Musim Ke 3
  • AYYAD – Drama Bersiri Terbaru TV3 Lakonan Rozita Che Wan
  • Bayaran Artis Wanita Paling Tinggi di Hollywood
  • Lirik Lagu Simetri Hazama Amy Search
  • Jom Tonton Program Ewah-Ewah TV3 Edisi Wartawan Hiburan
  • Azura Deejay Hot FM & Shaffique Kahwin 12 Julai
  • Ayu Buat Gigi Baru, Album Baru Dengan Duit Sejuta?



    • awan_dania

      salam…
      juz nak taw ble uji bakat strusnya JLL yek…

    • nadiah binti arifin

      siarkan lah tarikh uji bakat jangan lupa lirik 2010

    • kyra masello

      tayang kan ujibakat jangan lupa lirik 2010. .
      i wil akan masuk. .

    • nizmo

      Salam ….. ni nak abih bln feb ni,bila lg nk start audition JLL musim baru???? Tak sabor rasanya teman nih….he,he…

    • yati

      yatt pun nak masuk jugak….musim 2010 dah mula kan auditionnya.. bila ek? kalu x salah kat sogo….plsss bagi info yg terkini… kalau ada tlg YM@email@PM FB yatt ye….
      yati5756@yahoo.com

    • dyana

      salam..saya berminat nak masuk jgn lupa lirik 2010. saya dpt tau yg sekarang audition telah di adakan tapi saya tak sure bila dan di mana. tlg email kan pada saya tarikh dan tempat nye. tq..

    • mohd razali

      bila ujibakat jll 2010?
      boleh tolong bagi info skit?

    • siti zubaidah

      2010 ni ade kan jll??brape tarikh sebenar??nak masuk nih…

    • nadia

      bile nak ujibakat kat jb lak?
      jangan la bagi lagu susah2 mase ujibakat tu..
      boleh kan kan kan…

    • http://bolehtryaudition radhi

      besok radhi mesti pergi k abg aznil.jumpa di sogo

    • http://bolehtryaudition radhi

      abg aznil.jumpa di sogo besok pg,tunggu………………………….

    • budak kechik AKA nurul adha

      salam..pak nil,chik nak join JLL lah…camne ek??

    • eyda

      bila lg nk wt ujibakat kt ipoh??teringin nk join…harap pak nil tetap jd pengacaranya…….

    • azizurrahman

      salam bapak saya nak masuk jangan lupe lirik macam mane ek??????

    • kocik

      my faveret tv show,best giler……………….nak masooook tapi xtau nk daftar ktner………….

    • niczz

      nk msok gak..tp xtau ktner nk reg..adoyai..kot2 la menang 5 riban ke 10 riban ke..asal menang, syukorla..akaks..

    • lizawati

      askm…
      saya mohon sgt,ujibakat ni turut diadakan di pulau pinang..kerana untuk ke kuala lumpur adalah sgt sukar bg kami…bonda saya memang minat sgt nak join jangan lupa lirik ni…di harap sgt,ujibakat ni turut di adakan di pulau pinang…
      sekian

    • diela

      ade lagi x uji bakat utk bulan julai ni d kl,plzzz sgt nak masuk ni…

    • http://vanness_mat90@yahoo.com fathur

      hai tawan2 leh tau x mcm ne nk masuk jgn lupa lirik ni

    • Aravell

      Macam mana nak join jangan lupa lirik ni?Teringin sangat nak ikut?Mana tau rezeki kan..

    • ZULKIFLI BIN ABU BAKAR

      salam 1 malaysia.kepada pihak astro buatla ujibakat di perak..boleh teman masuk jLL 2..teman pon nak mnang jgk!!teman nk tau cmna cra nk msuk ptndingan jLL ye???teman nk try jgk la.mn tau,tuah ayam npak di kaki,tuah teman spe yg tau..

    • mohammed firdaus

      saya nak tahu tarikh terbaru unutk masuk jagn lupa lirik. saya teringin nak masuk yang bulan mac saya tak sempat datang… bagitahulah saya atau email kat saya…please…please….please…saya merayu….

    • sulaimi

      nak tanyalah.bila uji bakat yang latest akan diadakan

    • adah

      bagaimana nak menyertai jgn lupa lirik ?

    • nadia

      macam mane nak join rancangan ini ea??
      rakan saya teringin nak masok??

    • aimi

      mcm mne nk msok??? JLL???????

    • aimi

      nk dftar kt ne????/ ujibkat ble??? adoiyai~~~

    • YuYeeN

      nak gek masuk pak nil…mmmmm harap2 dmurahkan rezeki…

    • azura

      salam.kpd paknil n Astro,di harapkan dpt la menghebahkan bilanya JLL untuk musim terbaru 2010,da byk kali sy call,tp xde rezeki lg!! ni email sy,norazura22@yahoo.com…0172977519.TQ..:)

    • hani

      salam..mcm mna nk msuk jgn lupa lirik ni ye? thn 2011 ada lg x? ada yg beminat nk masuk ni. :-)

    • azra norasiken binti ahad

      akum….mcm mn nk msk jgn lp lirik ye?tringin nk msk nk asah bkt kot2 thn dpn ade pluang msk AF kn?msti best kn bgelak ktawe ngan pak nil y comel 2..

    • adam

      saya suka berain dan saya suka abang aznil

    • http://dhf adam

      saya suka bermain dan saya suka abang aznil

    • az’renoza

      salam,boleh x anda email kan saya dimana tmpat untuk ujibakat JANGAN LUPA LIRIK bagi tahun 2011… terima kasih.

    • edora nordin

      meakom, lagu u ni best lah. i suka sgt tau.

    • ieyda hidayah

      best juga lagu kamu ni.



































































































































































































































































































    Sensasi Selebriti
    proudly hosted & sponsored
    by SERVERFREAK