in ,

Majlis Resepsi Memey Suhaiza Norman Hakim

Selepas berjaya melaksanakan impian perkahwinan model antarabangsa Amber Chia dengan penuh meriah. Kemudian direalisasikan impian hari bahagia termahal buat pasangan popular, Memey Suhaiza dan Norman Hakim. Kini tibalah pula giliran Ezlynn, yang mana majlis perkahwinan impiannya bakal dijadikan kenyataan oleh mastermind, siapa lagi kalau bukan, Rafflesia.

Atas nama A Dream Rafflesia Pearl Wedding, lebih mengujakan majlis resepsi serta busana persalinan penyanyi Hai Hai Bye Bye bersama suami tercinta, Adam, ni ditaja sepenuhnya oleh Rafflesia dan Lord’s Taylor.

Apakah akan di cipta satu lagi rekod perkahwinan termahal lagi glamor dalam kronologi Rafflesia sebagai penaja? Sudah semestinya! Kita nantikan!

Kalau Memey dan Norman membawa kita ‘terbang’ nun menikmati kemeriahan malam di Kota New York, pasangan yang di nikahkan pada 20 November lalu iaitu Ezlynn dan Adam pula bakal ‘mengajak’ tetamu-tetamu mereka dikalangan teman rapat, rakan media serta saudara-mara terdekat ke Eropah.

Bakal berlangsung pada 11 Januari depan, Ezlynn dan Adam memilih konsep Mediterranean untuk majlis resepsi yang akan diadakan di Nirwana Ballroom, Hotel Mutiara Crowne Plaza, Kuala Lumpur, ini. Dengan tema ‘Sepanyol Musim Luruh’, dua pasang gaun akan di pakai oleh Ezlynn. Gaun pertama, merupakan gaun Rafflesia dengan padanan warna champange yellow (ala krim keemasan), yang bertakhtakan mutiara putih laut selatan (white south sea) yang bernilai diantara RM400 ke RM 500 ribu. Dilengkapi satu set barang kemas termasuklah anting-anting, rantai dan cincin yang bernilai RM3.8 juta.

Lebih istimewa bagi persalinan pertama, dari hujung rambut hingga ke hujung kaki Ezlynn bakal di ilhamkan oleh gabungan idea kreatif 4 wanita berbakat besar dalam dunia rekaan, yang dilantik oleh Rafflesia sendiri. Pereka Sya Shaharani di beri kepercayaan mereka gaun. Liza Azulkarnain dipertanggungjawab mereka tail. Syarifah Mariam Syed Mohd pula, di amanahkan untuk mereka viel. Dan pelakon muda yang baru saja berjinak-jinak dalam dunia perniagaan kasut, di tugaskan untuk mereka kasut Ezlynn.

Girl power! Barisan pereka busana persalinan Ezlyn bersama Datin Winnie Sin (Pengarah Eksekutif Pearl Center)

“Majlis kali ini kosnya boleh dikata tidak jauh beza seperti majlis Memey dan Norman. Banyak orang tak tahu, nilai mahal itu sebenarnya terletak pada mutiara bergred tinggi yang kita takhtakan pada baju persalinan. Misalnya, harga sebutir South Sea Pearl itu saja mencecah RM80 ribu. Itu belum termasuk gold dan diamond”, jelas Bill Bora selaku perunding perkahwinan untuk majlis resepsi kali ini.

Sementara gaun ke dua masih lagi dirahsia perekanya. Cuma yang pasti ilham rekaannya dari luar negara. Tak kurang menarik, gaun tersebut akan di takhtakan dengan Mutiara Emas dan Mutiara hitam Tahiti (black pearl Tahiti). Beserta set barang kemas bernilai RM4 juta.

“Bagi gaun kedua, kita masih lagi mencari pereka yang sesuai. Kalau untuk gaun Memey dulu, idea untuk menggunakan khidmat Vera Wang adalah secara kebetulan. Kali ni kita kalau boleh nak lah pereka dari Eropah seperti Roberto Cavalli. Tapi apapun, semuanya masih dalam perbincangan”. Dan kita berharap agar gaun ni nanti boleh diabadikan di mana-mana muzium seluruh dunia, ujar Bill Bora lagi.

Manakala persalinan untuk Adam, akan di reka oleh Kevin daripada Lords’s Taylor. Menjanjikan sepasang kot warna keemasan penuh bergaya, yang mana butang dan cufflink bertakhtakan mutiara.

selain itu, untuk menghidupkan lagi suasana Mediterranean itu, khidmat kepakaran dekorator Che Det di gunakan untuk menghiasi segenap ruang ballroom. Menurut Che Det, dia akan menggunakan replika istana Sepanyol sebagai simbolik. Serta penggunaan ranting yang banyak serta daun-daun berguguran berwarna coklat keemasan. Juga kerusi chambery yang direka khas berwarna emas metalik.

Tak cukup dengan itu, kek perkahwinan juga akan bertakhtakan mutiara dan setakat ini kosnya masih belum di dedahkan pihak Rafflesia.

Pada malam itu nanti, semua tetamu yang hadir diwajibkan untuk memakai pakaian berwana emas (gold).

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Dreamgirls The Musical

Konsert Pertama Maya Yunalis Zarai