Home HOME | My Events | My Youtube | My Merchandise | My Jurnal | Pipicomel | Foto Blog | Advertise Here | Contact Me









Majlis Pelancaran Album Pbank Cintaku Cintamu



Jam 4 petang tadi telah berlangsung satu sidang media bagi Majlis Pelancaran Album Pbank Cintaku Cintamu dianjurkan oleh Persatuan Bencana Alam Negeri Kedah Darul Aman dengan kerjasama Maestro Talents Sdn Bhd dan TH Master Productions Sdn Bhd.

Dihadiri oleh komposer terkenal Adnan Abu Hassan, para penyanyi album Cintaku Cintamu, wakil Maestro; Freddie Fernandez dan raja dangdut Malaysia; Iwan bermula agak lewat tanpa kehadiran anak emas maestro, Mawi.

Untuk info semua, pelancaran album ini akan dibuat secara besar-besaran di Dewan Plenary, Pusat Konvensyen KLCC pada hari ini 9 Mei 2008 jam 8 malam. Antara artis yang terlibat dalam pelancaran album ini adalah Adibah Nor, Dewi Yull, Mawi, Rani, Farish, Wan Irwanshah, Yassin, Sharmini, Rhoma Irama, Toh Puan Bendahara Kedah yang berbakat besar dalam bidang nyanyian. Sudah tentu mereka akan menyanyikan lagu-lagu yang terkandung dalam album ini.

Pelancaran dibuat dalam bentuk konsert di mana korang semua boleh datang menyaksikannya dengan membeli tiket berharga RM40 dan RM20. Pada malam ini, album ini akan dijual dengan satu harga yang murah iaitu RM10 untuk setiap CD Audio dan RM15 untuk DVD karaoke.

Mengikut perancangan, CD Audio dan DVD Karaoke album ini akan dipasarkan pada 1 Jun 2008 di bawah edaran EMI dengan harga RM26.90 untuk CD dan RM22.90 untuk DVD Karaoke. Setiap kutipan hasil dari jualan tiket konsert dan jualan album akan disumbangkan kepada mangsa-mangsa bencana ribut yang telah berlaku di Daerah Pendang dan Jerlun, Kedah pada bulan Mac yang lalu. Bantuan juga akan disalurkan kepada mangsa-mangsa yang ditimpa bencana di Negeri Kedah Darul Aman.

Sebanyak RM1 juta bantuan disasarkan bagi projek album ini. Album ini juga akan dibawa ke pasaran Singapura dan Indonesia tidak lama lagi. Proses rakaman bermula pada bulan November lalu iaitu selama 6 bulan. Rakaman audio dibuat di Mumbai.

MENGENAI ALBUM CINTAKU CINTAMU
Album terbaru ini memuatkan 13 buah lagu yang bervariasi dan pelbagai genre seperti pop, balada, dangdut dan 2 buah lagu Hindi yang digubah oleh Rhoma Irama dan disusun semuala oleh Jatin Sharma dari India. Album ini bersifatkan komersial kerana untuk memenuhi kehendak dan minat pendengar masa kini. Jadi, pendengar dapat berhibur sambil menderma.

Antara komposer yang terlibat ialah Adnan Abu Hassan, Rhoma Irama, Ajai, Iwan, aRief Iskandar, Kid Search Dan Wan Irwanshah.

Lagu-lagu yang terkandung dalam album ini ialah Cintaku Cintamu (Tunku Bendahara / Adibah Nor), Namamu Dihatiku (Tunku Bendahara / Dewi Yull), Bersama Selamanya (Tunku Bendahara / Dewi Yull), Lagu Rindu (Tunku Bendahara / Rani), Kemesraan (Toh Puan / Wan Irwansyah), Khayalan Cinta  (Toh Puan / Faris), Jendela Rindu  (Toh Puan Bendahara), Syahdu  (Toh Puan / Rhoma Irama), Jana Jana Jana  (Toh Puan / Rhoma Irama), Hidup Memang Payah (Mawi / Yassin / Wan Irwansyah), Cintamu (Sharmini), Di Ufuk Pandangan (Mawi) dan Seruan Cinta (Adibah Nor).


[tags]konsert, pelancaran album cintaku cintamu, Adnan Abu Hassan, Rhoma Irama, Ajai, Iwan, aRief Iskandar, Kid Search, Wan Irwanshah, Tunku Bendahara, Adibah Nor, Rhoma Irama, Mawi, Yassin, faris, dewi yull[/tags]

Tags:

Tags: , , , , , , , , , , , , , , ,

Click on the following buttons to share this article with your friends:





Baca artikel lain yang berkaitan:
  • Aizat, Imran Ajmain, Estranged, Jaclyn Victor di Malam Media Red Box 2009
  • Gambar Selebriti di Majlis Pelancaran Album ALL Your LOVE
  • Gambar CT Zie di Majlis Pelancaran Drama Kecuali Cintamu
  • Album DIA Fauziah Latiff & Francissca Peter
  • Hafiz AF7 Akan Lancar Album Sulung Masih Jelas
  • Video Show Afgan Lagu Sadis di Hotel Istana
  • Lirik Lagu Ku Mahu Siti Nurhaliza dari Drama Akasia Spa Q
  • Drama Kecuali Cintamu Lakonan Nanu Baharudin, Haleeda, Janet Khoo
  • Gambar Fara Fauzana Jadi Hos Pelancaran Album CTKD
  • Majlis Pelancaran Single Album In Heart Hari Ini



    • http://obefiend.blogspot.com obefiend

      iwan is looking rough!!.. what the hell happened to him after the Amelina scandal..

    • bah

      wee wee. iwan tuh. =p

    • http://malasia uniqah

      rocklah……………beb……….

    • puteri aprena

      i…i…iwan ker 2????? want happen to him???? why???? before i looking at this picture, he is very-very handsOme…. now… he is…. ha! ha! ha! ha! iwan, kenapa iwan???? sdey ker pas brcerai iwan…. sbar wan, sabar….



































































































































































































































































































    Sensasi Selebriti
    proudly hosted & sponsored
    by SERVERFREAK