in , , ,

Sekitar Pra Tonton Drama DEMI MASA Lakonan Sheila Rusly

Hari ibu bagaikan tidak sah sekiranya tiada tayangan drama atau filem yang memperingati jasa-jasa ibu. Cerita tentang pengorbanan seorang ibu, anak lupakan ibu bapa dan anak yang menderhaka sudah banyak kali dipertontonkan kepada penonton.

Sehinggakan Budiey rasa ianya menjadi satu subjek yang terlalu klise. Budiey merasakan sudah tiba masanya penerbit atau produksi drama menyuntik satu kelainan dalam drama mereka berkenaan dengan drama bertemakan hari ibu.

Garapan jalan cerita yang padat dengan mesej, satu elemen yang perlu dititik-beratkan di samping elemen-elemen yang dapat memberikan impak yang menyentuh perasaan penonton.

Pada 10 mei 2008 nanti, satu lagi drama yang mengendong tema yang sama akan disiarkan dalam slot telemovie berjudul DEMI MASA yang akan mengisi slot Cerekarama di TV3.

Setelah kejayaan drama Sebuah Ijtihad di Anugerah Skrin 2007, Azman Hj Yahya (Jinggo) sebagai pengarah dan Nazli Jaafar (Che Li) selaku penulis skrip bergabung sekali lagi untuk menghasillkan telemovie berjudul DEMI MASA.

Budiey telah pun menonton drama lakonan Sheila Rusly dan Iqram Dinzly ini di satu majlis pra tonton drama DEMI MASA yang diadakan di Cineleisure, Damansara Utama pada jam 11.00 pagi, 29 April 2008. Insaf lah sekejap. Rasa nak balik kampung tang tu jugak katanya. Haha!

Drama ini dibarisi oleh pelakon-pelakon hebat seperti Sheila Rusly, Syafie Naswip, Iqram Dinzly, Fizz Fairuz, Aida Razwill, Rozie Rashid, Emelda Rosmila dan Radhi Khalid.

Budiey kira drama ini bakal mengundang air mata penonton kerana semua pelakon telah berjaya mengerah tenaga untuk mencipta satu rasa keinsafan ke hati penonton.

Uniknya pembikinan skrip ini adalah berdasarkan kepada syair Arab yang sangat memilukan dan mesej berguna yang cuba disampaikan kepada penonton berjaya meruntun perasaan. Pastinya menyedarkan kita supaya lebih menghargai pengorbanan yang telah dicurahkan oleh seorang insan yang bernama ibu.

Dengan kerjasama para pelakon berbakat, Jinggo rasa bertuah kerana dapat mencari skop atau pendekatan yang berbeda. Disampaikan dengan gaya yang agak santai, tokok tambah dan perkembangan jalan cerita bak menambah garam bagi menambah jalan cerita, plot cerita berjalan secara lembut dan tidak agak keras.

Cerita dan susur masa drama ini dilangkau 20 tahun dan dipaparkan secara visual di mana kalau kita perhatikan visual tersebut dapat mengambarkan segala perasaan.

Pengambaraan drama ini telah memakan masa selama 10 hari. Pelbagai cabaran telah ditempuh pelakon dan krew produksi. Bagi Sheila Rusly, babak paling digemarinya adalah ketika bersama dengan Rozie Rashid di ruang dapur.

Pelakon tampak menghayati watak, kombinasi yang baik dan keserasian antara pelakon lain banyak membantu. Shafie Naswip mengakui ketika pengambaran dia mengalami sakit dada kerana penat dek terpaksa menerima tawaran berlakon drama sekaligus.

Antara gambar yang sempat diambil dari lensa kamera Budiey:

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Majlis Pelancaran Album PBANK Cintaku Cintamu

Profile Sarimah Ibrahim