in , ,

Gambar Sekitar Pelancaran Drama KERANA KARINA 2 Terbitan Portal GUA

Pada 7 Mei 2008 lalu, bertempat di Bijou di Mont Kiara Damai, satu majlis pelancaran Drama Kerana Karina 2 anjuran Portal Terbesar di Malaysia iaitu Gua.com.my.

Untuk info semua pembaca, Kerana Karina 2 dapat ditontoni mulai 16 Mei ini di Portal Gua. Budiey sampai seawal jam 3 petang. Padahal majlis bermula pada 3.45 petang dengan ucapan alu-aluan dari emcee yang menggelarkan dirinya, Shai. Mati-mati Budiey ingat Emcee yang punya wajah komersial ini adalah selebriti. Rupa-rupanya, Shai adalah staff di Portal Gua. Memang famili GUA sangat besar.

2475752461 F2B2A1Caf0 | 4
Emcee yang bersuara manja, Shai namanya

Patutlah, Gua dapat mengalahkan Portal Murai , Mstaronline menjadikan dia adalah Portal Hiburan dan Gaya Hidup Terbesar. Ini buktinya.

Budiey rasa, ini satu strategi yang bagus kerana Portal Gua juga menjemput para penulis blog untuk mempromosikan produk mereka berbanding portal hiburan lain yang menyisihkan kredibiliti blogger.

Perbedaan antara statistik portal ini boleh diukur dengan melayari web Alexa.com.

Mungkin mereka mengganggap blogger adalah pesaing bagi mereka tetapi bagi Budiey blog bukan pesaing untuk portal. Blog bersifat lebih kecil dan sangat picisan sedangkan portal lebih gah dan mempunyai staff yang ramai serta peruntukan yang tinggi.

2476567482 95Fc166De7 | 5
Zizan Nin & Diana Rafar. Antara penggerak utama Kerana Karina 2
2475749735 27C278309C | 6
Dari kiri, Pengurus Besar Alt Media Sdn Bhd, M Zulkifli Abdul Jalil dan Norman Hakim; kekasih baru Karina?

Dihadiri oleh sebilangan pelakon utama kecuali Bell yang kini sedang menjaga ibu dan kedua orang adiknya yang terlibat dalam aksiden jalan raya.

Dimulakan dengan ucapan dari Pengurus Besar Alt Media Sdn Bhd, M Zulkifli Abdul Jalil. Antara yang diperkatakan;

“Ketika Drama Kerana Karina dilancarkan tahun lalu, pihak kami tidak meletakkan ekpektasi terlalu tinggi.

Ini kerana formatnya drama ini agak berlainan iaitu eksklusif untuk pelayar internet sahaja.

Namun, dengan sokongan semua, drama ini telah berjaya mendapat bilangan penonton yang agak memberangsangkan iaitu seramai 834,000 penonton. Untuk siri kedua ini, kami mensasarkan 1.2 juta penonton.”

“Kejayaan ini telah menarik perhatian Kao Laurier untuk menjadi penaja untuk drama berantai Kerana Karina 2.

Dengan kehadiran pelakon baru akan mengukuhkan lagi drama ini sebagai drama bersiri online pertama di Malaysia.

Tidak hairan, atas sambutan ramai, Kerana Karina 3 juga akan ditaja oleh Kao Laurier menjadikan drama ini sebuah trilogi!”

– M. Zulkifli

M Zulkifli juga turut menyumbang lirik untuk lagu tema Kerana Karina 2, Tiada Sekali yang dinyanyikan oleh Tunku Tiara Yasmin Sofia ciptaan Johan Nawawi.

Untuk pembaca yang ingin mendengar lagu ini, sebuah album runut akan diterbitkan secara digital dan boleh dimuatturun secara eksklusif hanya di Portal Gua Muzik mulai 16 Mei ini.

Selain lagu Tiada Sekali, lagu Yang Mana (Marsha) serta empat buah lagu lain turut dimuatkan.

2475754237 D49Ca8Dd98 | 7
2475753581 74325Db966 | 8

APA YANG MENARIK?

Drama Kerana Karina 2 disokong oleh pelakon asal iaitu Marsha Milan Londoh, Sazzy Falak, Zizan Nin, Roslan Aziz, Bell Ngasri dan Chelsia Ng. Watak karina yang dipegang oleh Marsha juga berlainan sedikit dengan perubahan pada karakter.

Kalau dulu, Karina agak naif dan lemah lembut tetapi kali ini Karina lebih ganas sedikit. Musuh ketat Karina adalah Zelfa yang dibawa oleh Tunku Tiara Yasmin Sofia yang mana menjadi perampas kepada cinta baru Karina lakonan Norman Hakim.

Selain itu, pelakon baru diletakkan untuk menjadikan drama ini lebih meletop iaitu Norman Hakim, Nabil Mentor Tunku Tiara Yasmin Sofia OIAM 2 dan Diana Rafar. Diarahkan oleh Aidilfitri Mohamed, Kerana Karina 2 menjanjikan plot, aksi mendebarkan dan skrip yang lebih teliti serta perkembangan watak yang lebih mendalam.

Termasuklah watak lelaki lembut yang dipegang oleh Bell dan pengurus kepada Karina, Sazzy Falak. Penonton pasti tersentuh untuk babak akhir yang lebih tragis. Nak tahu bagaimana tragisnya, korang kenalah tonton di Portal GUA.

Di majlis sidang media, para media berpeluang menonton dua episod Kerana Karina 2. Bukan itu sahaja, kami juga diberikan DVD Kerana Karina musim pertama. Budiey difahamkan DVD dan VCD Kerana Karina ini akan dipasarkan atas permintaan ramai.

Harganya sangat murah. Hanya RM13.90 sahaja. Memuatkan video klip lagu tema Yang Mana nyanyian Marsha, interbiu bersama pelakon dan behind the scenes.

Cuma satu yang Budiey keliru (Gegirl kheliru…LOL!), tidakkah tindakan memasarkan DVD ini akan menjejaskan tontonan. Mungkin akan berlaku kerana penonton tidak lagi akan menonton di Portal Gua kerana mereka sudah tahu, lambat laun DVD akan dikeluarkan. Jadi, apa susah-susah tonton di Portal GUA. Dengan masalah internet yang lembab dan sebagainya, baik beli DVD je.

Mungkin Alt Media mempunyai strateginya sendiri. Apa-apa pun, kepada pembaca semua, tontoni drama 24 episod yang akan disiarkan mulai 16 Mei ini. Episod baru akan disiarkan setiap hari Isnin, Rabu dan Jumaat. Untuk pengguna telefon bimbit 3G, korang boleh menonton dengan hanya mendail *32223.

Terima kasih Suraya dan Ayu dari Portal Gua kerana sudi menjemput Budiey.com untuk turut mempromosikan drama Kerana Karina 2 kepada pembaca kami.

2476571384 922B00Ee40 | 9
Imran & Karina. Romantisnya? Jangan korang plastik sudah lah!
2475756031 69E514Aacd | 10
Norman Hakim yang dikatakan overrated? Drama Jelma pun dia nak sapu jugak? Kesian… ada jugak orang cakap macam tu kat dia.
2475756905 2Bef24F1C6 | 11
Nak tahu apa watak Nabil Mentor ni, sila tonton lah!
2475757745 B7F17E64Ea | 12
Tungku Tiara… perampas cinta Karina?
2476574558 0247F45271 | 13
Zizan Nin membawa watak Imran yang juga komposer yang pernah menetap di Amerika Syarikat.
2476575870 C130537807 | 14
Marsha Milan Londoh semakin lawa dan chanteq!
2475760205 26B3Ab7C6E | 15
Diana Rafar yang kini sedang sibuk dengan perniagaan spa nya, D’Laguna di Shah Alam.
2475761007 8F3Bbc1228 | 16
Sazzy Falak, sang pengurus Karina yang sentiasa tegar!


Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Datuk Jalaluddin Hassan Pegang Watak Lembut Dalam Filem Shhh… Dia Datang

Majlis Pelancaran Album PBANK Cintaku Cintamu