in ,

Lirik Lagu RUMAH KITA Hujan

HUJAN PERJUANGKAN RUMAH KITA

Kumpulan anak muda yang sangat aktif dalam dunia hiburan tanah air, HUJAN, kini bakal muncul dengan album terbaru! Budiey rasa tak sabar nak dengar semua lagu-lagu dari Hujan. Maklumlah mereka ni kan sekarang dah dikira hebat dan otai dalam muzik rock indie kat Malaysia.

Bagaikan tidak pernah haus dengan kreativiti, HUJAN tidak pernah menghampakan para peminatnya dengan sentiasa menghasilkan karya-karya bermutu, sesuai dengan citarasa muda-mudi.

Terbaru, mereka kini muncul dengan single terbaru, RUMAH KITA.

Menyentuh perihal mesej yang ingin disampaikan menerusi lagu ini, RUMAH KITA menyuntik unsur patriotik dimana ‘rumah’ boleh dirujuk sebagai sesebuah ‘negara’.

Keseluruhan lirik lagu ini berulang kali menyebut ‘pertahankan rumah kita’, dan berjuanglah bermati-matian. Jika dilihat dari sudut patriotiknya, tentunya lagu ini ditafsirkan sebagai sebuah lagu yang menyeru penghuni sesebuah Negara itu mempertahankan martabat dan maruah Negara yang dicintai. Bak pepatah Melayu, “Dimana Bumi dipijak, Disitu Langit dijulang”

Lirik dan susunan muzik sepenuhnya oleh Noh, RUMAH KITA tentunya mencuri perhatian para peminat muzik rock tanah air!

RUMAH KITA

Kita serang semua penjuru
Biar berdarah kerana ini
Rumah kita
Ku kan sedia
Kita tempur
Barisan hadapan berkobar jeritan
Tempur

Ini kebangkitan satu perjuangan
Kami berlawan biar sampai mati
Mempertahankan ini rumah kita
Ku kan sedia
Kita tempur

Barisan hadapan berkobar jeritan
Tempur

Ini kebangkitan satu perjuangan

Nantikan juga album terbaru HUJAN yang bakal menemui anda pada pertengahan Jun ini.

Hujan

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Phillip Phillips Juara American Idol 11

Album Aku Sudirman Suatu Interpretasi