in

Phillip Phillips Juara American Idol 11

DEBARAN AKHIRNYA TERJAWAB PHILLIP PHILLIPS JUARA AMERICAN IDOL 11

SAKSIKAN SAAT INDAH DAN PERSEMBAHAN MEMUKAU FINALIS AMERICAN IDOL 11 SECARA PERCUMA DI 8TV

PERSEMBAHAN TOP 2
TARIKH SIARAN: 25 MEI 2012
HARI: JUMAAT
MASA: 10.00 MALAM

‘FINALE’
TARIKH SIARAN: 26 MEI 2011
HARI: SABTU
MASA: 10.30 MALAM

American Idol musim ke-11 sudah sampai ke kemuncaknya apabila dua peserta berbakat, Phillip Phillips dan Jessica Sanches bertungkus-lumus memburu gelaran juara. Philip Philips, seorang pekerja pajak gadai daripada Leesburg dinobatkan sebagai juara dengan undian paling memberangsangkan iaitu sebanyak 132 juta undian.

Phillip Philips diumumkan sebagai juara American Idol 11 oleh Ryan Seacrest mengalahkan gadis comel berasal dari Georgia, Jessica Sanchez.

Phillip Phillips

Jejaka berumur 21 tahun itu menitiskan air mata ketika menyanyikan ‘single’ pertama beliau berjudul “Home” lalu memeluk ibu bapa serta keluarganya ketika mendendangkan lagu itu di hadapan ribuan penonton.

Jangan ketinggalan menyaksikan persembahan hebat dua finalis berbakat ini dalam American Idol pada hari Jumaat, 25 Mei 2012 jam 10.00 malam dan penentuan akhir juara baru American Idol pada hari Sabtu, 26 Mei 2012 jam 10.30 malam secara PERCUMA di 8TV.

“Ini merupakan musim ke-11 American Idol bersiaran dan program ini masih diterima ramai. Ini dibuktikan dengan jumlah undian sebanyak 132 juta yang diterima dan anda semestinya tidak mahu ketinggalan menyaksikan persembahan menarik dari dua peserta hebat kali ini.” kata Pengurus Kumpulan 8TV dan ntv7, Cik Airin Zainun.

Airin menambah “Apa yang lebih hebat ialah anda boleh menyaksikan rancangan ini secara PERCUMA eksklusif di saluran hip 8TV!”

Jangan ketinggalan menyaksikan detik-detik manis Phillip Phillips dinobatkan sebagai juara American Idol (Musim ke-11). Tidak lengkap program ini tanpa kehadiran juri-juri hebat iaitu Jennifer Lopez, Steven Tyler dan Randy Jackson.

8TV turut bersiaran di siaran Astro 708. Anda juga boleh menyaksikan rancangan kegemaran anda di Catch Up di www.8tv.com.my / www.tonton.com.my atau ikuti kami melalui www.facebook.com/8TVfb , www.twitter.com/8tv dan www.youtube.com/8tvaddicts

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Tips Terbaik Memilih Jenis Lantai Rumah

Lirik Lagu RUMAH KITA Hujan