Home HOME | My Events | My Youtube | My Merchandise | My Jurnal | Pipicomel | Foto Blog | Advertise Here | Contact Me











Laporan Bedah Siasat Mayat Michael Jackson Dikeluarkan Minggu Depan



LOS ANGELES: Laporan hasil bedah siasat mayat Michael Jackson ditangguhkan sehingga minggu depan, menurut penolong ketua Koroner Daerah Los Angeles, Ed Winter, hari ini.

Sebelum ini Pejabat Koroner Los Angeles berkata, laporan bedah siasat terhadap mayat raja pop itu akan dikeluarkan esok (Jumaat) selepas spekulasi merebak bahawa kematian Michael berpunca daripada pengambilan dadah berlebiham. Bagaimanapun, hari ini Winter berkata, keputusan itu hanya akan dikeluarkan minggu depan selepas laporan lengkap toksikologi diperoleh.

Winter berkata, penangguhan itu juga disebabkan Pejabat Koroner mengeluarkan sapina baru untuk mendapatkan rekod kesihatan Michael daripada pakar bedah plastik, Lawrence Koplin di Beverly Hills.

“Saya mengeluarkan sapina tengah hari semalam untuk memperoleh rekod perubatan Michael dan doktor terbabit memberi kerjasama,” katanya.

Kelmarin, polis menggeledah rumah dan pejabat doktor peribadi Michael, Conrad Murray, di Las Vegas selepas Murray kini menjadi tumpuan siasatan bagi mengetahui punca kematian penyanyi itu, bulan lalu. – AFP

Tags:

Tags:

Comments

comments

Powered by Facebook Comments



Click on the following buttons to share this article with your friends:





Baca artikel lain yang berkaitan:
  • Michael Jackson Peluk Islam
  • 6.5 juta Layari Facebook Michael Jackson
  • Misteri Acara Pengebumian Michael Jackson
  • Michael Jackson Gay?
  • Hubungan Michael Jackson Dan Pengasuh Macam Pasangan Sudah Berkahwin
  • Penyakit Kulit Hanya Alasan Untuk Michel Jackson Berkulit Putih
  • Diana Ross Jadi Penama Kedua Dalam Wasiat Michael Jackson
  • Tempat Michael Jackson Dikebumikan
  • Michael Jackson’s Michael Is The #1 Selling Global Album
  • Jermaine dan Ibu Michael Jackson Bertengkar



  • =========================
    SEGALA KOMEN YANG DITULIS ATAS TANGGUNGJAWAB DAN RISIKO ANDA SENDIRI. PIHAK BUDIEY.COM TIDAK BERTANGGUNGJAWAB ATAS SEBARANG KOMEN YANG DITULIS OLEH PEMBACA. HARAP MAKLUM

    Sila tinggalkan komen anda di sini:































































































































































































































































































    Sensasi Selebriti
    proudly hosted & sponsored
    by SERVERFREAK