in

Konsert Penutup Perlumbaan F1 Gun N’ Roses di Sepang

KONSERT PENUTUP PERLUMBAAN F1: GUNS N’ ROSES, ESTRANGED & TWIILGHT ACTION GIRL (TAG)

Tarikh: 24 Mac 2013 (Ahad)
Masa: 6.00 petang
Lokasi: Helipad, Sepang

Bersempena dengan edisi ke 15 tahun F1 Grand Prix Malaysia, grup terkenal Amerika Syarikat Guns N’ Roses diterbangkan khas buat rakyat Malaysia. Sebuah konsert dipersembahkan pasca perlumbaan F1 dan hanya yang terbaik diberikan buat khalayak.

Diformasikan di Los Angeles pada tahun 1985, grup dengan nama Guns N’ Roses yang pernah memenangi Anugerah Grammy dan menjual lebih 100 juta unit album ini dibawakan buat khalayak pada 24 Mac ini di Helipad, Sepang.

Gun N Roses

“Ini merupakan kali pertama grup legenda ini beraksi di Malaysia dan penonton boleh menjangkakan persembahan yang menarik,” ujar Datuk Razlan Razali, Ketua Pengarah Eksekutif Litar Antarabangsa Sepang.

Pada tahun 2009, grup British Jamiroquai pernah hadir dalam acara dan lokasi yang sama dan mendapat sambutan lebih 20,000 penonton.

“Guns N’ Roses masih mampu menarik perhatian umum dan kami harap para penonton yang hadir menyaksikan perlumbaan akan menunggu untuk menonton persembahan Guns N’ Roses selepas itu,” ujar Datuk Razlan dengan harapan.

Hanya menghadirkan Axl Rose selaku vokalis dan anggota asal, khalayak akan menyaksikan gabungan terbaru vokalis tersebut dengan grup barunya yang dianggotai Ron ‘Bumblefoot’ Thal, DJ Ashba, Richard Fortus, Tommy Stinson, Frank Ferrer, Dizzy Reed dan Chris Pitman. Grup dengan barisan anggota baru ini sedang dalam proses pembikinan album baru di Los Angeles.

Kumpulan tempatan iaitu Estranged dan Twilight Action Girl akan menjadi pembuka acara bagi konsert Guns N Roses yang julung-julung kali diadakan itu, Kumpulan Estranged yang merupakan pemenang Anugerah Juara Lagu 2007 baru sahaja melancarkan album baru mereka bertajuk Anugerah Hidup.

Manakala Twilight Action Girl pula yang dianggotai oleh DJ Bunga, Dj Chaseylain, dan Ribut 10:59 merupakan sebuah grup dengan profile yang tinggi di kelab-kelab tempatan.

Konsert akan bermula sejurus selepas tamat perlumbaan dari 11 pasukan F1 terkemuka dunia. Menerusi belian tiket zon Granstand perlumbaan F1, khalayak akan dapat menyaksikan konsert penutup F1 di Helipad, Sepang, yang akan menampilkan Estranged, Twilight Action Girl (TAG) dan GUNS & ROSES.

Lebih istimewa, sempena F1 yang akan berlangsung pada 22 Mac hingga 24 Mac 2013, tahun ini pihak penganjur, SIC (Sepang International Circuit) menawarkan pakej ‘One Ticket Unlimited (1TU)’ yang pasti memberikan keistimewaan untuk khalayak menikmati keseronokan serta kehangatan acara sukan permotoran bertaraf dunia ini.

Tiket Konsert F1 Petronas Malaysia Grand Prix 2013 juga boleh dibeli menerusi online dengan melayari www.sepangcircuit.com atau datang terus ke kaunter di KL Sentral dan di KLCC yang akan beroperasi dari sekarang sehingga 24 Mac 2013. Istimewa untuk pemegang kad Maybank Visa dan kad Master Credit atau kad Debit, boleh dapatkan tiket-tiket dengan potongan harga 25%.

Kepada pelajar-pelajar juga berpeluang mendapatkan tiket-tiket menerusi promosi ‘Beli 1, Percuma 1′ dengan Kad Diskaun Siswa 1Malaysia (KADS1M) untuk zon Main Grandstand of Topaz, Citrine, Tower North & Tower South mulai sekarang sehingga 17 Mac 2013.

Gun N Roses

Gun N Roses

Gun N Roses

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Poster Filem Pecah Lakonan Fizz Fairuz & Izreen Azminda

Go Environmentalist with Impiana KLCC Hotel