Home HOME | My Events | My Youtube | My Merchandise | My Jurnal | Pipicomel | Foto Blog | Advertise Here | Contact Me









Konsep Muzik Terbaik Tanpa Henti Berjaya Naikkan SURIA FM



PENINGKATAN PENDENGAR SURIA FM BUKTI KONSEP

‘MUZIK TERBAIK TANPA HENTI’ BERJAYA

Peningkatan pendengar mingguan Suria FM sebanyak 21 % sepanjang 12 bulan merupakan perkembangan paling besar berbanding pesaing utama lain. Berdasarkan keputusan terbaru Survey AC Nielsen, secara umumnya, pendengar radio berbahasa Melayu mengalami penurunan sebanyak 2.5 % bagi tahun 2009 berbanding 2008. Bagaimana pun, Suria Fm tetap berjaya mencatatkan peningkatan dari tahun ke tahun. 

  

Pendengar Suria Fm di sebelah Pantai Timur tanahair meningkat sebanyak 38 % dan pendengar di bahagian Utara pula mencatatkan peningkatan sebanyak 19 % jika dibandingkan dengan keputusan Survey ke 2 bagi tahun 2008. 

Tambahan lagi, jumlah ‘Pendengar Eksklusif’ Suria FM turut menunjukkan peningkatan yang amat ketara iaitu sebanyak 67 % berbanding 2008. Keputusan  Survey terbaru ini juga, turut mengesahkan pendengar Suria FM yang berpendapatan antara RM3K – RM4K meningkat sebanyak 41 % berbanding survey lepas. Peratus kenaikan ternyata lebih tinggi berbanding pesaing lain. 

Selain itu, jumlah ‘Pendengar Urban’ Suria FM turut mencatatkan peningkatan sebanyak 6% berbanding survey lepas dan peningkatan lebih tinggi dari pencapaian pasaran. Hasil Survey terbaru juga menunjukkan ‘jangka masa mendengar’ bagi pendengar Suria FM meningkat sebanyak 7%.

Menurut COO Suria FM, Engku Emran, “Pendapatan tahunan Suria FM telah menunjukkan peningkatan sebanyak 35% sehingga september 2009 jika dibandingkan untuk tempoh yang sama tahun lepas. Tahun 2009 merupakan kejayaan kepada Suria FM  dengan pengenalan kepada konsep 50 Minit Muzik Tanpa Henti, 105 minit Muzik Maraton disamping pelbagai aktiviti yang telah dianjurkan sepanjang tahun. Kami berterima kasih kepada semua pendengar setia Suria FM yang terus memberikan sokongan dan juga kami turut mengalu alukan kehadiran pendengar baru. Teruskan sokongan anda dengan mendengarkan Suria FM dan nantikan kejutan yang lebih hebat di tahun 2010 tak lama lagi.!” 

Tahniah Suria FM. Semoga terus sukses~!

Barisan penyampai Suria fm:-

TUAH ZOQARNAIN & ZIZI 
Program: BREAKFAST@SURIA (6 pagi – 10 pagi,   Isnin – Jumaat)   

MYRA 
Program: SURIALICIOUS (10 Pagi – 1 tghri,   Isnin – Jumaat)    

NAIM & BOB RINGGO   
Program: SURIANOVA (1 tghri – 4 ptg,   Isnin – Jumaat)  

ZAFF 
Program: SURIA DRIVE IN (4 ptg – 8 mlm,   Isnin – Jumaat)  

AKHTAR: 
Program: SURIA 8’11 (8 mlm – 11 mlm , Isnin – Jumaat)  

DJ LIN  
Program: SURIA CINTA (11 mlm – 2 pagi) 

Frekuensi Suria Fm: 
Lembah Klang  : 105.3 fm
Kota Bharu : 106.1 fm
Seremban : 107.0 fm
Ipoh : 96.0 fm
Melaka & Johor Utara : 88.5 fm
Johor Bahru : 101.4 fm
Kuantan : 96.1 fm
Kota Kinabalu : 105.9 fm
Kuala Terengganu : 102.4 fm
Perlis, Kedah & P.Pinang : 106.9 fm  
Taiping : 91.7 fm

Layari www.suriafm.com.my

Tags:

Click on the following buttons to share this article with your friends:





Baca artikel lain yang berkaitan:
  • Tagline Baru Suria FM – MUZIK TERBAIK TANPA HENTI
  • JOM SERTAI KUIZ TEKA SUARA SIAPA DI SURIA FM
  • Suria FM Umumkan Pemenang Kempen Suria FM Senyum & Menang
  • Jom Sertai Kuiz Bapaku Sayang di Suria FM
  • Lagu Tanpa 6ixth Sense Berjaya Ke Separuh Akhir Muzik-Muzik
  • Erra Fazira dan Aleesya di Selebriti Room Suria FM Esok
  • Gambar Pemenang Kuiz Teka Suara Siapa di Suria FM
  • Gambar Amy Mastura @ Party KLIK VIP Suria 2008
  • Dayang Nurfaizah, Stacy, Farah Asyikin di Road Tour Lelong Amal Suria FM
  • Suria FM & Red FM Catat Peningkatan Jumlah Pendengar Tertinggi



    • intan

      mereka memang nampak gigih dlm mempromosikan jenama mereka.Mungkin disbbkan mereka tidak disokong oleh media televisyen sbb tu lah mereka berusaha lebih keras drp stesyen2 lain.Apa2 pun, tahniah sbb telah dpt menyaingi stesyen2 popular itu dgn segala usaha itu.

    • SPORTY

      Suria FM ni satu je kurangnya…tiada sokongan TV macam Hot FM, Era FM, Sinar FM dan radio – radio RTM untuk buat promosi….Hanya sokongan akhbar The Star sahaja…Apapun suka dengar Suria Cinta…..best sangat lagu – lagunya:-)



































































































































































































































































































    Sensasi Selebriti
    proudly hosted & sponsored
    by SERVERFREAK