in

Kevin Zahri Tidak Bersenam di Bulan Puasa

Dalam pada Budiey tak serik-serik ke gym setiap hari di bulan puasa, lain pula dengan pakar kesihatan, pemakanan dan pendidikan jasmani Kevin Zahri yang telah menghantikan segala aktiviti bersenam dan workout di gym di bulan Ramadan.

Mungkin petua dan tips ini salah satu cara untuk kita semua memberi kerehatan kepada otot badan yang telah gigih selama ini untuk menjadi sado.

Kevin Zahri Tidak Bersenam di Bulan Puasa

Penting: Post ini bukan lah untuk menghalang atau tak galakkan anda dari bersenam di bulan ramadhan tapi saya cuma nak kongsi sudut pandangan saya untuk kurang atau elak bersenam pada bulan puasa:

1) Ramadhan is my off season: Saya memang sangat aktif sepanjang tahun. Dalam 11 bulan dengan penuh aktiviti fitness dan sports, memang pelbagai wear-n-tear berlaku pada sendi2 dan otot2. Saya perlu berikan waktu rehat kepada badan untuk baiki segala wear n tear. Atlit professional pun ada off-season.

2) Saya kurang gemar bersenam sebelum berbuka dan selepas berbuka (dan terawih) biasanya dah agak lewat untuk bersenam. Saya kurang gemar bersenam waktu malam kerana ia ganggu kualiti tidur saya.

3) Mental Break: Kalau asyik2 berdepan dengan senaman, lama2 boring. Tapi selepas berehat sebulan dari senaman dan aktiviti sukan, semangat memang berkobar untuk mulakan program kecergasan semula. Biasanya raya pertama atau kedua dah bermula.

4) Walaupun tak bersenam di bulan ramadhan, saya masih aktif bersama anak-anak di rumah atau berjalan-jalan.

5) Tak tambah berat badan? Not at all. Malah setiap bulan ramadhan menang akan kurang dalam 3-4kg kerana makan tak banyak mana pun, kurang gemuk air (hormon insulin) dan muscle loss (coz tiada pemangkin senaman pemberat)

6) Fitness level tak hilang? Hilang! Tapi seperti atlit selepas off-season pun, tak susah untuk membina fitness itu semula. Biasa dalam ke3-4 minggu bulan syawal dah OK.

So akhir kata, ia pilihan masing-masing. Great kalau anda teruskan program fitness anda di bulan puasa TAPI tak salah kalau anda berasa untuk berehat seketika.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Apa Yang Bestnya DINNER IN THE SKY di Menara KL?

Al-Manna Lancar Video Muzik Lagu Raya SIMFONI AIDILFITRI