• Home
  • Berita
  • Foto Artis
  • Filem
    • Sinopsis
  • Drama
  • Gossip
  • Hubungi Budiey

Sensasi Selebriti

Berita Hiburan Malaysia, Gambar Selebriti Terbaru, Gossip Artis, Filem, Muzik, Video & Teater

  • Events
    • Anugerah Bintang Popular
    • Anugerah Blockbuster
    • Anugerah Emmy
    • Anugerah Grammy
    • Anugerah Industri Muzik
    • Anugerah Juara Lagu
    • Anugerah Oscar
    • Anugerah Planet Muzik
    • Anugerah Seri Angkasa
    • Anugerah Shout!
    • Festival Filem Malaysia
    • Festival Muzik KL
  • TV
    • Astro
    • TV1
    • TV1
    • TV2
    • TV3
    • TV9
    • 8TV
    • NTV7
    • TV Al-Hijrah
  • Radio
    • Suria FM
    • Hot FM
  • Album
  • Fesyen
  • Teater
  • Travel
  • Gadget
  • Peraduan
  • Advertorial
  • K-Pop

Kenangan Destinasi Cinta Bersama AirAsia di Pulau Boracay

0
  • by Budiey
  • in Travel
  • — 21 Feb, 2013

Mengimbau memori indah beberapa bulan lalu di tahun 2012, saat mengembara jauh bersama dengan pasangan selebriti terkenal, Mizz Nina dan Noh Hujan, pastinya takkan lekang dalam ingatan. Pastinya, kenangan itu juga tersemat di hati Budiey serta krew Celebrate TV yang begitu teruja untuk merakam segala kenangan manis bersama.

Ramai yang bertanya pada Budiey, di mana terletaknya Pulau Boracay yang Budiey perkatakan di Twitter dan Facebook. Memang ada yang tak biasa dengar nama pulau ini. Kebanyakannya ada yang menyangka Boracay adalah pulau yang terletak di Malaysia. Salah tanggapan tu. Kalau nak tahu, Pulau Boracay adalah pulau yang tercantik di Filipina. Lautannya membira serta hamparan pasirnya putih dan halus. Memang eloklah untuk pasangan ini yang sukakan suasana santai yang tenang dan damai.

Budiey berterima kasih banyak kepada AirAsia kerana sudi membawa Budiey terbang jauh untuk bersama dengan krew Celebrate TV yang bekerja keras siang malam merancang program Destinasi Cinta Bersama AirAsia. Budiey dengar, bukan mudah untuk menyusun dan merangka program TV ini supaya nampak menarik di hati penonton. Juga bukan mudah untuk buat temujanji dengan selebriti yang sentiasa sibuk seperti Mizz Nina dan Noh Hujan. Akhirnya, segala rancangan berbulan-bulan telah dilaksanakan dengan baik dan semuanya berjalan dengan lancar.

DAY 1

Tak kurang di laman sosial, ramai yang bertanya kepada Budiey macamana untuk ke Pulau Boracay ini. Caranya senang, anda hanya perlu menggunakan AirAsia untuk ke sana. Dari LCCT Sepang ke Clark, Manila, Filipina makan masa 4 jam jugaklah kami berada di atas awan. Sepanjang penerbangan dalam pesawat AirAsia memang sungguh selesa. Perjalanan tak lah membosankan sebab Budiey ambil masa untuk sembang-sembang dengan krew Celebrate TV. Memang diorang sangat peramah.

Sampai di Clark, Manila, mentari sudah berada di atas kepala. Menjejakkan kaki di bumi Filipina, Cuaca agak panas dari Malaysia. Itu yang Budiey rasakan. Dah tengahari dan perut kami pun berbunyi rayuan dan keluhan minta diisi. Jadi sementara kami menunggu untuk terbang ke Kalibo, kami pun dibawa ke sebuah restoran yang berdekatan dengan lapangan terbang untuk mengisi perut.

Dari Clark ke Kalibo, tidaklah lama untuk ambil masa. Lebih kurang satu jam lebih di atas awan. Sesampai kami di Kalibo Airport, hujan mencurah turun. Tidak lama menunggu barang dan bagasi semua diangkut ke dalam bas, kami bertolak ke Caticlan Jetty. Mulanya kami agak kecoh juga tapi bila badan dah letih dalam bas. Ramai pula yang tertidur termasuklah Mizz Nina dan Noh Hujan. Budiey pulak rasa jakun kejap sebab bas yang kami naiki tu berada di lane kanan sebab memang la kat sana left hand drive.

Pergh! Memang lama jugaklah perjalanan dalam bas tu. Lebih kurang 2 jam. Dalam perjalanan pula tadinya, hujan renyai-renyai turun tanpa henti. Sampai di Caticlan Jetty, kami berehat kejap dan kemudian terus dibawa ke tempat boar untuk ke Paraw. Selama 20 minit dalam boat, akhirnya kami sampai di Boracay Jetty. Sampai situ, kami dibawa ke satu tempat yang menjadi tumpuan pelancong. Sempat skodeng Mizz Nina dan Noh makan malam dalam suasana yang romantik.

Boracay

Dalam pada keletihan tu, sempat lagi nak tambah beban badan dengan jalan-jalan sambil window shopping, melihat barang dan sovenir yang menarik. Macam-macam ada.

Boracay

Hey, kat sini sangat happening. Seperti fun fair pulak rasanya.

Boracay

Dalam hati mahu pulang lekas-lekas check ini dan berehat di kamar hotel sebab esok banyak lagi aktiviti yang happening di pulau indah ini. Fuh, boleh bayangkan tak penat Budiey macamana. Dari tak nampak matahari sampai matahari dai terbenam balik m baru sampai destinasi. Semua jenis pengangkutan kami dapat rasa dalam satu hari ini. You name it. Dari pengangkutan udara, darat dan air kami lalu dalam masa kurang dari 24 jam. Jadi kepada pembaca Budiey.com yang nak terbang ke Pulau Boracay, haaa, bersedialah untuk menghadapi segala cabaran dan keletihan ya amat! Tapi dalam hati sangat seronok sebab tak sabar menanti esok yang bakal menjengah dengan seribu misteri!

Sampai di kamar, perut dah kenyang, dalam keletihan yang amat sangat, senang je nak lena tidur. Hotel yang disediakan juga sangat selesa. Tak sia mengharungi perjalanan jauh siang hingga malam tadi.

DAY 2

Setelah memijakkan kaki di Pulau Boracay, Budiey rasa pulau ini memang tak kalah cantiknya. Memang sesuai untuk anda yang menghabiskan sisa-sisa cuti. Budiey kira, pulau yang terkenal dengan pelbagai mitos ini juga adalah tempat sempurna bagi anda yang suka menyelam melihat keindahan laut dalam yang penuh dengan kehidupan warna-warni.

Budiey sempat mengikut Mizz Nina dan Noh Hujan bersantai seharian di Long White Beach. Sesuai dengan namanya, pantai ini memang agak panjang juga dan yang penting, pantainya sangat landai dan warna pasirnya sangat halus dan putih. Bersih!

Melihat jadual yang direncanakan oleh Celebrate TV, kami memang seronok sebab ada banyak sangat aktiviti. Tapi kalau korang semua nak puas datang sini, rasanya kena stay dua minggu. Kat Pulau Boracay ada ATV dan Buggy Ride. Jadi, masa Mizz Nina dan Noh mencuba ATV tu, Budiey tak dapat ikut sebab kami hanya habiskan masa di tepi pantai.

Mizz Nina dan Noh Hujan ready to rock!

Boracay

Pantai kat sini tak berapa cantik berbanding White Beach. Tapi lautnya… memang ada kedamaian.

Boracay

Aktiviti pertama kami pada pagi itu ialah memancing. Best, Mizz Nina dan Noh Hujan cakap, memang seronok sekali sekala dapat merasai bayu laut ramai-ramai macam ni.

Boracay

Berkerut dahi Noh tu dah kenapa? Panas sangat ye?

Boracay

Jom tengok berapa ekor ikan yang dapat diorang ni tangkap.

Boracay

Dari sesi tangkap ikan, ada dekat 1 jam juga, kami berpanas dan berjemur di atas bot tu, kami singgah pula di Crystal Cove Island Resort. Nak masuk ke sini kena bayar sebab memang kawasan yang sangat terjaga rapi. Sunggah cantik dan yang menjadi daya tumpuannya ialah gua yang di dasarnya ada air yang sangat jernih seperti kristal.

Boracay

Cantik tak? Luasnya pemandangan!

Boracay

Kemudian kami singgah makan tengahari. Makanan laut yang sangat best!

Boracay

Sepanjang kami lepak dan jalan-jalan di persisir White Beach, Budiey didatangi oleh beberapa orang yang approach untuk ambil pakej aktiviti dengan diorang seperti island hoping, helmet dive, fly fish, para sailing dan ATV ride. Jadi, kepada anda semua, haa pandai-pandailah tawar menawar dengan harga sebab biasanya mereka ni kasi harga yang mahal dan diorang akan turunkan harga.

Boracay

Wah, tenangnya kat sini. kalau landing kat sini sehari suntuk, mesti best nih.

Boracay

Jangan lupa sediakan wang untuk shopping. Banyak cenderamata dan barang untuk dibawa pulang kepada keluarga dan kawan-kawan.

Boracay

Murah-murah tapi kenalah pandai tawar menawar.

Dalam tengah berjalan-jalan tu, kami singgah di pasar basah yang menjual banyak sekali hidupan laut yang segar-segar. Rasa nak bawa pulang je. Segar-segar pulak tu.

Boracay

Kalau datang ke Pulau Boracay ni, tak sah kalau tak nak perahu atau snorkeling. Tapi sebenarnya ada beberapa lagi yang kami tak sempat cuba. Antaranya, glass bottom boat iaitu sejenis bot yang direka khas di mana permukaan bawah bot ditukar kepada kaca. Jadi, bolehlah nampak kat dalam laut. Tak perlu lagi nak snorkeling. Buat letih je. Duduk je kat seat dalam bot dan boleh tengok ikan dan batu karang yang cantik sangat.

Boracay

Yang pastinya, Budiey dan semua rombongan jalan-jalan, sight-seeing di Willy’s Rock. Memang best sangat jalan-jalan berkaki ayam di White Beach. Pasir dia macam Budiey cakap, memang putih seputih alam dan halus sangat. Jadi, tak rasalah sakit kalau berkaki ayam. Air laut jangan cakap la kan. Sangat jernih. Patutlah pantai ni dapat gelaran Pantai Terbaik nombor dua di dunia untuk tahun 2011.

Ini dia gambar Budiey bersama dengan Mizz Nina & Noh serta krew Celebrate TV.

Boracay

Kat bawah ini Budiey letakkan beberapa gambar dan foto yang menceritakan keindahan pantai ini.

Boracay

Boracay

Boracay

Boracay

Boracay

Boracay

Boracay

DAY 3

Untuk hari ketiga, kami tak banyak sangat aktiviti. Lebih kepada aktiviti jalan-jalan dan shopping sebab hari ini adalah hari yang terakhir. Inilah masa yang sesuai untuk habiskan duit yang ada untuk beli sovenir untuk keluarga dan kawan-kawan.

Cuaca yang agak panas seperti memahami kehendak kami yang memerlukan keselesaan. Kalau hujan nanti susah pulak nak jalan-jalan.

Budiey ambil kesempatan di sini untuk ucapkan terima kasih kepada AirAsia dan Celebrate TV yang sudi membawa Budiey ke Pulau Boracay untuk menyaksikan rakaman Destinasi Cinta Bersama AirAsia untuk episod Mizz Nina dan Noh Hujan. Bagi Budiey, kenangan bersama mereka tak akan dilupakan sampai bila-bila.

Oh, Budiey belum letak gambar-gambar sekitar hotel yang Budiey dan semua rombongan stay, kan? Kami tinggal tak jauh dengan persisir pantai sebenarya. Senang nak ke sana ke mari. Kami tinggal di Boracay Garden Resort. Cantik dan selesa.

Boracay

Disebebkan semalam kami tak puas nak jalan di pantai, nah, hari terakhir ini adalah hari yang tepat. Boleh jalan puas-puas. Tak ada sape nak kacau. Mizz Nina dan Noh Hujan juga katanya sangat bebas bercanda di tepian pantai. Romantis forever la couple ni.

Boracay

Boracay

Lihatlah langit yang membiru itu. Simbol pada kedamaian.

Boracay

Singgah seketika untuk beli jus mangga kat sini. Sangat best! Jangan lupa untuk merasainya.

Boracay

Shopping & shopping, itulah yang dapat Budiey katakan bila datang Boracay

Kalau kita pergi jalan-jalan ke tempat orang untuk pertama kali, pastinya kita akan beli sovenir untuk dibawa pulang sebagai kenang-kenangan. Antara tempat yang biasa dikunjungi untuk membeli barang cenderamata ialah di D’Mall dan D’Talipapa.

D’Mall terletak di Station Boat 2. Tidak seperti namanya The Mall, ianya bukanlah seperti bangunan besar seperti gedung The Mall atau One Utama ya sebab ia sebenarnya adalah deretan kedai membeli berangan sovenir, ada kedai makan, ada booth untuk rock climbing, ferris wheel, pub, branded shop dan macam-macam lagi.

Hari terakhir juga, bawa peluang besar untuk Budiey jalan-jalan di Dtalipapa.

Boracay

Jika anda datang dari jalan utama masuk ke D’Mall ni, kita sebenarnya boleh jalan kaki untuk sampai ke beach road. Kita akan lalu dan boleh singgah kat kedai-kedai tadi.

Di D’Talipapa, harga barang-barang kat sini Budiey rasa lebih murah dari D’Mall. Tapi terpulang pada korang la, kalau pandai tawar menawar, memamg pasti akan dapat harga murah. D’Talipapa ada pasar basah, ada kedai makan yang menawarkan servis memasak, ada kedai runcit jual minyal masal dalam plastik dan macam-macam lagi.

Di malam hari, tempat ini menjadi satu tempat makan yang sangat la happening. Nak beli apa kat sana? Jangan risau, macam-macam ada. Nama pun Filipina kan, kalau tak beli rantai mutiara memang tak sah la. Tepi jalan pun ada orang jual pearl. Haha kalah tau pearls Rafflesia. Jangan risau, mesti ori punya. Kalau nak tahu yang ori, anda carilah orang yang pakai vest hijau sebab mereka yang pakai vest hijau macam tu ialah peniaga Muslim di Boracay.

Boracay

Boracay

Boracay

Boracay

Mahu datang ke Pulau Boracay, ingat satu jalan je yang anda perlu capai iaitu layari: www.airasia.com.

Noktah!

Komen via Facebook

Komen

Share

— Budiey

Seorang penulis blog hiburan & gaya hidup sepenuh masa, Photo Journalist, kerap bertwitter & facebook, videoman, new social media, copy writer, penulis iklan & advertorial, content provider & househusband. Obses dengan filem seram & thriller.

  • Previous story Aksi Superhero Will Smith Dalam Filem Hancock Di TV2
  • Next story Ashley Chan Menang Bella Official Correspondent di Bella Awards 2013

ENTRI BERKAITAN

  • Makanan Halal di Hong Kong Disneyland 4 Apr, 2012
  • Pavilion KL Christmas Bedazzles with Swarovski Encrusted Carriage Featuring 5,000 Crystals 22 Nov, 2012
  • Cameron Highlands Resort: Percutian Mewah di Pergunungan 2 Jul, 2011
  • Tawaran Hebat Dari Tune Hotels Di Pameran Pelancongan 13 Mar, 2013

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

  • KONSERT MEGA BINTANG

    RadiGlow

    KONSERT MEGA BINTANG

    Tempat: Resort World Convention Centre, Singapura

    Tarikh: 8 Jun 2013 (Sabtu)

    Masa: 8 malam

    Info Tiket: www.sistic.com.sg atau hubungi +65 6348 5555

    Budiey.com Sebagai Blog Rasmi Konsert Mega Bintang

  • SEARCH

  • TERKINI

    • Lebih 20 Selebriti Jayakan Festival Hari Belia 2013
    • Maxis Umum Pelaksanaan Program Rintis Maxis Ekelas
    • Senarai Program Menarik Sempena Cuti Sekolah di TV3
    • Belia Hangatkan Jom Heboh Putrajaya
    • One Nite Only With Nash Lefthanded
    • Telemovie Kisah Fantasi Mesin Masa Cinta Atuk
    • ntv7 Anjur Kempen Will & Kate & The Royal Baby
    • Senarai Filem Menarik di Cuti Sekolah Di TV1
    • Thirty Seconds To Mars Exclusive Album Preview Party
    • Afiq Muiz Mengaku Hilang Kerja & Dibanned Stesen TV
  • IKLAN

  • DAPATKAN RADIGLOW UNTUK KESIHATAN

    RadiGlow
  • KONSERT

    • Recent Posts
    • Most Popular
    • Comments
    • Tags
    • nashOne Nite Only With Nash LefthandedSaturday, May 25, 2013
    • Bintang-Mencari-BintangAchey Juara Konsert Penentuan Kumpulan A Bintang Mencari BintangWednesday, May 22, 2013
    • konsert-mega-bintangPeraduan Menangi Tiket Konsert Mega BintangTuesday, May 21, 2013
    • anuar-dayangGambar Anuar Zain & Dayang Nurfaizah di Serai KL Centre Kuala LumpurWednesday, May 15, 2013
    • Idola Kecil Musim KeduaThursday, October 29, 2009
    • Gambar Sekitar Hari Jadi Erin Malek ke 14 di Red Box Plus, PavilionMonday, July 28, 2008
    • TV3 Kids Voice Out School AttackSaturday, October 25, 2008
    • Filem Congkak Arahan Pierre Andre : Gambar PelakonTuesday, June 19, 2007
    • nura on:Bapa Afiq Muiz Diminta Tampil Jadi Orang Tengah Selesai Kemelut
    • nina on:Datuk Seri Najib Orang Pertama Dapat Kad Kahwin Beego & Linda
    • nina on:Gambar Anuar Zain & Dayang Nurfaizah di Serai KL Centre Kuala Lumpur
    • nina on:Gambar Nubhan & Mila Jirin Berkaraoke Lagu Cinta Kasih di Red Box
    • 8TV Advertorial AirAsia Akademi Fantasia Anugerah Bintang Popular Astro Berita Bernama Blog Budiey Drama Erra Fazira Events Fasha Sandha Fesyen Filem Foto Artis Gambar Gathering Gossip Hollywood Konsert kuala lumpur Lirik Liyana Jasmay mampu Mawi NTV7 penyanyi Peraduan persembahan radio televisyen malaysia radio televisyen malaysia rtm RTM Showcase Sinopsis Siti Nurhaliza Teater TV1 TV2 TV3 TV9 Ucapan Video Muzik watak
  • AFTER EARTH MULAI 6 JUN

    After Earth
  • Jom Baca Berita

    • Agenda Daily
    • Astro Awani
    • Berita Harian
    • Bernama
    • Detik Daily
    • Google News
    • Gua
    • Harakah Daily
    • Harian Metro
    • KL Pos
    • KOSMO!
    • Malay Mail
    • Malaysia Kini
    • Malaysian Digest
    • Malaysian Today
    • mStar Online
    • Murai
    • News Straits Times
    • Sinar Harian
    • The Star
    • The Sun
    • Utusan Malaysia
  • ARKIB

  • KATEGORI

    18Jun2013

    Konsert Mega Bintang

    Rossa, Ungu, Afgan & Ramai Lagi

    Dari 20:00 hingga 23:30

    di Resorts World Convention Centre, Singapura

    Find out more...

  • ENTRI TERKINI

    • Lebih 20 Selebriti Jayakan Festival Hari Belia 2013
    • Maxis Umum Pelaksanaan Program Rintis Maxis Ekelas
    • Senarai Program Menarik Sempena Cuti Sekolah di TV3
    • Belia Hangatkan Jom Heboh Putrajaya
    • One Nite Only With Nash Lefthanded
    • Telemovie Kisah Fantasi Mesin Masa Cinta Atuk
    • ntv7 Anjur Kempen Will & Kate & The Royal Baby
    • Senarai Filem Menarik di Cuti Sekolah Di TV1
    • Thirty Seconds To Mars Exclusive Album Preview Party
    • Afiq Muiz Mengaku Hilang Kerja & Dibanned Stesen TV
    • Kontrak Maya Karin Jadi Duta Tilam Vono Dilanjut Setahun Lagi
    • Bapa Afiq Muiz Diminta Tampil Jadi Orang Tengah Selesai Kemelut
    • Apa Perubahan Besar Dalam Akademi Fantasia 2013
  • KALENDAR

    May 2013
    M T W T F S S
    « Apr    
     12345
    6789101112
    13141516171819
    20212223242526
    2728293031  
  • SPONSOR

  • BUDIEY

    Budiey Seorang full time blogger, kerap bertwitter & facebook, photographer, videoman, content provider, new media, copy writer, penulis iklan & advertorial. Obses dengan filem seram & thriller.

    Kenali Budiey lebih lanjut di [sini]
  • Social Media

    • Awal Ashaari
    • Fouziah Gous
    • My Facebook Fanpage
    • My Instagram
    • My Jurnal
    • My News & Events
    • My Photo Blog
    • My Twitter
    • My Youtube
    • Pipicomel
  • Home
  • Profile Budiey
  • Sitemap
  • Disclaimer
  • Hubungi Budiey
  • My Merchandise
  • Iklankan

© 2007 - 2013 Budiey.com (Sensasi Selebriti)
Budiey.com - Sensasi Selebriti dikendalikan sepenuhnya oleh syarikat Budiey Dot Com Media (001991735-T)
Copyright Budiey Dot Com Media (001991735-T). All rights reserved.