in

Raikan Sepanjang Hari 1 Januari 2016 di RTM

Meraikan sambutan tahun baharu 2016, sepanjang hari 1 Januari ini, Radio Televisyen Malaysia (RTM) menerusi saluran TV1 dan TV2 melengkapkan jadual siarannya dengan pilihan program terbaik khas untuk pengikut setianya.

TV1 dimeriahkan dengan tayangan program “Potret 2015” (pukul 4.05 petang), dan “An Audience With Tom Jones” (pukul 11.05 malam).

Untitled

Berpegang kepada Sukan Terbaik Hanya di RTM, luangkan masa menyaksikan program Potret 2015, imbasan dan rangkuman sukan sepanjang 2015 terbitan Unit Sukan TV RTM. Sebelah malam pula berhibur dengan “An Audience With Tom Jones”, sebuah konsert yang mengetengahkan lagu-lagu popular figura yang satu ini seperti lagu Kiss, Delilah, Thunderball, I’ll Never Fall in Love Again (It Looks Like), Green, Green Grass of Home dan What’s New Pussycat?.

Sepanjang hari 1 Januari ini juga, TV2 membariskan program “The Westlife Show Life” (pukul 4.30 petang), dua dokumentari; “Tabin” (pukul 5.30 petang), dan “Ibrah” (pukul 6.30 petang) juga “Konsert Aktif 7” (pukul 9.00 malam).

The Westlife Show Life, persembahan daripada kumpulan pop dari Ireland – Westlife yang mempunyai jutaan peminat diseluruh dunia. Menampilkan kemunculan Markus Feehily, Shane Filan, Nicky Byrne dan Kian Egan.

Sebuah dokumentari bertajuk Tabin berkongsi memaparkan kepelbagaian spesis yang unik dan eksotik yang mendiami hutan belantara Tabin, Lahad Datu, Sabah. Diikuti sebuah lagi dokumentari, Ibrah yang memaparkan anak muda dari Larkin, Johor Bahru, penerima Anugerah Belia Negara 2011 dan Tokoh Belia ASEAN (2011) iaitu Encik Mohammad Rizan Hassan.

Saksikan persembahan kehebatan penyampai-penyampai radio RTM seperti MinnalFm, Radio Klasik, Nasionalfm, Traxxfm, Minnalfm, Asyikfm, KLfm, Sabahfm dan Sabahvfm dalam Konsert Aktif 7 yang diadakan di Kota Kinabalu, Sabah. DJ yang menyertai konsert ini Ravin, Odey Petra, Kathy, Muaz, Mary, Ady, Khai dan Sonic. Saksikan juga persembahan oleh artis-artis popular tanah air seperti Dayang Nurfaizah, Mus May, Firman, Adira, Fourteen, Fairuz Misran, Tracy Woon, Dino Menara juga DJ Sabahfm dan DJ SabahVfm.

Untitled

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Saw Teong Hin Kini Gigih Arah Filem YOU MEAN THE WORLD TO ME

Bintang K-POP J.HEART Teruja Untuk Berlakon Di Malaysia