Isu DVD Seks Pemimpin MCA & Menteri Kabinet: Chua Soi Lek Mengaku
Gempar dan kecoh juga apabila dvd hubungan seks yang diedarkan di negeri Johor beberapa hari sebelum tahun baru itu dikatakan melibatkan Naib Presiden MCA yang juga anggota kabinet dan Menteri Kesihatan. Dan hari ini, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek telah mengaku bahawa beliau adalah lelaki dalam pita video rakaman aksi hubungan seks bersama seorang wanita. Di mana wanita itu adalah kawan baiknya. Walaupun isu dan kontroversi ini memalukan dirinya, Dr Chua tidak sekali-kali melepaskan jawatan dalam kerajaan dan parti.
Video hubungan seks itu tidak dirakam oleh beliau sendiri tetapi dirakam oleh orang yang mempunyai agenda poliitik yang mahu menjatuhkannya. Melihat pada video itu, terang-terangan rakaman itu adalah dirancang oleh pihak tertentu. Dr Chua memohon maaf kepada semua rakan sejawatan, penyokong dan semua rakyat Malaysia. Dr Chua bernasib baik kerana isteri dan keluarganya masih memberi sokongan yang tidak berbelah bagi. Beliau juga merayu kepada media agar memberi ruang kepada keluarganya semasa mengharungi saat-saat yang getir ini.
Moral of the story: Sebelum anda melakukan seks dengan pasangan anda di hotel atau di mana-mana, sila periksa semua tempat termasuk atas syiling, dalam almari, takut-takut ada kamera tersembunyi.
Technorati Tags: dvd seks, hubungan seks video, pemimpin mca, menteri kabinet, chua soi lek video, rakaman video lucah, tips kiss, kissing mood, foreplay tips, strategy politic, webcam, photo chua soi lek, klip video chua soi lek, kabinet dapur ikea, seksual orentasi, skandal vip, pelacur kelas atasan
Tags: Berita, chua soi lek video, dvd seks, foreplay tips, hubungan seks video, kabinet dapur ikea, kissing mood, klip video chua soi lek, menteri kabinet, pelacur kelas atasan, pemimpin mca, photo chua soi lek, rakaman video lucah, seksual orentasi, skandal vip, strategy politic, tips kissBaca artikel lain yang berkaitan:













January 1st, 2008 at 11:04 pm
dah takde privacy lagi… bahaya dok hotel…
January 1st, 2008 at 11:15 pm
Laa dia ke, Menteri Kesihatan tuh, aih takkan tak letak jawatan kot, muka tembok apa dia nih
January 2nd, 2008 at 6:36 am
Walaupun periksa semua tempat, tapi takutlah pd Allah swt yg sentiasa memerhatikan kita. Sempatkah kita bertaubat pd masa itu, krn sekiranya ajal
menjemput, terseksalah kita di alam barzakh.
January 2nd, 2008 at 7:43 am
tk malu betui menteri mca tu… PM kalau tk bertindak nampak mcm penakut, al ghazali, al shafie yg ku cari…top-top dpt menteri sendiri yg kuch-kuch ho.. taik.
January 2nd, 2008 at 1:08 pm
Nak komen lebih-lebih pun tak guna juga, sebab dia ni bukannya orang Islam…tapi dari segi moral memang terjejas teruk sebab nampak sangat dia mengkhianati isterinya… pulak tu dengan kawan baik sendiri, so mesti isteri dia pun kenal…
January 2nd, 2008 at 4:21 pm
biar la die nk wat pe2 pn..bukan melanggar hukum agama die pn..hohoho..no comment wif this isu!!
January 3rd, 2008 at 10:31 am
ala.. stakat kantoi sex ngan makwe dia.. ok lg..kat mlaysia ni ramai lg org yg wat sex.. kat hotel…kat tandas…kat tman pun ade…termasuk la ahli politik ker..ahli kelab catur sekolah ker…. artis ker.. budak2 skrang siap buat rakaman sdiri lg….. kes ni kira salah satu kes dari berjuta-juta kes la…yg buat dia panas sbb dia ni ahli politik… tu jer.. dan yg paling ketara… skrang ni org boleh lakukan apa2 jer utk jatuhkan kita…even our own friend..aper2 pun aku respek kat dr. chua sbb brani ngaku…n letak jawatan.. coz ur the man hehehee..bagi yg buat rakaman tu… syabas kerana berjaya… tp sbnar nya pengecut hahaa…..kepada mana2 ahli politik kat luar tu hati2 la…kalu nak wat benda x bermoral pun pandai2 korang la..tp lebih baik korng jd sorang yg bermoral… hehheee…. aper yg aku merepek ni la…hehe ok gua chow dulu
January 3rd, 2008 at 4:34 pm
CSL ke B(bukan nama sebenar)..??

tak berapa jelas.. susuk tubuh mcm je!!
January 3rd, 2008 at 4:46 pm
semoga semua rakyat msia ambik iktibar dr kes nih…
January 3rd, 2008 at 6:39 pm
Sila lihat lebih gambar dan Klips
MORE PICS & Video – Dr Chua Soi Lek Resignation & Naïve Assumption on Public Acceptance of Confession; Reactions; Hobson’s Choice on Moral Grounds and Negative public feedback & reactions; Resignation: - Responsible, wise and apt – by others and
women’s rights activist Zaitun Kasim. “Is it for the public to make these decisions?” she asked, stating firmly that the real crime is in the invasion of privacy, rather than adultery. More details
Go H E R E
January 3rd, 2008 at 7:40 pm
Banyak lagi ke menteri lain yang ada video-vidoe yang masih disimpan?
January 4th, 2008 at 2:21 am
Tengok muka tu nerd habis tapi…..air yang tenang jangan sangka tak de buaya ye tak??
January 4th, 2008 at 7:52 am
Ala x palah….apa-apa pun gua respeck kat dia coz dengan tenang dia mengaku…itu barulah berani buat,berani tanggung….x dalah mcm yg selalu kita dengar tu….klu dah ada hasil@puas tinggallah sipulan tanggung masalah ngan sendiri….lagipun itukan life dia,kita nak kecoh apa hal…x da kena mengena ngan kita, kerja dia so far ok….juga, x juga kita dengar yang dia salah guna kuasa…Betui tak???
Cuma yang saya terkilan Hotel yang tempat dia di kantoikan….mesti subahatkan dlam pembikinan video beliau….eh ini lagi satu penyakit..kot-kot nanti gmbr family kita yang keluar x kah kita kantoi….eh takutnya aku menginap kat hotel……
January 4th, 2008 at 11:54 am
Moral individu bukanlah diukur kepada bangsa, ugama atau budaya harian tetapi pegangan yang menjadi amalan untuk melakar kehidupan bermasyarakat. Sebagai pemimpin masyarakat dan negara perbuatan tersebut menlanggar prinsip kerukunan rumahtangga serta keindahan budaya timur yang menjadi alaman rakyat Malaysia. Amalan sex sebagai habuan untuk yang berjawatan penting adalah lumrah bagi golongan tersebut hanya masa akan menentukan giliran yang bertopengkan insan murni diadili. Jangan menunding jari kepada pengurusan hotel dengan permasangan cctv tetapi kemudahan teknologi yang canggih mengatasi segalanya. Janganlah mempersalahkan pencerobohan ‘privacy’ tetapi amalan serta perbuatan yang menjadi ukuran. Persoalan yang menjadi tanda tanya rakan peribadi dalam usia 20an?
January 4th, 2008 at 7:59 pm
mane nak dapat dvd tu yerk……………….
January 4th, 2008 at 10:50 pm
ntahlah…mcm2 berlaku zaman skrg ni.semua kena berhati2 dalam setiap keadaan dan tindakan.kdg-kdg ada yang tidak melakukan menjadi mangsa apatah lagi kalau btl2 berlaku.huh..takut…takut..pendek kata kita hidup di zaman sekarang yang serba canggih ni kena berwaspada kerana setiap langkah kita diperhatikan.
January 5th, 2008 at 9:08 am
dunia sekarang memang dh terbalik. orang yg buat tak senonoh disanjung.. tapi yg dedahkan keburukan di tangkap….fikir fikirkan lah….hidup islam hadari…..hati hati…jangan salah guna kuasa untuk menutup keburukan anda semua
January 6th, 2008 at 12:12 am
Dalam agama Islam dan moral beliau memang ada salah,tetapi kalau kita menggunakan pandangan tugas yg dilaksanakan oleh Datuk Seri.Chua beliau memang seorang menteri yg cukup rajin dan bertanggugjawab.Rakyat Malaysia perlu orang ya bakat utk pemerintah.Selain itu, orang yang mengambil gambarnya moralnya sangat teruk.
January 6th, 2008 at 4:02 am
Kesian warga Kementerian Kesihatan menterinya macam tu .Ramai yang bekerja keras sebab nila setitik rosak susu sebelanga. Sabar dengan dugaan tuhan, mereka yang menjalankan tugas dengan ikhlas teruskan perjuagan. Membantu orang sakit amalan yang soleh, pahala diterima Allah.
Kalau buat silap jangan salahkan orang lain . Pegangan Agama penting.Kehidupan peribadi ada kaitan dengan khidmat masyarakat.Kena jaga dua dua.Mata masyakat kepada semua Kementerian.
January 8th, 2008 at 10:50 am
Saya berasa kesihan kepada Menteri ini kerana beliau pula yang ‘terkena’ dan tidak bernasib baik. Sedangkan beliau adalah Menteri yang berwibawa dan Menteri yang bekerja keras untuk Kementeriannya. Kesal Hotel itu.. kenapa perkara ini berlaku. kenapa mereka merakam perbuatan ini sehingga menjatuhkan maruah orang lain.. Orang yang merakam aksi itu adalah ‘orang yang paling hina’… dan hotel tu..nampaknya…akan jatuh bangkrap lerr…..buleh gulung tikar…
January 10th, 2008 at 12:16 am
bagus la die nngaku..
klu aku pn x berani wat g2..
hehehehehe
January 10th, 2008 at 10:06 am
pada aku lar kan memang patut dia letak jawatan….tu balasan bagi org yg wat salah…wlu apepun agama dan bangsa dia x leh wat camtu coz menjejaskan diri, keluarga, agama dan negara. kita tak perlukan peminpin yang pandai wat keja jer tapi takda moral……biar seimbang dr segi rohani dan jasmani
January 10th, 2008 at 11:43 am
apa nk kalut sgt dia tu org kafir biasa la klu org melayu yg buat cam tu sampai bersumpah 2 x nk mengaku apa la bengong la masyarakat skang ni tgk cam dia gentle la yg org melayu kalut naper dia cina besa la….bawak2 la berfikir sebelum nk kata kan org…huhuhuhuhuhuhuh
January 13th, 2008 at 12:49 am
Saya terharu dengan seruan Khairy Jamaluddin ‘ Jangan Panggil Indon’. Kami orang di Johor Bahru dapat menonton 4 siaran television Indonesia seperti RCTI, SCTV, TPI dan Indosiar. Kes Rela terslap tangkap pendatang asing yang melibatkan pegawai Kedutaan telah sangat di perbesarkan di RI sehingga ada Demonstrasi dengan membakar Bendera Malaysia. Terakhir Malaysia di tuduh merampas kesenian Indonesia ( Reok Ponorogo ) sehingga keluar perkataan dari mulut Rakyat Indonesia, ‘Kita Serang Malaysia”. Kita terlalu berlembut dengan RI sedangkan rakyat RI sendiri tidak pernah berterimakasih kepada negera kta Malaysia yang benyak membantu mereka. Apa lagi nak kita beriya-iya sangat mengambil hati mereka. Hampir setiap minggi ada kata sindiran samada melalui berita TV atau ruangan hiburan dll. Patut-patut lah kita melayan mereka, jangan keterlaluan.
January 16th, 2008 at 10:57 am
kes ni mengingatkan aku pada kes anwar ibrahim..time dia ” DITUDUH ” meliwat siap usung tilam ke mahkamah..tapi bila kes yg terbaru ni, rata2 org menganggap dr chua ni sbg hero hanya kerana dia mengaku lelaki dlm dvd tu.moral of the story..nampaknye kalau org tu dr kalangan org2 kerajaan mcm xde slahnye buat benda2 mcm tu..tapi cuba kalau kontra kerajaan mesti meletop punye..
January 16th, 2008 at 6:36 pm
pape pun lu gua respect..mana ada olang blani ngaku main tp u brani la..gua suspect r kat lu
January 17th, 2008 at 9:45 am
inilah islam hadhari
January 17th, 2008 at 10:24 am
KECIAN KAN MENTERI KESIHATAN DA X DOK PANGKAT DA KEJAP JE KALAU TUHAN 2 NAK AMBIL KITA PUNYA JAWATAN YANG DI BANGA KAN 2 SO KALAU NAK JAGA KESIHATAN BEAMPUT LA BANYAKK OKKKK KITA KENA TIRU MACAM MENTERI KESIHATAN 2222
January 18th, 2008 at 9:25 pm
Biasalah…..Permainan.Masing-masing nak menang.
Tak mahu kalah.Cari jalan nak menang.
macammanapun…ini berlaku kerana bersebab.
mungkin;
1-PERMAINAN POLITIK
2-UGUTAN TAK TERLAKSANA
3-SAKIT HATI DARI TEMAN WANITA LAIN
4-JANJI TIDAK TERTINAI
…………..Terjadilah apa yang terjadi sekarang……
January 18th, 2008 at 10:06 pm
aku org kecil,ko org beso……so kte diam2 suda,kte pun same gak kn…..huhuhu……ni smua sbb duit,duit adalah sglanyeeeeeee…aku pun cm ko gak tp x kantoi bab aku x berduit…idup dr.chua,aku sokong dia sbb dia amalkn “american style”
February 2nd, 2008 at 4:02 pm
chua soi lek tu cine, ape nk heran klu dia bromen, yg teruknye ade pulaj pemimpin pas yang kantoi khalwat, buat malu melayu dan islam je,tp bile naik mahkamah,mahkamah pulak ckp dia tk bersalah……..klu dah duduk dua org tanpa maharam dalam satu bilik, ape hukumnye?
February 23rd, 2008 at 12:39 pm
actually x baek wat benda ni malu beb! as politician person must be showed a good attitude to people….tp banda da jd nk wat cmne…nk diikutkn da ramai org2 ternama wat mcm ni.nasib baek dia chineese kalu pemimpin islam wat mcm ni xtawla nk ckap ooi……
February 28th, 2008 at 8:38 am
“american style” wak lu.jgn la bengap sgt sang kerdil oiiiiiiiiiiiii.awktu dah la kerdil,tak berduit plak…………..perangai mcm hampehhhhhhhhhhhh
April 21st, 2008 at 3:33 pm
ad lg ker aksi lucah menteri kesihatan yg buat kerja x senonoh 2??
dunia skrg ni dah terbalik agaknya, org yg buat salah disanjung, org yg buat baik diburuk-burukkan…
Ini terjadi mgkn :
1)gilakan pangkat
2)rasuah
3Gila seks
4)Tamak
November 9th, 2008 at 1:01 am
sya xkesah sgt psl hal menteri nii..hal kecik jer 2.sya ska mteri ni coz dia ni mteri yg rjin n btgjwb.yg ptg ngara kta ni aman.yg ptg kita x ggu org.sya caya rmai yg lain cm 2 gak.all type of malaysian.hmm..bt,not include me.