in

Ujibakat GangStarz Musim Kedua Kembali Lagi

GangStarz musim ke-2 kembali lagi. Kali ini 5 buah negara akan bertanding. Berbanding dengan 3 buah negara pada musim pertama. Sekaligus, memberikan peluang keemasan kepada bakat-bakat kumpulan berbakat dari warga Filipina dan Thailand menyertainya. Pada musim lepas, Malaysia, Indonesia dan Singapura telah berentap dan kemenangan berpihak kepada kumpulan The Lima dari Indonesia.

Kini, ujibakat untuk memilih kumpulan terbaik dari setiap negara sedang berjalan. Ujibakat ini terbuka kepada kumpulan vokal yang ahlinya berumur antara 16 hingga 28 tahun. Maklumat dan borang penyertaan boleh didapati di laman web TV3 iaitu http://www.tv3.com.my. Ujibakat Gang Starz yang menawarkan hadiah utama bernilai USD100,000 (RM350,000) ini bermula di:

  1. Hotel Cititel, Pulau Pinang pada 5 dan 6 Januari 2008
  2. Hotel Promenade, Kota Kinabalu, Sabah pada 12 dan 13 Januari 2008
  3. Persada Johor, Johor Bahru pada 19-20 Januari 2008
  4. Merdeka Palace, Kuching Sarawak pada 26-27 Januari 2008
  5. Tingkat 6, Berjaya Timesquare, Kuala Lumpur dan Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral, Selangor pada 2-3 Februari 2008

[tags]ujibakat gangstarz, audition gang starz, audisi, the lima profile, tv3.com, realiti tv[/tags]

What do you think?

73 Points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Leave a Reply

Loading…

0

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Isu DVD Seks Pemimpin MCA & Menteri Kabinet: Chua Soi Lek Mengaku

David Teo: Personaliti Dunia Hiburan 2007