in

Ucapan Selamat Tahun Baru 2008

Bring out the old, Bring in the new, A wish to share with you, It’s new year’s eve & hopes are high, Dance one year in, Kiss one goodbye, another chance, another start, so many dreams to tease to leave the heart. May I wish you a perfect year in 2008!

Selamat tahun baru 2008 kepada semua pembaca sekalian. Syukur pada Tuhan kerana dengan izinNya, jemari Budiey masih lagi dapat menari di papan kunci, menitipkan salam di hari pertama tahun 2008. Hari ini 1 Januari 2008 dan hanya tinggal 7 hari lagi Blog Sensasi Selebriti akan genap 1 tahun! Segala onak duri dan pengalaman pahit manis yang telah kita lalui di tahun 2007 pastinya akan diambil sebagai iktibar dan pengajaran.

Mengenangkan segala kenangan dan perjalanan hidup sepanjang 2007, Budiey rasa sayu dan terharu kerana segalanya cukup berharga bagi saya. Andai dapat saya undurkan masa, ingin sekali saya merubah segala kesilapan… namun, mana bisa segalanya itu akan dapat kembali lagi.

Semoga tahun 2008 memberi sinar harapan dan kebahagiaan yang berterusan buat anda semua. Ciptalah azam dan tekad untuk terus mengorak langkah dengan lebih gagah dan tabah untuk mencipta kejayaaan yang lebih gemilang. Moga-moga kejayaan dan kecemerlangan dapat kita kecapi bersama-sama.

Budiey sebagai pengarang Sensasi Selebriti dan Azwan sebagai pembantu pengarang ingin memohon maaf seandainya tulisan Budiey di tahun 2007 yang lalu menyentuh hati dan mengguris perasaaan pembaca sekalian.

Terima kasih kerana masih lagi setia untuk berkongsi rasa dan kehangatan dunia selebriti bersama kami.

[tags]ucapan tahun baru 2008, 2009 kalendar, mms ucapan, facetalk, wishing, matematik, events 2009, malaysia tourism, video seks, chua soi lek, klip video lucah menteri, youtube clip madonna, gambar bunga api, konsert klcc, petronas, ucapan tahun baru, tahun baru cina e-card, greeting sms voice[/tags]

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Terima Kasih Kepada Sponsor Bulan Disember 2007

Isu DVD Seks Pemimpin MCA & Menteri Kabinet: Chua Soi Lek Mengaku