Home HOME | My Jurnal | My Few.net | Foto Blog | Tips Money | Who Linked Me | Enter-tainment | Contact Me | Arkib | Bookmark (Ctrl+D)



















[ Lebih 20 ribu pembaca setiap hari! Iklankan produk anda di Sensasi Selebriti! Klik Sini! ]





Iqram Dinzly Dalam Drama Anak Mak

KISAH GRADUAN MENGANGGUR DALAM DRAMA ANAK EMAK MENGISI SLOT CITRA PADA 21 NOVEMBER 2008 DI RTM2

Hujung minggu ini, Radio Televisyen Malaysia (RTM) menghadiahkan anda peminat setia slot tontonan ramai Citra dengan realiti kisah graduan yang biar pun telah menamatkan pengajiannya namun masih tercari-cari haluan hidupnya memilih pekerjaan yang sesuai untuk jaminan masa depannya menerusi Anak Mak disiarkan pada Jumaat (21 November 2008), jam 10.00 malam di RTM2.

Drama terbitan Television Airtime Services ini mempertaruhkan watak utamanya, aktor yang sedang meningkat naik, Iqram Dinzly bergandingan dengan pelakon wanita Nisha Dirr membawakan watak pasangan kekasih.

Namun hakikatnya drama kekeluargaan ini banyak mengetengahkan babak antara si anak lakonan Iqram Dinzly dengan watak ibunya yang dibawakan dengan berkesan oleh Fetty Dzul selain kemunculan Razali Hussain menjadi watak pendukung utama.

Anak Mak mengajak penonton berkongsi kisah pengajaran pemuda bernama Iskandar yang baru menamatkan pengajiannya dalam bidang perniagaan daripada sebuah universiti. Namun Iskandar yang sememangnya begitu meminati bidang muzik masih tercari-cari haluan hidupnya hingga tidak terfikir pun untuk mencari sebarang pekerjaan sesuai dengan kelulusannya.

Saban hari Iskandar hanya sekadar menghabiskan masa dengan menyertai teman-temannya berlatih muzik di sebuah studio milik teman baiknya, Azrai. Segala perbelanjaannya ditanggung sepenuhnya oleh ibunya, Puan Rokiah.

Situasi itu menimbulkan rasa kurang senang abangnya, Azmir dan Sarah, kakaknya. Begitu juga oleh Aleya, kekasihnya yang sebolehnya mahu Iskandar berdikari demi masa depan mereka kelak. 

Tetapi perkara itu hanya diambil mudah oleh Iskandar. Malah bagi mengelakkan dirinya menjadi mangsa leteran ibunya, Iskandar memutuskan menerima tawaran Azrai untuk bekerja di studionya dan menginap terus di situ.

Tetapi segalanya tidak lama apabila satu hari Iskandar pulang ke rumah dengan beg pakaiannya. Puan Rokiah menyangkakan anak bongsunya mula sedar kesilapannya dan ingin berubah. Tetapi sebaliknya, Iskandar yang sememangnya terkenal dengan sikap ’anak emak’ nya pulang ke rumah kerana mahu Puan Rokiah membasuhkan semua pakaian kotornya.

Puan Rokiah tidak sampai hati mahu mengabaikan permintaan anak bongsunya itu walaupun tindakannya itu tidak dipersetujui oleh Azmir dan Sarah yang mahu adik mereka belajar berdikari.

Malah apabila Iskandar jatuh sakit, Puan Rokiah bersusah payah meluangkan masa menjaganya dengan sepenuh tumpuan. Tetapi apabila sembuh, harapannya hampa apabila tingkah laku Iskandar yang manja dan suka mengharapkan ibunya masih tidak berubah.

Cuma apabila Aleya memutuskan untuk berpisah dengannya, barulah Iskandar terkejut. Begitu pun sikapnya berubah menjadi seorang yang kuat termenung dan hilang semangat. Azrai antara individu yang terapat dengannya memberi amaran kepada Iskandar supaya berubah sebelum keadaan jadi bertambah melarat.

Apakah perkara yang berjaya mengubah pendirian Iskandar? Dapatkah Iskandar merubah sikapnya yang selama ini begitu bergantung kepada emaknya?

Untuk mengetahui kesudahannya, pastikan anda meluangkan masa menonton drama menarik mencuit hati yang sarat pengajaran terutama kepada para graduan ini menerusi drama Anak Mak disiarkan pada Jumaat (21 November 2008), jam 10.00 malam mengisi slot Citra di RTM2.

Tags:

Baca artikel lain yang berkaitan:
  • Majlis Minum Petang High Tea Lord’s Tailor di Hotel Genting
  • Sekitar Pra Tonton Drama Demi Masa Lakonan Sheila Rusly
  • Sinopsis Drama Drama Demi Masa Lakonan Iqram Dinzly
  • Gambar Selebriti di HIGH TEA LORD’S TAILOR
  • Sinopsis Filem Evolusi KL Drift Lakonan Fasha & Farid Kamil
  • Drama Enigma Lakonan Farid Kamil & Fouziah Gous
  • Fahrin Ahmad, Iqram Dinzly, Julia Hana, Salina Saibi Dalam Slot Sinar Pelangi
  • Drama Susuk Musim Kedua Lebih Menyeramkan?
  • Gambar Selebriti di Majlis Berbuka Puasa Tayangan Unggul & Astro Shaw
  • Rabbani, Ikram Dinzly, Zek Zaidi Di Kesyukuran Dalam Kemeriahan Ramadan Al-Mubarak



  • 3 Komen untuk entri “Iqram Dinzly Dalam Drama Anak Mak”

    1. kiki kata:

      Tak sabar nak tgk iqram berlakon..best..hensem..berbakat..

    2. june kata:

      leh tengok leh tengok…

    3. tutankhamun kata:

      siapa pelakon lelaki yang memegang watak Fairuz dalam drama Anak Mak tu? Nampak cam muka baru? Tertanya-tanya sampai sekarang…

    Sila tinggalkan komen anda di sini:




























































































































































































































































































    Support Our Sponsors:














    Sensasi Selebriti
    proudly hosted & sponsored
    by SERVERFREAK