in ,

Inilah Kenyataan Dari Kekasih Hanez Suraya Romie Razin Adilha

Semasa Majlis Sidang Media tergempar yang diadakan di One World Hotel, pada petang Rabu lepas, suami kepada Nurliyana Abd Manan, Romie Razin Adilha ada berkata:

“Pertama sekali, saya ingin memohon maaf di atas semua perkara yang timbul dan ingin memberitahu kepada semua tujuan sidang media hari ini bukan untuk mengaibkan sesiapa. Saya mengenali Hanez pada Disember 2013, rumah tangga kami bermasalah sejak 2011, dan isteri saya (Nurliyana) sendiri memfailkan cerai sebanyak dua kali iaitu pada April 2011 dan Oktober 2013.”

Kekasih Hanez Suraya

Romie yang sebelum ini hanya dikenali sebagai R, ada di antara dakwaan yang dikeluarkan isterinya kepada salah sebuah akhbar hujung minggu baru-baru ini tidak benar.

“Saya minta maaf kerana segala kenyataan yang dikeluarkan oleh isteri saya adalah tidak benar . Bagi saya orang yang sedang marah tidak boleh memberikan kenyataan dengan betul. Saya mengenali Hanez selepas rumah tangga saya bergolak. Jadi saya harap, janganlah ada sesiapa yang kaitkan punca keretakan rumahtangga ini dengan Hanez lagi.”

Sementara itu Hanez Suraya yang hadir ditemani peguamnya, Wan Nurliyana Abdul Rahman akui agak tertekan selepas timbulnya kontroversi ini.

“Hubungan mereka sudah bermasalah sebelum saya mengenali Romie. Saya tidak mengganggu rumah tangga sesiapa. Jika mereka masih bahagia, saya tidak akan teruskan hubungan dengannya. Sejak awal lagi Romie jujur dengan saya…Dia telah menunjukkan keikhlasan dirinya dan dia bawa saya kenal dengan keluarga dan anaknya. Jadi perkara itu buat saya yakin dan dia juga sudah berjumpa dengan keluarga saya.”

Tambah Hanez lagi, sejak kenyataan dikeluarkan Liyana baru-baru ini ramai yang telah menghina dan mencacinya.

“Saya sedih kerana mereka menghakimi sebelum tahu cerita di pihak saya. Sebab itu saya tampil dengan sidang media ini untuk membersihkan kembali nama saya.”

Menjawab soalan media tentang sama ada pihaknya mahu Nurliyana membuat permohonan maaf atau pun tidak peguam Hanez, Wan Nurliyana menjelaskan jika perkara itu berterusan pihaknya akan memikirkan tindakan seterusnya.

“Kalau perkara ini berlarutan, baru kami akan fikirkan. Tapi kalau pihak sana rasa mereka sudah bersalah, mereka harus mohon maaf.”

Dalam pada itu Hanez menambah, “perkara ini sudah melibatkan keluarga saya, melibatkan semua orang juga kerana satu Malaysia sudah tahu. Dia melakukan ‘pendedahan’ secara terbuka, jadi kalau pihak sana ingin memohon maaf, saya mahu secara terbuka juga.

“Mengenai tempoh pula, pihak saya dan peguam akan melihat dahulu bagaimana situasinya. Kalau mereka enggan memohon maaf, kita akan lihat dulu macam mana, belum tahu lagi,” katanya.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Review Hotel Indonesia Kempinski Jakarta

Rey Kimara Suria Fm Sabah Akhiri Zaman Bujang