in ,

Ifa Raziah Nafi Bedah Muka Untuk Nampak Cantik

PENYANYI dangdut, Ifa Raziah nafi melakukan pembedahan plastik susulan dakwaan sesetengah peminat melihat ada perubahan pada wajahnya yang semakin runcing dan berseri.

Sebaliknya jelas penyanyi itu, dia hanya melakukan rawatan wajah biasa sama seperti yang diamalkan wanita lain selain turut bertemu pakar bagi merawat masalah kulit sensitif.

Ifa Raziah

“Saya hanya melakukan rawatan kulit dan facial seminggu sekali sahaja. Selain itu, selalu juga berjumpa doktor kulit kerana ada masalah kulit sensitif.

“Saya tidak kisah orang nak gelar saya ‘sailormoon’ ke apa-apa sekalipun, saya bersyukur kerana semakin cantik dan sihat serta nampak muda bukan kerana saya buat pembedahan muka atau sedut lemak tapi disebabkan keikhlasan dan kejujuran hati,” jelasnya dipetik mStar Online.

Malah penyanyi yang pernah terkenal menerusi lagu, Ser Ser Ser ini turut menegaskan perubahan pada bentuk badannya yang kelihatan lebih ramping adalah disebabkan pengamalan gaya pemakanan yang sihat.

“Dulu saya suka berzumba tapi sekarang kekangan masa, jadi kena jaga pemakanan hari-hari. Paling penting kena minum air putih banyak. Saya juga tidak makan daging dan makanan laut kecuali ikan,” tegas Ifa.

Ditanya mengenai komen-komen netizen di laman sosial mengenai dirinya, Ifa berkata sudah menjadi lumrah sebagai seorang selebriti dimana setiap gerak geri pasti menjadi tumpuan.

Sumber: Mstar Online

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Rozita Che Wan Lancar Produk Baru QURUS CHE TA

Netflix Bakal Menerbitkan Siri Baru Berdasarkan Komik Frank Miller