in , ,

Ida Nerina Pulang Ke Malaysia Suami Dakwa Lafaz Cerai

Pelakon Ida Nerina dilaporkan telah pulang ke Malaysia. Suami pelakon ini telah mendakwa bahawa dia sudah melafazkan cerai pada 22 September 2009 lalu.

Pelakon terkenal, Ida Nerina Hussain telah pulang ke tanah air selepas menjalani rawatan tulang belakang di India.

Pelakon filem ‘Susuk’ dan ‘Anak’ itu sebelum ini pernah menjalani rawatan membetulkan tulang belakangnya di Pusat Perubatan Universiti Malaya di sini.

Peguamnya, Akbarden Abdul Kader ketika ditemui selepas perbicaraan kes cerai Ida dengan suaminya, Sha’arin Mohd Razali di Mahkamah hari ini berkata, Ida bagaimanapun masih belum boleh berjalan lagi walaupun kesihatannya beransur pulih.

“Dia telah kembali ke tanah air. Sekarang dia sedang mendapatkan rawatan di sini. Saya akan jumpa dia pada hujung minggu ini. Dia kata akan datang ke mahkamah pada minggu depan,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Ida tidak hadir ke mahkamah hari ini sementara Sha’arin yang hadir dalam keterangan bersumpahnya memberitahu Hakim Syarie Mohd Yunus Mohamad Zin bahawa sebelum itu isterinya pernah mengusirnya keluar rumah dan minta diceraikan.

Bagaimanapun, Ida dalam perbicaraan terdahulu mendakwa dia tidak mendengar lafaz tersebut dibuat.

Dalam pada itu, Ida, 45, mengalami kecederaan tulang belakang selepas dilaporkan terjatuh ketika menaiki tangga di kediamannya di Persiaran Syed Putra, 21 Jun tahun lalu.

Ida, aktres kelahiran Middlesex, England dan Sha’arin berkahwin pada 2 Jun 2006 dan ia merupakan perkahwinan kedua bagi pasangan ini.

Pasangan itu tidak mempunyai anak tetapi Sha’arin mempunyai dua orang anak iaitu Narissa, 14, dan Arman, 8, melalui perkahwinan pertamanya.

Suami Ida Nerina Dakwa Lafaz Cerai

KUALA LUMPUR: Suami pelakon Ida Nerina hari ini memberitahu Mahkamah Rendah Syariah di sini hari ini bahawa dia melafazkan cerai selepas bertengkar dengan isterinya itu pada 22 September 2009.

Plaintif, Sha’arin Mohd Razali dalam keterangan bersumpahnya memberitahu Hakim Syarie Mohd Yunus Mohamad Zin bahawa sebelum itu defendan mengusirnya keluar rumah dan minta diceraikan.

Dakwanya, insiden itu berlaku kira-kira pukul 11 pagi dan bertempat di bilik tidur rumah pasangan itu yang terletak di Metropolitan Square, Bukit Damansara Perdana.

“Baiklah, saya ceraikan kamu,” katanya ketika disoal oleh peguamnya, Mahyuddin Md Zahari.

Bagaimanapun, Sha’arin yang juga bekas pemuzik kumpulan Blackrose itu memberitahu dia tidak menyatakan jumlah talak yang dilafazkan kepada isterinya.

Sejurus itu katanya, dia telah mengarahkan pembantu rumahnya mengemaskan barang kepunyaannya sebelum keluar dari rumah itu.

Dia berkemeja lengan panjang berwarna putih dan berkaca mata gelap hadir bersama seorang temannya manakala Ida tidak hadir.

Ida yang tidak hadir bagaimanapun diwakili oleh peguamnya, Akbarden Abdul Kader.

Prosiding hari ini menyaksikan Mahyuddin menyoal balas anak guamnya, Sha’arin berhubung lafaz cerainya.

MAHYUDDIN: Ceritakan apa yang berlaku pada pagi berlakunya pertengkaran tersebut?

SHA’ARIN: Selepas pertengkaran itu, defendan (Ida) telah suruh saya keluar dari rumah dan suruh saya ceraikannya. Saya tidak ingat butiran katanya tetapi maksudnya hampir sama dengan ‘Kalau begini, ceraikan saya sahaja.’

MAHYUDDIN: Adakah lafaz cerai itu dibuat sebelum atau selepas diusir keluar dari rumah?

SHA’ARIN: Sebelum defendan suruh saya keluar dari rumah.

MAHYUDDIN: Apakah yang dilafazkan selepas itu?

SHA’ARIN: “Baiklah, saya ceraikan kamu”.

MAHYUDDIN: Sebelum kejadian itu, pernah lafazkan cerai dengan defendan?

SHA’ARIN: Tidak pernah.

MAHYUDDIN: Bagaimanakah keadaan Sha’arin semasa melafazkan cerai itu?

SHA’ARIN: Normal, waras, tidak tertekan dan ada sedikit marah tetapi tidak sampai tahap gila.

Sha’arin juga memberitahu bahawa dia membuat lafaz cerai itu tanpa ugutan defendan, orang lain serta di bawah pengaruh apa-apa bahan yang mengkhayalkan.

Sementara itu, dia ketika menjawab pertanyaan Mohd Yunus berkata, dia beranggapan isterinya dapat mendengar lafaz cerainya dengan jelas walaupun Ida tidak menunjukkan apa-apa reaksi.

Mohd Yunus kemudian menetapkan 21 April ini untuk mendengar keterangan defendan.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Revolusi Petua & Teknik Sunsilk Bersama Pakar Rambut Dunia

Ezlynn Patah Kaki Kerana Tic Tac Toe?