in

Ezlynn Patah Kaki Kerana Tic Tac Toe?

Semalam, Budiey sempat menemubual seorang penyanyi & pengacara yang dah lama tak muncul, Ezlynn Ariffin.

Tup tup tup… semalam muncul bersama tongkat berwarna pink di Majlis Pra Dengar Pilihan Terbaik 10 – Alibi Music di Red Box, The Garden, Mid Valley City. Ramai yang tertanya-tanya, apa dah jadi dengan Ezlynn hingga dia terpaksa menggunakan tongkat untuk berjalan? Budiey perhatikan boleh dikatakan semua media menemubual Ezlynn… Mmm… maklumlah lama tak muncul.

4519660120 17A2709A09 O | 4

PATAH KAKI ATAU PATAH HATI?

Menurut Ezlynn, kalau nak kira, beliau kena berlakon dalam drama Hotel Mania untuk watak Mar yang dipegang oleh Marsha. Namun, malang tak berbau, pada hari pertama shooting Hotel Mania, Ezlynn terjatuh dari tangga di rumahnya.

Jadi, apabila doktor periksa, didapati kakinya cedera dan patah. Nak tak nak, watak Mar terpaksa diserahkan kepada Marsha. Rezeki Marsha. Tapi dengar-dengarnya, kecoh dan kalut juga produksi masa tu sebab hari pertama dah kena cari pelakon baru sebagai ganti. Tapi nasib baik hari pertama, kalau jadi hari ketiga atau ke empat ke, macamana? Lagi kalut.

4519024311 7Fb6D0193D O | 5

Namun, Ezlynn seorang yang tabah dan kuat. Cayalah Ezlynn.

Ezlynn yang dulunya di bawah KRU Music kini berada di bawah naungan Alibi Music di mana pengurusan masih diuruskan oleh syarikatnya sendiri, Ezlynn Entertainment Sdn Bhd. Kini, beliau masih menjadi duta, model dan jurucakap produk kecantikan dan penjagaan diri, Shurah.

Jadi, sementara menunggu kakinya pulih, Ezlynn banyak menghabiskan masa di rumah melayan peminatnya melalui Facebook. Setakat ini, dah 3 akaun Facebook Ezlynn buka untuk peminat. Selepas penuh dan cukup 5 ribu orang, nak tak nak kena buka akaun sekali lagi. Kata Ezlynn, peminat tak nak add kat dalam fanpagenya sebab tak berapa personal. Peminat ni kan suka akaun FB yang berbentuk personal padahal sama saje sebenarnya.

Ramai dah tahu, Ezlynn ni suka pelihara ular. Sekarang ni, ularnya yang bernama Kiki tu dah besar dan Ezlynn berikan kepada makciknya untuk pelihara. Nak jual tapi sayang. Pernah sekali ada yang nak beli ular Ezlynn tapi bila ada yang offer dia berat hati pulak nak bagi kat orang lain.

Tapi sekarang ini, sebelum kakinya tak patah, Ezlynn suka mountain bike atau berbasikal untuk tambah stamina dan jaga kesihatan. Memang best berbasikal sebab Ezlynn dapat menghirup udara yang segar. Biasanya dia akan ke FRIM dan Putrajaya untuk berbasikal bersama geng basikalnya.

EZLYN BAKAL KAHWIN PADA 11.11.2011

Ezlynn merancang untuk berkahwin pada tahun hadapan dengan seorang pemuda kacak bergelar usahawan. Kenapa tak kahwin je tahun ni? Kata, Ezlynn, dia memberi laluan kepada adiknya dulu untuk kahwin pada tahun ini.

Dah 3 tahun berkenalan sebenarnya. Memang Ezlynn suka dengan lelaki yang lebih tua. Usia Ezlynn kini dah 29 tahun, manakala bakal tunangnya tu dah 35 tahun. Ezlynn terpikat dengan jejaka ini kerana beliau seorang yang bertanggunjawab, Ezlynn suka dengan cara beliau melayan orang tua dan Ezlynn percaya dia dapat menjadi pemimpin keluarga.

Memandangkan Ezlynn dah putus cinta banyak kali tapi sebenarnya yang betul-betul bercinta tu hanya sekali je. Yang selebihnya tu, cinta monyet aje. Jadi, Ezlynn kalau boleh tak nak frust lagi dan kali ini tak nak menaruh harapan terlalu tinggi, kalau Tuhan kata jadi, maka jadilah. Semua itu, jodoh pertemuan adalah kerja Tuhan. Kita hanya merancang.

Budiey doakan semoga Ezlynn cepat-cepat dan selamat kahwin.

4519660500 7Be439C681 O | 6

EZLYNN LANCARKAN TIC TAC TOE

Pada majlis semalam, Budiey dan media lain turut mendengar lagu terbaru daripada Ezlynn yang berjudul Tic Tac Toe. Lirik ditulis oleh Ad Samad manakala lagu pula dikompos oleh Nuh Hujan. Budiey kira memang sesuai dengan citarasa ‘rock’ dan konsep rancak dari Ezlynn. Lagu ini menceritakan tentang cinta antara dua insan yang mana pasangannya terlalu sibuk untuk bertemu. Jadi, dilemma dan rasa tak puas hati menjadikan beliau nak putus cinta dengan kekasihnya tu.

Tapi Budiey suka dengan lirik lagu ni. Antaranya:

Sukarnya kau nak luangkan masa
Kalah menteri kau sibuk sahaja
Berputar-putar kau berikan alasan
Bagai karosel lama berkarat

dan pada korusnya pula:

Tic Tac Toe 2 X
Jenis permainan kau dan aku ini
Tic Tac Toe 2 X
Setiap langkahmu ku tahu ke mana

Intro lagu ni disuntik sedikit dengan elemen elecktro dan battle sikit. Sebenarnya, menurut Ezlynn, dah lama dia mencari lagu sebegini. Hinggalah Cat Farish yang cadangkan supaya Ezlynn join Alibi Music untuk dapatkan single terbarunya. Ezlynn mengambil masa 2 minggu untuk menyiapkan lagu ini. Sangat puas hati dan harap semua peminatnya terhibur dan menyukai single terbarunya ini.

4519661244 D39B1149Ff O | 7

4519661528 05E0904074 O | 8

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Ida Nerina | 23

Ida Nerina Pulang Ke Malaysia Suami Dakwa Lafaz Cerai

Adibah Nor & Afdlin Shauki Pengacara AIM 17