in ,

HBO Asia Lancar TRANSFORMERS: AGE OF EXTINCTION Dalam Bahasa Melayu

Sempena dengan hari raya yang bakal menjelang tiba, para penonton HBO akan mendapat pengalaman hiburan yang mengujakan dan berlainan sempena Hari Raya Aidil Fitri tahun ini. HBO Asia dengan kerjasama Astro, mempersembahkan filem yang meraih kutipan tertinggi pada tahun 2014 di seluruh dunia iaitu filem aksi yang epik – TRANSFORMERS: AGE OF EXTINCTION, dalam Bahasa Malaysia, dengan bakat suara dari lebih 20 orang selebriti dari Malaysia, Singapura dan Brunei.

transformers-age-of-extinction-poster

HBO ASIA MEMPERSEMBAHKAN FILEM YANG MERAIH KUTIPAN TERTINGGI DI SELURUH DUNIA PADA TAHUN 2014 TRANSFORMERS: AGE OF EXTINCTION DENGAN BAKAT SUARA BARISAN SELEBRITI TEMPATAN SERTA SERANTAU DALAM BAHASA MALAYSIA DI HBO.

Pada jam 5 petang ini, HBO Asia akan memperkenalkan hampir 20 selebriti yang meminjam suara untuk TRANSFORMERS: AGE OF EXTINCTION dalam Bahasa Malaysia. Dua tetamu jemputan khas juga menanti media yang hadir.

Jemputan dan pihak media juga akan menjadi antara penonton eksklusif yang diberi keutamaan menonton filem alih bahasa tersebut di acara ini.

Dari pengarah Michael Bay dan penerbit eksekutif Steven Spielberg, TRANSFORMERS: AGE OF EXTINCTION dibintangi Mark Wahlberg, Stanley Tucci dan Kelsey Grammer. Saksikan tayangan perdana dengan pilihan audio dwi-bahasa untuk Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris, pada hari Jumaat, 17 July pada jam 9 malam di HBO / HBO HD (Astro saluran 411 / 431). Sarikata Bahasa Malaysia dan Bahasa Mandarin juga disediakan.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Khairul Fahmi Lancar Baju Melayu Bertahtakan Batu Swarozski

Suami Jaclyn Victor Akan Menetap Di Malaysia Demi Anak