in ,

Hanez Suraya Nafi Kekasih Taja Kereta Alphard Vellfire

Semasa sidang media bersama Hanez Suraya pada hari Isnin lalu, pelakon wanita sensasi ini telah diterjah dengan soalan berkaitan kereta mewah jenis Alphard Vellfire yang dimilikinya sekarang ini.
Apabila ditanya sejauh mana kebenaraan dakwaan kereta mewah jenis Alphard yang dimilikinya adalah merupakan pemberian Mr.R, Hanez menafikan sekeras-kerasnya kereta itu adalah pemberian dari kekasihnya. Kereta itu dibelinya dengan wang perolehan daripada lakonan dalam bidang seni hiburan dan kerjanya sebagai duta produk.

Hanez Suraya Malam Gala Cinta Tanpa Sempadan

“Ya, memang ada mengatakan Romie memberikan kereta jenis Alphard Vellfire kepada saya. Itu semua fitnah. Saya sangkal perkara ini kerana saya membeli kereta itu sendiri. Kereta tersebut sudah saya gunakan pada bulan Ogos, sebelum mengenali Romie lagi. Kereta itu saya beli dengan hasil saya bekerja. Mungkin orang mengangggap dari sei berlakon saya tidaklah terlalu menonjol tapi saya mempunyai produk. Dan kereta itu saya beli tahu lalu sebelum saya mengenali Mr.R.”

Apa perkembangan kisah selanjutnya. Sama-sama kita nantikan. Dengarnya, Hanez Suraya mahu bersemuka dengan isteri Mr. R tak lama lagi. Nampaknya, isu ini makin panas!

 

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Hanez Suraya Jawab Isu Kontroversi Rampas Suami Orang

Lisa Surihani Tercalon Dalam Nickelodeon Kids Choice Awards 2014