in

Gossip Zizan Raja Lawak Enggan Hadir di Sesi Fotografi

Dengarnya…: Sikap Zizan berubah

ADUHAI tak seronoknya Cik Normah dengar rungutan daripada kawan-kawan rapat Cik Normah mengenai sikap finalis Pelakon Komedi Lelaki Popular, Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) 2009, Zizan Raja Lawak.

Takkanlah baru bergelar finalis dan kini semakin menjadi perhatian ramai, Zizan sudah besar kepala kot! Cik Normah dengar cerita, si Zizan ni sekarang sukar nak memberikan kerjasama kepada pihak media. Betulkah macam itu Zizan?

Kononnya sudah beberapa kali beberapa rakan media nak mendapatkan Zizan untuk sesi fotografi, tetapi Zizan hanya diam membisu seribu bahasa. Antara alasan lain yang diberikan oleh bekas pengacara Bolos ini, dia tak tahu-menahu pun mengenai fotografi. Hai, takkan tak tahu kot Zizan? Walhal pegawai perhubungan awam sebuah stesen televisyen sudah pun memaklumkan kepada Zizan mengenai rancangan fotografi.

Tiba-tiba Zizan boleh beri jawapan yang dia langsung tidak mengetahui mengenai rancangan yang diaturkan untuknya itu. Kalau sekali dua, perkara itu terjadi, mungkin Zizan boleh dimaafkan. Tapi bila sudah beberapa kali terjadi, siapa yang boleh tahan ye tak?

Cik Normah harap Zizan tidak berubah sikap dan lupa diri. Bukan apa, Cik Normah rasa sayang dengan bakat yang Zizan ada. Sudahlah nama baru nak naik, tiba-tiba nak buat perangai pula. Ingat sikit Zizan, nak membina kerjaya dalam dunia seni ini bukannya mudah. Cik Normah harap, bila dah dapat nama, pandai-pandailah menjaganya supaya tak tercalar nama baik. Ada artis suam-suam kuku, terpaksa melakukan pelbagai perkara supaya mereka dikenali dan dapat menembusi dada akhbar. Sepatutnya Zizan perlu bersyukur dan belajar-belajarlah untuk menghargai orang sikit.

Bagaimanapun, jika apa yang Cik Normah nyatakan di atas semuanya tak benar belaka, Cik Normah minta maaf. Cik Normah harap, Zizan dapatlah tampil untuk memberi penjelasan yang sebenarnya.[sumber]

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

ADV: Cabaran Affiliate Pakej Rahsia Usahawan Remaja

Gossip Ahmad Idham Jadi Ketua Pengarah FINAS?