Home HOME | My Events | My Youtube | My Merchandise | My Jurnal | Pipicomel | Foto Blog | Advertise Here | Contact Me











Gossip: Sikap Artis Mengada-Ngada?



Dengarnya… Jatuh terduduk baru padan muka
Oleh Normah Becok (dipetik daripada Berita Harian)

KALAU melihat kepada mulut becok dan orangnya yang gila-gila, mesti ramai tak menyangka personaliti ini sebenarnya ada angin orangnya. Cik Normah tak terkejut sebab macam-macam yang rakan dalam industri bercerita mengenai personaliti popular ini.

Cik Normah sendiri pun pernah berdepan dengan sikapnya yang angkuh tak tentu fasal, mentang-mentanglah namanya tengah popular dan rezeki pula mencurah-curah. Orang yang tak mengenalinya mesti menyangka seronok kalau dapat berbual dengannya sedangkan hakikatnya orang yang pernah bekerja dengannya semua tak kuasa dengan sikap divanya.

Mentang-mentanglah juga pihak atasan syarikatnya menatang dia bagai minyak yang penuh, makin besar kepala personaliti itu dibuatnya.      

Baru-baru ini sewaktu menikmati makan tengah hari, seorang kenalan Cik Normah bercerita mengenai sikap personaliti itu yang mengada-ngada. Hanya sebab kesilapan kecil yang dilakukan krunya, dia boleh menghantar e-mel kepada pihak atasan mengenai kelewatan kru melaksanakan tugas. Walhal, itu pun bukan salah kru 100 peratus tetapi masalah teknikal yang tak dapat nak dielakkan.

Oleh kerana hal kecil macam itu, dia boleh menghantar e-mel dan dikirimkan kepada semua orang seolah-olah orang tak buat kerja. Kalau Cik Normah sebutkan apa inti pati e-mel tu, mesti semua orang terkejut sebab puncanya kecil saja, tetapi betapa besarnya kepala personaliti itu. Bukan itu saja, pantang silap sikap si personaliti itu akan tarik muncung panjang dan dia tidak akan bercakap dengan sesiapa pun, apatah lagi kru yang dianggapnya sebagai picisan.

Malah, saudara mara yang menjaganya turut menjadi mangsa. Cik Normah dengar, dengan saudara yang menjaganya pun dia boleh bergaduh tetapi disebabkan budak itu bekerja dengannya, terpaksalah saudaranya itu mengikut dia walau ke mana saja biarpun tidak berbual.  

Kenalan Cik Normah yang pernah bekerja dengannya memang tak kuasa dengan sikap personaliti itu. Katanya, disebabkan personaliti itulah rakan sealiran memboikot seorang lagi rakan mereka hingga rakannya itu mengundur diri dari syarikat dinaungi. Yang lebih kenalan Cik Normah tak kuasa, dia menganggap rakan Cik Normah macam sampah.

Walaupun pernah bekerja di bawah satu bumbung kata kenalan Cik Normah tu, apabila sesekali bertemu personaliti itu langsung tak reti nak menegur. Dia akan buat lagak tak tahu seolah-olah tak pernah mengenali kenalan Cik Normah tu, melihat sikapnya yang berlagak tak menentu tu. Kenalan Cik Normah pun tak kuasa nak menegurnya sebab nanti disangka dirinya penting sangat.

Kita tengok saja sampai bila personaliti itu mahu meninggi diri. Nasihat Cik Normah kepada personaliti itu, janganlah angkuh tak bertempat, nanti kalau dah jatuh terduduk baru padan dengan mukanya yang tak berapa jelita tu…!

Tags:

Tags:

Comments

comments

Powered by Facebook Comments



Click on the following buttons to share this article with your friends:





Baca artikel lain yang berkaitan:
  • Gossip Pasangan Artis Lalok
  • Gambar Kilafairy di Prebiu Media Filem Karak
  • Gossip Artis Mulut Puaka Dibenci Kawan Sendiri
  • Jawapan Trivia: Awal Ashaari Dah Ada Kekasih
  • Peserta Program Realiti TV Pernah Bersekedudukan?
  • Gossip Nurul Sudah Ada Pengganti?
  • Trivia: Tas Tangan Gold Pelakon Drama Mana Ni?
  • Gossip Artis Jelita Terpaksa Bermadu
  • Betty Benafe Kahwin VIP?
  • Ally Kupas Isu Gossip Bersama Adam Salleh dan Rozita Che Wan



  • 4 Komen untuk entri “Gossip: Sikap Artis Mengada-Ngada?”

    1. Ntahla.. kata:

      Sape erkk?? ala Budiey ckp jela sape artis ni….

    2. obefiend kata:

      who the hell.. probably stupid bullshit gossip anyway

    3. Lisa kata:

      Nabil ke…?
      Juara raja lawak 2 tu….

    4. reskuker kata:

      rasa bukan.. nabil tau ke beremail2..? rasa pompuan ni.. perempuan mmg cerewet sket..

    =========================
    SEGALA KOMEN YANG DITULIS ATAS TANGGUNGJAWAB DAN RISIKO ANDA SENDIRI. PIHAK BUDIEY.COM TIDAK BERTANGGUNGJAWAB ATAS SEBARANG KOMEN YANG DITULIS OLEH PEMBACA. HARAP MAKLUM

    Sila tinggalkan komen anda di sini:































































































































































































































































































    Sensasi Selebriti
    proudly hosted & sponsored
    by SERVERFREAK