in

Gossip Selebriti Curang Dengan Tunang

SOSEH SOSEH: Ingatkan bercuti dengan tunang

BARU-baru ini, adik kepada seorang kawan SS baru pulang berbulan madu di salah satu tempat percutian dan peranginan menarik di luar negara. Selain membawa ole-ole yang cantik, ada cerita lain turut dikongsikan adik rakan SS itu.

Menurut cerita adik rakan SS, dia terserempak dengan salah seorang selebriti lelaki terkenal tanah air yang juga bercuti di tempat yang sama. Pada mulanya, adik rakan SS itu ingatkan selebriti terbabit datang bersama tunangnya yang juga seorang personaliti popular TV.

Bagaimanapun, sangkaannya meleset kerana di samping selebriti itu bukanlah personaliti TV dimaksudkan tetapi seorang wanita cantik dan mungkin teman wanita barunya.

Wah, bukan main romantik lagi pasangan kekasih ini yang umpama belangkas. Maklumlah, tengah asyik bercinta. Mana peduli mata yang memandang asalkan kekasih hati mendapat layanan terbaik.

Mendengarkan cerita adiknya, rakan SS terkejut juga kerana tak sangka selebriti itu boleh tahan hebatnya mencairkan hati wanita. Malah, khabarnya pertunangan dengan personaliti TV itu juga sudah berakhir di tengah jalan.

Apa sebab sebenarnya tidak pula SS tahu. Apapun, kalau sudah suka sama suka buat apa tunggu lama lagi? Berkahwin sajalah kerana itu lebih baik. Bukan apa, kalau sudah sah suami dan isteri ke mana saja pergi dan lagak macam belangkas pun orang sekeliling pastinya tak kisah.

Maklum sajalah, sudah sah. Tetapi, dalam kes selebriti ini SS tak tahulah sama ada sejauh mana hubungan itu. Apapun, semoga mereka ke jinjang pelamin.[sumber]

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Quotes of The Day: Saya Malu Depan Wartawan

Drama 8 Bulan