Home HOME | My Events | My Youtube | My Merchandise | My Jurnal | Pipicomel | Foto Blog | Advertise Here | Contact Me











Gossip: Artis Mabuk Lupa Dunia



APABILA membaca muka depan Harian Metro semalam (Khamis) mengenai model insaf selepas dijatuhkan hukuman enam sebatan kerana minum arak, SS berharap berita itu memberi kesedaran kepada artis-artis kita.

Maklumlah, dalam ruangan ini selalu juga SS paparkan ada artis tanpa rasa malu minum arak di hadapan umum. Sah-sah wajah mereka dikenali dan mereka juga beragama Islam, tentu tahu hukum minum arak itu haram dan dosa besar.

Tapi itulah yang mereka suka lakukan seperti seorang artis wanita popular ini antara selebriti tanah air yang sering dikaitkan dengan hobinya gemar meneguk air setan itu. Selepas minum apalagi, mabuk tidak ingat dunia hingga menjadi tumpuan dan bualan.

Tapi SS ada perkembangan terbaru mengenai artis ini. Bukan cerita mengenai artis ini sudah insaf sebagaimana model itu tapi makin galak adalah. Sebabnya, kawan baiknya membuka perniagaan pusat hiburan. Sudah tentu di tempat-tempat seperti itu ada menjual minuman keras yang haram itu.

Kalau tidak minum tapi jual arak, juga berdosa besar kerana bersubahat. Cerita ini disampaikan teman SS yang mendengar perbualan adiknya bersama teman-teman mengenai pusat hiburan yang baru dibuka rakannya itu, juga kawan baik artis popular ini.

Mereka juga sempat melawak mengutuk kawan baik mereka itu mengatakan walaupun mereka bukan alim tapi tahulah juga hukum hakam. Takkan nak bagi keluarga makan duit haram.

Banyak lagi cabang rezeki dalam perniagaan ini, mengapa jual arak jadi pilihan. Agaknya bisnes ini mendapat restu dan sokongan artis itu. Maklumlah, senanglah dia hendak lepak-lepak sambil minum di pusat hiburan milik kawan baiknya itu.

Tambah meriah apabila dibawa keluarganya sekali. SS dengar ibu bapanya juga gemar minum air setan itu. Kata orang, bapa borek anak rintik. Agaknya bila sudah ditangkap pihak berkuasa dan dijatuhkan hukuman sebat baru ingat dosa dan mahu taubat.

Jangan terlambat nanti sudahlah. Sebabnya, bukan semua orang diberi peluang kedua sebagaimana model itu insaf selepas ditangkap dan dihukum. [sumber]

Tags:

Tags:

Comments

comments

Powered by Facebook Comments



Click on the following buttons to share this article with your friends:





Baca artikel lain yang berkaitan:
  • Gossip Artis Wanita Mabuk di Kelab Gay
  • Gossip Pelawak Terkenal Kaki Mabuk
  • ABBY ABADI TIDAK PERNAH MABUK MINUM ARAK
  • Trivia: Tas Tangan Gold Pelakon Drama Mana Ni?
  • QUE HAIDAR MABUK?
  • Ally Kupas Isu Gossip Bersama Adam Salleh dan Rozita Che Wan
  • Gossip Artis Buaya Darat Tinggal Isteri
  • Dato’ Siti Nurhaliza Cover Manja Singapura Bulan November
  • Gossip Nurul Sudah Ada Pengganti?
  • Tiz Zaqyah Nafi Minum Arak, Mengaku Pernah Ke Kelab Hiburan



  • 4 Komen untuk entri “Gossip: Artis Mabuk Lupa Dunia”

    1. Rambler kata:

      Bosan nya baca artikel2 macam nih. Nak citer , citer la sampai habis sampai A ke Z. Sapa orang yang buat salah/tak salah nih. Baik tak payah citer. Selalu mcm nih bkn kat sini jer kat akhbar tempatan pon mcm nih. Klu tak nak namakan tak payah nak bukak citer.

      Lepas tuh nak panjang2kan berita , tulis semua latar belakang artis.. buang masa tul. Bagitau jer la. Mende la ..

    2. kisahsensasi kata:

      memang ramai artis dan selebriti yang terlibat ngan arak nie….

    3. zarina kamal kata:

      sape la si mangkuk ayun tu…….

    4. Ntahla.. kata:

      A’ah..bgtau jela sape artis tu…x yah nak bg hint…biar org tau sape yg empunye diri….

    =========================
    SEGALA KOMEN YANG DITULIS ATAS TANGGUNGJAWAB DAN RISIKO ANDA SENDIRI. PIHAK BUDIEY.COM TIDAK BERTANGGUNGJAWAB ATAS SEBARANG KOMEN YANG DITULIS OLEH PEMBACA. HARAP MAKLUM

    Sila tinggalkan komen anda di sini:































































































































































































































































































    Sensasi Selebriti
    proudly hosted & sponsored
    by SERVERFREAK