in

Ghost Catcher Legend Of Beauty di 8TV

Drama terbaik dalam slot Asian Hour

GHOST CATCHER : LEGEND OF BEAUTY
TARIKH SIARAN: 12 NOVEMBER 2010 – 7 JANUARI 2011
(SETIAP ISNIN – JUMAAT)
MASA SIARAN: 7.00 – 8.00 MALAM
TOTAL EPISOD: 40 X 60 MINIT

Petaling Jaya, 23 November 2010 – Jangan tukar siaran anda! Slot ‘Asian Hour’ akan mengisi hari-hari anda dengan sebuah drama Cina menarik GHOST CATCHER : LEGEND OF BEAUTY yang menemui anda bermula 12 November jam 7.00pm setiap Isnin hingga Jumaat hanya di 8TV!

Drama yang diambil dari kisah lagenda popular GHOST CATCHER : LEGEND OF BEAUTY, drama bersiri ini mengisahkan lagenda ‘ghost hunter’ Zhong Kui. Kisah yang popular dengan hero-hero berani dan heroin-heroin yang cantik ini membawa penonton kehidupan semula Zhong Kui untuk memastikan segalanya berada dalam keadaan yang selamat dan sediakala.

Ghost Catcher (9)

Zhong Kui dan rakannya Du Ping dalam perjalanan untuk mengambil bahagian dalam peperiksaan diraja. Zhong telah mendapat keputusan yang baik namun seorang pegawai pemeriksa yang merima rasuah telah menggagalkan beliau hanya kerana penampilan beliau yang agak selekeh. Berang dengan ketidak adilan yang berlaku, Zhong bertindak membunuh diri di hadapan istana raja.

Maharaja Jade yang tersentuh dengan pengorbanan Zhong telah memohon kepada Dewa was moved by Zhong’s sacrifice, telah mengisytiharkan Zhong sebagai dewa. Bermula dari situ, Zhong Kui dan rakan-rakannya pulang ke bumi untuk memburu roh-roh jahat dan membantu dunia dari malapetaka.

Dibintangi bintang popular Bobby Auyeung, bergandingan dengan Hou Si Yan, William Feng dan Bowie Tsang, drama bersiri Cina bercorak fantasi ini banyak menyelitkan kesan-kesan khas grafik di bawah arahan Poon Man

“Lagenda Cina sememangnya sesuatu yang indah dan menarik untuk ditonton. Drama lagenda ini hadir dengan jalan cerita yang kuat dan diisi dengan kesan-kesan khas grafik yang menjadikan kisah lagenda ini begitu menarik untuk ditonton seisi keluarga,” ujar Lam Swee Kim, Pengurus Besar 8TV.

Saksikan GHOST CATCHER : LEGEND OF BEAUTY setiap hari Isnin hingga Jumaat jam 7.00 hingga 8.00 malam bermula 12 November 2010 eksklusif di 8TV.
Anda juga boleh menonton 8TV di saluran 708 Astro. Program-program 8TV boleh juga ditonton menerusi online di laman sesawang www.8tv.com.my / www.tonton.com.my 12 jam selepas program-program ini disiarkan di kaca TV.

Jika anda terlalu sibuk, anda masih boleh menonton program kegemaran anda dengan melayari mobile.8tv.com.my / www.8tv.com.my di telefon bimbit anda! Selamat menonton!

Ghost Catcher (36)

Ghost Catcher (8)

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Adik-Adikku Musim Ke 2 Kembali di TV1

Kehidupan 2 Putera Kacak dalam Princes of Malibu