in

The Gentlemens Lancar Koleksi Kemeja Polo Kontemporari

Bersiap sedia untuk transformasi gaya 2015 anda dengan The Gentlemens. Ia melengkapkan gerobok gaya setiap jejaka dengan seleksi kemaja polo kontemporari dan beridentiti tersendiri.

The Gentlemens menampilkan rekaan kemeja polo yang sesuai dipakai untuk ke majlis formal, urusan rasmi dan menyerlahkan gaya kasual seharian serta santai dihujung minggu. Koleksi pertama dari The Gentlemens mengenengahkan estetika gaya potongan kemeja polo yang berstruktur dan kemas.

BenFirdausAzraai&TheGentlemens

Koleksi tersebut menampilkan enam pilihan gaya kemeja polo dari kombinasi fabrik cotton dan polyster dengan pilihan palet warna ceria. Tampil berani dan penuh yakin dengan empat pilihan kemeja polo lelaki setiap satu hadir di dalam warna kuning, biru, ungu dan juga hitam. Dua pilihan kemeja polo wanita di dalam warna putih dan merah jambu pasti menyerlahkan keayuaan kontemporari anda.

The Gentlemens Tampil kelainan dengan koleksi kemeja polo kontemporari beridentiti tersendiri

“The Gentlemens melengkapkan gaya tersendiri setiap jejaka dengan item fesyen yang harus mereka miliki iaitu sehelai kemeja polo. Terdapat sesetengah gaya pakaian yang khusus untuk majlis formal dan sesetengahnya terlalu santai, kemeja polo sesuai untuk kebanyakan majlis atau mengekspresi personaliti anda” Jelas Ben Firdaus Azraai pengasas dan pereka The Gentlemens.

“Jenama ini juga hadir untuk mengisi kekurangan jenama tempatan dipasaran yang menawarkan kemeja polo. Kebanyakan jenama antarabangsa pula menawarkannya pada harga yang lebih mahal”, tambah beliau lagi.

TheGentlemensDebutCollection

Keunikan gaya dua dalam satu kemeja polo yang mampu memberikan penampilan formal serta sesuai untuk gaya kasual atau santai dihujung minggu ini amat digemari oleh beliau semenjak dari zaman persekolahan lagi. Ia amat sesuai untuk individu seperti beliau yang kerjayanya selari dengan gaya hidup seharian, kontemporari dan kasual tetapi harus memperlihatkan kredibiliti dan profesional apabila bertemu klien.

Simbolik angka 4 digit – 3812 yang ada pada setiap kemeja polo dari koleksi pertama jenama itu adalah empat digit terakhir dari nombor telefon bimbit beliau yang sentiasa berada di dalam setiap lembar kejayaan dan kegagalan yang membina di dalam kerjaya graduan kelas pertama ijazah senireka dalaman dari Universiti Teknologi Mara itu.

Pada majlis yang sama, The Gentlemens turut memperkenalkan rangkaian sweatpants dari jenis fabrik Baby Terry yang boleh didapati dalam 3 variasi warna iaitu hitam,putih dan biru gelap.

Melengkapkan pelancaran koleksi pertama The Gentlemens adalah pembukaan rasmi butik soho The Gentlemens. Kesemua koleksi The Gentlemens dipamerkan disitu dan para pembeli boleh membuat temujanji untuk pengalaman fesyen yang tersendiri. Butik Soho tersebut menampilkan konsep rekaan dalaman kombinasi gaya retro dan moden minimalis adalah rekaan dan ilham Ben Firdaus sendiri. Beliau adala seorang pereka dalaman dan perancang perkhawinan yang telah merialisasikan impian memiliki kediaman unik dan majlis tersendiri ratusan klien.

Rangkaian kemeja polo The Gentlemens boleh didapati pada harga RM 70.00 sehelai dan rangkaian sweatpants The Gentlemens boleh didapati pada harga RM 75.00 sehelai. Ia boleh didapati secara di atas talian melalui laman instagram rasmi @the.gentlemens. Terma dan syarat urusan jual beli turut dinyatakan di laman instagram tersebut.

Butik soho The Gentlemens terletak di unit 10-26, Aras 10, Plaza Azalea, Seksyen 14, Shah Alam. Mereka yang berminat untuk melawat butik boleh menghubungi Ben Firdaus Azraai di talian 012-230 3812.

TheGentlemens_PoloShirt (5)

TheGentlemens_PoloShirt (4)

TheGentlemens_PoloShirt (3)

TheGentlemens_PoloShirt (2)

TheGentlemens_PoloShirt (1)

TheGentlemens_Sweatpants (7)

TheGentlemens_Sweatpants (6)

TheGentlemens_Sweatpants (5)

TheGentlemens_Sweatpants (4)

TheGentlemens_Sweatpants (3)

TheGentlemens_Sweatpants (2)

TheGentlemens_Sweatpants (1)

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Galeri Petronas & Faber-Castell Persembahkan Seni di Taman

Kerja-Kerja Pemulihan Lokasi Banjir di Malaysia