Gambar Terbaru Dato’ Siti Nurhaliza di Australia Bersama IZ OIAM
Budiey dapat khabar, Dato’ Siti Nurhaliza sekarang ini berada di Melbourne, Australia. Siti ke Australia tidak ditemani oleh suaminya, Datuk Khalid. Sebenarnya, Datuk K dah pun berada di Australia. Mungkin ke sana untuk melawat anaknya yang sedang menempuh peperiksaaan sekarang ini.

Tags: IZ OIAM, Siti NurhalizaHello Budiey!!! Ni dia!
Hello! IZ baru sampai kat Melbourne Airport hari ni (21st October 08). IZ memang dah lama rancang nak balik Melbourne sejak bulan Mei lagi tetapi asyik kene tunda sebab busy dengan aktiviti-aktiviti promosi untuk EP Gonna Be Alright IZ yang masih baru dipasaran di bawah edaran Sony BMG Malaysia yang memang banyak membantu IZ sampai tak terkata. Tambahan lagi IZ rindu sangat dengan rumah apartment tiga bilik IZ kat Flinders Lane, Melbourne ni. Bayangkan, hampir setahun IZ tak balik tengok-tengokkan apartment IZ gara-gara penglibatan IZ dalam One In A Million 2 dan promosi yang terpaksa IZ buat. IZ pun sekarang ni dah ada manager baru bernama Mr. Kenji Luthfee. IZ juga, sudah mula sibuk dengan pembikinan album penuh IZ yang melibatkan kolaborasi IZ dengan komposer-komposer tempatan dan luar negara. Untuk album penuh ini nanti, IZ juga bertindak sebagai komposer, penulis lirik dan produser. IZ memang minat dengan kerja-kerja belakang tabir sebab IZ mementingkan kepuasan dan ingin menimba ilmu dalam bidang ‘production’. Keberangkatan IZ ke Melbourne bukan sahaja nak rehat-rehat ‘holiday’ atau lepak-lepak dengan rakan-rakan di sini, tetapi IZ juga akan merakamkan beberapa buah lagu dengan rakan-rakan komposer IZ dari Australia di sini.
Jadi ceritanya, bila IZ turun dari ‘plane’, masa IZ tengah beratur dekat bahagian imigresen di Melbourne Airport, seingat IZ rasanya masa tu dalam pukul 7 pagi waktu Australia (5 pagi waktu Malaysia), IZ macam tak sangka apabila ternampak Dato Siti Nurhaliza jadi IZ pun teruslah sapa Dato Siti. Macam biasa beliau memang peramah orangnya. IZ tanya Dato Siti, “Kenal tak saya?” Tak sangka Dato Siti kenal IZ sebab IZ ingat artis popular macam Dato Siti mestilah sangat sibuk dan mana ada masa nak ikuti perkembangan terbaru industri muzik tempatan. Ternyata tanggapan IZ itu salah. Beliau beritahu IZ yang beliau suka cover album EP Gonna Be Alright IZ. IZ pun bagi lah satu ‘free copy’ album EP IZ kat beliau supaya beliau bolehlah dengar nyanyian IZ pulak. Mana tahu nanti Insya-Allah ada peluang untuk IZ berduet ngan Dato Siti pulak. IZ memang gembira masa tu sebab IZ memang minat Dato Siti dan selalu nampak Dato Siti dimajlis-majlis tetapi tak pernah ada peluang nak bercakap. Akhirnya dapat jugak peluang untuk berborak dengan Dato Siti dan yang kelakarnya kat lapangan terbang Melbourne, barulah dapat peluang.
Masa kita orang tengah tunggu kat ‘baggage carousel’ awal pagi tu, Dato Siti ada beri nasihat kepada IZ tentang industri muzik tempatan. Dato beri kata-kata perangsang dan tip-tips untuk berjaya. Bukan senang nak dapat peluang macam ni. Dato kata dia datang ke Melbourne untuk bersama-sama anak-anaknya dan suami yang sudah berada di sini. IZ pun beritahu Dato yang IZ pun ada rumah di sini. Setahu IZ sekarang memang tengah demam peperiksaan untuk pelajar-pelajar universiti di Melbourne dan memang ramai ibubapa dari Malaysia datang melawat anak-anak mereka di musim peperiksaan. Ye lah, bila anak-anak tengah ‘tension’ dan ‘stress’ belajar, sekurang-kurangnya kehadiran ibubapa tu dapat la memberikan semangat untuk belajar dan mesti lagi best sebab ibu-ibu mereka boleh masak makanan kegemaran. Macam IZ dulu. IZ sangat kagum dengan komitmen Dato Siti kepada keluarganya sebab bukan mudah apabila sentiasa sibuk. Kawan-kawan IZ pun ramai yang kenal anak-anak Dato Siti yang belajar kat Melbourne ini. IZ tak tanya berapa lama Dato Siti akan berada di Melbourne, tapi dunia ni memang kecil. Tak sangka IZ dengan Dato Siti berada di dalam satu penerbangan. IZ memang melihat Dato Siti sebagai contoh dan model yang boleh dijadikan inspirasi untuk orang baru seperti IZ.
Salam dari Melbourne, Australia.
Baca artikel lain yang berkaitan:









October 22nd, 2008 at 12:53 pm
lawa rambut siti. makin terkeluar nampak
October 22nd, 2008 at 12:54 pm
siti dah slim balik….barula mengancam.keep it off yer….
October 22nd, 2008 at 1:11 pm
ct lawa la…yg kat leher ct 2 rambut ke?aku tgk mcm kolar bju dia je..mcm bulu2 binatang g2..
October 22nd, 2008 at 1:14 pm
tersenym lebar si IZ. IZ, bersama together tu nora danish cute sgttt
October 22nd, 2008 at 1:17 pm
Muka siti makan panjang… wat botox ke?
October 22nd, 2008 at 3:31 pm
lawa sngat la tu dgn pakai scarf nmpak rambut pat tepi dng blouse v shape low cut lagi…..ctkus ni sbnrnya lum brtudung lagi cuma dia fesyen
appearance je…….p jalan la…………..c ekin, nora, wardina and lain2 artis yg brtudung lagi cntik drpd ctkus ni…..harap cntik je tapi lum tntu boleh beranak…..anak orang anak dia konon…..tak malu punya pompan..ha ha ha
October 22nd, 2008 at 3:35 pm
dah kurus ct yer..
October 22nd, 2008 at 5:31 pm
cantik CT. baguslah, sesebok mana pun kita kena usaha untuk bersama keluarga.. anak suami kita, adalah anak kita juga. bagi orang yg suka mengata tu… biarlah ALLAH yg membalasnya. kalau tak kena dgn dia, mungkin terkena kat anak anak dia. baru lah dia tau, apa tu Qadaq dan Qadar dan ketentuan ALLAH.
saya doakan agar CT dibukakan hati untuk bertudung seperti seorang muslimah.. INSYAALLAH
October 22nd, 2008 at 6:46 pm
bila nak mengandung kat iti…. dah lama tunggu nieeee anak ngan atuk K
October 22nd, 2008 at 8:11 pm
wah ni yg terasa nk turun melb ni.. kot2 tjupe siti ke hehehe skg ni mmg tgh musim exam, student semua tgh strugle rasanya..kat melb cnfirm penuh ngan msian makcik pakcik yg dtg melawat anak, jalan2 skali then balik msia sama.. gudluck to all melbournians
October 22nd, 2008 at 9:00 pm
Untungnya IZ dapat jumpa Siti…. Siti mmg artis yang boleh dijadikan role model.
October 22nd, 2008 at 9:02 pm
Yup…sekarang memang tengah ‘demam final exam’…ALL THE BEST TO ALL STUDENTS U/COLLEGE..STUDY SMART….
October 22nd, 2008 at 9:11 pm
best nye pegi Melbourne… untung la IZ ada rumah kat situ bole selalu lepak ngan Dato Siti. Jealous jealous. OH YE STUDY SMART TOO!
October 23rd, 2008 at 9:49 am
Ade jer makhluk2 yg busuk ati nak kutuk.. alah senang citer korang yg busuk ati ni memang busuk ati nye. ade2 jer yg xkena.. ape2 jer lah korang yg penting korang hepi dgn mendapat ganjaran.. pikir2kanlah sendiri… masing2 ade akal
October 23rd, 2008 at 2:59 pm
tu bukan rambut diele…tu bulu jaket diele….cube tgk bebaik…..
October 26th, 2008 at 9:47 pm
betul betul betul..apa yg minyak geliga kata tuh..
cuba tengok betul2
October 30th, 2008 at 3:55 am
ye la.. berkilat semacam jer.. bulu jaket siti nurhaliza la. Ape da kena tipu. Lain kali pakai le bulu warna kelabu skit, dye merah ke….
June 10th, 2009 at 12:14 pm
siti…. sekarang semakin cute… bt nura,,,, nak tegur org 2 biar berasas dik….. pk dlu… awak 2 dah cukup sifat ker??? kalu diimbas kembali aqyl tak pernah nampak siti pakai skirt pendek… tak pernah warna kuku… artis2 yg awak nyatakan 2 pernah bt tak??? dik… ALLAH yang tentukan baik buruk manusia… bkan kita…. bt siti i luv u…. be cool… maintain akak adik sokong akak… guud luck
December 12th, 2009 at 4:30 pm
ct memng sweet like me…1 day nant i pun nak meet ngan ct…hope ct ble r trima i as pemnatnya..huhu