Home HOME | My Events | My Youtube | My Merchandise | My Jurnal | Pipicomel | Foto Blog | Advertise Here | Contact Me









Gambar Sekitar Prebiu Filem Niyang Rapik



Pada hari ini, pagi dan petang, Budiey bertapa di Cineleisure Damansara, e-Curve, Mutiara Damansara untuk menonton dua buah filem baru iaitu filem arahan dan terbitan Ahmad Idham iaitu Niyang Rapik dan sebuah filem lakonan Nabil Raja Lawak, Lu Fikirlah Sendiri The Movie.

Prebiu Media Filem Niyang Rapik baru sahaja selesai. Bermula pada jam 11 pagi tadi dengan dihadiri oleh semua pelakon handalan filem ke-3 terbitan Excellent Pictures Sdn Bhd ini. Antaranya, Awal Ashaari, Kamal Adli, Shaheizy Sam, Zed Zaidi, Liyana Jasmay dan Fizz Fairuz.

Filem ini diterbitkan oleh Ahmad Idham menerusi syarikatnya dan MIG adalah pengedar.

David Teo & Ahmad Idham bersama para pelakon Filem Niyang Rapik

Sekarang ini, Budiey lepak jap kat cafe di The Curve untuk menantikan Prebiu Filem Lu Fikirlah Sendiri. Sangat gigih nih sebab dah pun up story terbaru. Memang lah, pembaca semuanya nak gambar-gambar yang fresh dan terkini, tak gitu?

Okay ini dia, gambar masa Prebiu yang Budiey sempat ambik untuk korang…

Penerbit Ahmad Idham berucap sepatah dua kata…

Sepanjang menonton filem arahan Raja Mukhriz Raja Kamaruddin ini, Budiey rasa filem ini ada sedikit kelainannya. Walaupun penonton pernah disogokkan dengan filem seram dengan bunyi kejutan yang bikin anda terbangun dari tempat duduk, namun di sebalik cerita ini ada moral yang ingin cuba disampaikan.

Mutu lakonan ke-empat-empat hero dalam filem ini pun boleh dikira mencapai standard yang diinginkan.

Liyana Jasmay sebagai gadis misteri… watak yang macamana, kena tengok sendiri.

Filem ini akan menemui penonton pada 25 Februari 2010. Penerbit, David Teo begitu yakin filem seram begini masih dapat diterima oleh penonton.

Selain menggunakan 4 hero utama dan seorang pelakon wanita iaitu Liyana Jasmay, filem ini menggandingkan nama besar seperti Nasir Bilal Khan, Ahmad Tarmimi Siregar, Dian P. Ramlee, Shahrol Nizam dan Den Wahab.

Filem ini berlokasikan di sekitar Tasik Kenyir Terengganu. Jadi, memanglah sinematografi filem ini sangat cantik. Dikuatkan lagi dengan sistem bunyi Dolby Digital Surround.

Semua para pelakon telah lakukan yang terbaik untuk kepuasan penonton

Liyana jasmay… Peace!

Best ke?….. kata depa… “MESTI LA BEST!”

Lisa Surihani & Intan Ladyana juga turut hadir untuk menyokong filem ini.

Zed Zaidi, Kamal Adli & LJ duduk sebaris di pawagam pagi tadi.

Kamal Adli

Walaupun tak berlakon dalam filem ini, Lisa Surihani tetap sokong.. kata dia” FIlem ini memang seram sangat. Tabik dan respek untuk semua pelakon.”

Tags:

Tags:

Click on the following buttons to share this article with your friends:





Baca artikel lain yang berkaitan:
  • Gambar Sekitar Malam Gala Filem HAQ
  • Slot Seram Puaka Niyang Rapik di TV3
  • Movie Day Out Sensasi Selebriti – Filem Niyang Rapik
  • Video Promo Drama Niyang Rapik Liyana Jasmay
  • Sekitar Movie Day Out Sensasi Selebriti Niyang Rapik & Valentine’s Day
  • Gambar Hantu Dalam Drama Niyang Rapik
  • Ulasan Filem Niyang Rapik
  • Gambar Ashraf Muslim dan Sherry Ibrahim di Anugerah Skrin
  • Gambar Selebriti di Prebiu Media Filem Karak
  • Sekitar Prebiu Filem Kembar Siang



    • http://manis18.blogspot.com manis18.blogspot.com

      Siapakah yang jadi hantu dalam Niyang Rapik ?
      Liana Jasmay kah ?

    • ade ker…??

      cam x best jerk…=)

    • ade ker…??

      asal gaya kamal senyum tu cam x ikhlas erk..??
      cam trpakse pon ader gak..

      pape pown….
      aku nak gak tgk criter nie…
      klu best… bagos lar..
      klu x..
      we’ll see u all in next flim jer lar..
      kan,kan,kan……=)

    • likesweet

      lisa n intan sweet!

    • aku

      nak komen sket nih… Setahu saya lah.. cerita ini Penerbit adalah Ahmad Idham sendiri.. bukan david teo.. Cerita ni metrowealth jadi pengedar.. (kalau aku silap sorry lah)..
      Cerita nih aku dgr best dari JPB. konsep dan jalan cerita nyer sangat menarik.. standard world class la org kata.. berlokasi di tempat percutian yang boleh mempromosi Malaysia ke satu dunia.. kepada peminat cerita hantu, cerita seram, yg suka tgk wayang tak kisah cerita apa.. yg suka komen tapi tak tgk wayang… aku tak kisah pasal korang.. apa yg penting aku nak gi tgk cerita nih… :) )

    • was-seetu

      …that pretty girl is actually giving the 2-finger salute to the camera … meaning…UP YOURS! ha!ha!

    • http://loketajaib.com JutawanGlamour

      seram siot tgk citer ni nmpk macam real….tabik la sapa buat filem ni

    • Wak Kordi

      kalo si liyana ni tunjuk isyarat ‘V’ terbalik mcm tu kat UK mau kena terajang 7 kali kot. isyarat tangan ‘V’ bermaksud victory tapi kalo terbalik (mcm dlm gambar), tu isyarat lucah tu, equals to middle finger sign.. wak sekadar berkongsi hehe..

    • eza89

      emmm…maybe ctr nie mcm ctr antu biasa je kot,mcm xde kelainan pown.cbe lh dowg wat ctr yg blh buat penonton ngis sebab tkut!!!mybe ak g tgk gak sbb nk support malay movies…huhu

    • EykA

      Seram kE cte niE……….?????

    • penghuniwayang

      SIYES BES DOWHH CITE NII.. AKU DAH TGK SEMALAM.. bg aku 2 bende BES:
      1 – jalan cite die yg gile thrill
      2 – pelakon2 sume bawa watak dengan baik sekali, bes gilekk ahhhh, lagi2 sam tuu..hahahah

      tgk la weeeiiii rugi tk tgk, siyess rugii gilerr!

    • honey

      best giller!!!!! seram n lawak jgk!……smua bawa watak dgn baik skali..x rugi aku tgok ni….

    • adila

      tak best pon



































































































































































































































































































    Sensasi Selebriti
    proudly hosted & sponsored
    by SERVERFREAK